Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police

Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police

Share

Be Smart Stay Alert ! Don't Be A Victim Of Cyber Crime. Jangan Jadi Mangsa Jenayah Siber

This page is created to:
•Raise awareness of cybercrime among internet users.
•Alert the internet user on the latest modus operandi of cybercrime.
•Provide information on issues that is related to cybercrime. Laman ini diwujudkan untuk:

•Meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna internet mengenai jenayah siber.
•Memberi amaran kepada pengguna internet terhadap modus operandi jenayah siber yang

15/07/2024

AMARAN PENIPUAN PANGGILAN

PENIPU MENYAMAR SEBAGAI PEGAWAI CYBERSECURITY MALAYSIA

CyberSecurity Malaysia ingin menegaskan bahawa pihak kami TIDAK PERNAH membuat sebarang panggilan telefon bagi tujuan yang tidak sah atau meminta maklumat peribadi seperti yang didakwa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan JANGAN berikan maklumat peribadi kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali melalui panggilan telefon.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk melindungi diri anda daripada penipuan ini:

1. Jangan dedahkan maklumat peribadi: Jangan sekali-kali memberikan maklumat peribadi atau kewangan anda kepada individu yang tidak dikenali melalui panggilan telefon.
2. Sahkan identiti pemanggil : Hubungi CyberSecurity Malaysia secara langsung untuk mengesahkan identiti pemanggil jika anda menerima panggilan yang mencurigakan.
3. Laporkan panggilan mencurigakan: Segera laporkan sebarang panggilan mencurigakan kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

Kami di CyberSecurity Malaysia sentiasa komited untuk memastikan keselamatan siber anda. Sekiranya anda menerima panggilan yang mencurigakan, sila abaikan dan laporkan segera kepada CyberSecurity Malaysia melalui [email protected] atau telefon 1-300-88-2999.

Kerjasama dan kewaspadaan anda amatlah dihargai dalam usaha membanteras penipuan ini.







Photos from Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police's post 15/07/2024

Berhati-hati dengan whatsapp mengenai Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah.

Scammer akan berikan pautan (link) yang seterusnya akan bawa mangsa ke laman web palsu (phishing).

Laman web ini adalah untuk mendapatkan butiran mangsa seperti nama dan no. telefon. Mangsa kemudian diminta untuk mengisi nombor kod keselamatan Telegram yang diterima.

Selepas mangsa memasukkan nombor keselamatan, scammer boleh mengambil alih akaun Telegram mangsa dan akan digunakan untuk menyamar sebagai mangsa bagi tujuan jenayah.

Scammer akan menyamar sebagai anda dan meminta untuk pinjam wang pada kenalan anda. Atau scammer juga boleh menghantar aplikasi malware untuk kenalan anda download dan install pada telefon bimbit mereka. Maka bilangan mangsa akan terus berkembang dengan banyaknya.

Oleh itu, jangan serh kata laluan, OTP dan nombor keselamatan bank atau akaun media sosial anda kepada mana-mana pihak. Rujuk ahli keluarga atau kenalan sebelum memberikan sebarang butiran peribadi anda.

Ayuh bersama-sama mencegah jenayah scam!



20/03/2024

Tips elak jadi mangsa penggodam kecurian identiti. Jangan gunakan no. kad pengenalan, no telefon, no. kenderaan, tarikh hari lahir atau kata laluan mudah sebagai no. pin / password akaun anda.

11/03/2024

PERHATIAN :

Laman FB Cyber Crime Alert ini akan ditutup bermula 31 Mac 2024 (Ahad) dan semua followers page ini diminta untuk terus mengikuti laman FB rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil seperti di pautan berikut :-

https://www.facebook.com/JSJKPDRM?mibextid=ZbWKwL

Teruskan sokongan anda terhadap Laman FB rasmi JSJK untuk mendapatkan pelbagai informasi berkaitan perkembangan trend jenayah komersil terkini dan hebahan kempen pencegahan Anti-Scam di seluruh negara.






Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) adalah salah satu jabatan di bawah PDRM yang menjalankan penyiasatan, penangkapan, pendakwaan dan mengadakan aktiviti pencegahan dan kesedaran jenayah komersil bagi mengelakkan orang ramai daripada menjadi mangsa.

01/03/2024

Majlis Pelancaran Portal Semakmule 2.0

Tarikh : 3 Mac 2024 (Ahad)
Masa : 11 Pagi
Tempat : South Court Mid Valley Megamall KL

Dirasmikan Oleh : YDH CP Dato’ Sri Ramli Bin Mohamed Yoosuf, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman.

Saksikan secara live di FB *Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM*

25/02/2024

Jenayah Penipuan E-Dagang

Semak RED FLAG sebelum membuat sebarang transaksi :

1. Antara taktik scammer adalah menawarkan harga yang lebih rendah dari harga pasaran atau 'too good to be true'.

2. Antara taktik lain scammer adalah dengan off ruangan comment supaya mangsa-mangsa tidak dapat membuat komen pada akaun tersebut.

3. Menggunakan akaun milik orang lain @ keldai akaun. Pastinya scammer akan bersedia dengan pelbagai jawapan seperti akaun bank miliknya disekat dan pelbagai lagi alasan lain.

Semak dahulu nombor akaun dan nombor telefon di https://semakmule.rmp.gov.my/.

23/02/2024

Masih Ada lagi Yang menjadi mangsa kepada Kes Love Scam atau Parcel Scam.

Lindungi diri anda dan keluarga anda dengan kongsi informasi ini agar anda tidak menjadi mangsa yang seterusnya kepada SCAM.



23/02/2024

Jangan kongsi maklumat peribadi perbankan anda kepada mana-mana pihak terutama pihak yang tidak dikenali.

Akaun anda tanggungjawab anda!!!

Jangan mudah terpedaya dengan helah scammer dan buat semakan terlebih dahulu.




Jangan kongsi!

No. TAC/OTP, no. kad ATM, no. pin kad, ID pengguna dan kata laluan adalah maklumat keselamatan bank yang tidak boleh dikongsi kepada mana-mana pihak terutama pihak yang tidak dikenali.


21/02/2024

PHONE SCAM

🖊️ STAY VIGILANT N KEEP CALM

🖊️ DONT BE THE NEXT VICTIM OF SCAM



Ingat! Jangan panik. Matikan panggilan dengan segera.


21/02/2024

Scammer juga akan menakutkan anda dengan menghantar waran tangkap menerusi WhatsApp.

Anda perlu tahu,

Pihak polis tidak akan menghantar waran tangkap menerusi Aplikasi Pemesejan.

Sebar posting ini agar lebih ramai Yang CAKNA berkenaan Modus Operandi Phone Scam dan tidak menjadi mangsa kepada Jenayah Siber.





19/02/2024

Kenali ciri-ciri pelaburan tidak sah.

Jangan mudah terpedaya dengan tawaran "too good to be true"


Berwaspada dengan ciri- ciri pelaburan yang tidak sah / "scam".

Lindungi diri anda daripada terjebak sebagai mangsa scam!


Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

https://semakmule.rmp.gov.my/

Address


Menara KPJ, Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
50400