Keselamatan KKL

Keselamatan KKL

Share

make money

21/01/2023

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 🐰

Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 🐰, Pegawai-Pegawai Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur UKM ingin mengucapkan 'Selamat Menyambut Tahun Baru Cina' kepada seluruh warga Kampus Kuala Lumpur UKM, warga UKM dan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sama-sama meraikannya.

Jadikan kepelbagaian kaum dan budaya sebagai peluang untuk kita menyemai semangat perpaduan dan saling kenal mengenal antara satu sama lain. Sikap toleransi dan hormat menghormati yang mengikat perpaduan dalam kemajmukan Malaysia sentiasa menjadi ramuan yang akan membawa Malaysia terus ke depan..

Jangan lupa layari Media Sosial Bahagian Keselamatan dan klik β€˜Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami.

Gong Xi Fa Cai.. Gong Xi Fa Cai..

Photos from Keselamatan KKL's post 20/01/2023

SELAMAT BERSARA & UCAPAN TAHNIAH

BKKL- YDH Kapt. (B) Hamon Rafiz Abd Hamed (Ketua Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur UKM) telah menyempurnakan Majlis Persaraan Encik Rozali Salleh & Pemakaian Pangkat kepada Encik Mod Nor Helmy Mohamed Khalid dan Encik Hood Abd Ghaffar di atas kenaikan pangkat.

Persaraan anggota Keselamatan bagi meraikan JASA dan KHIDMAT beliau selama 23 Tahun di Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur UKM yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau. Penyampaian hadiah dan cenderahati telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur UKM.

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Anggota keselamatan di atas kenaikan pangkat. Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan memberi aspirasi kepada semua staf Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur UKM untuk terus berusaha dengan gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Photos from Keselamatan KKL's post 11/10/2022

LAWATAN DAN PEMERIKSAAN BAHAGIAN KESELAMATAN KAMPUS KUALA LUMPUR UKM.

BKKKL – 11 Oktober 2022 (Selasa), YDH Kapt (B) Hamon Rafiz Abd Hamed (Ketua Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur UKM) membuat pemantauan/ pemeriksaan di persekitaran kawasan pejabat KESELAMATAN Kampus Kuala Lumpur UKM di Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) dan Kampus Jalan Raja Muda bagi memastikan tahap keselamatan kakitangan dan prosedur keselamatan dengan baik.

Photos from Keselamatan KKL's post 11/10/2022

PENUGASAN BAHAGIAN KESELAMATAN KAMPUS KUALA LUMPUR UKM

BKKKL - 08 Oktober 2022 (Sabtu) , YDH Kapt (B) Hamon Rafiz Abd Hamed, (Ketua Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumur UKM) bersama anggota keselamatan Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur telah mengatur gerak bagi proses Pendaftaran Pelajar di Kolej Tun Doktor Ismail 2 berjalan dengan lancar..

Photos from Keselamatan KKL's post 06/09/2022

Sempena Bulan Kemerdekaan, Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur UKM Kasi ON. Derma Darah Di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM.
Jika dahulu sanggup tumpah darah demi tanah air tercinta, kini raikan bulan kemerdekaan dengan menderma darah demi keluarga Malaysia tercinta. Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Photos from Keselamatan KKL's post 29/08/2022

BKKKL - Alhamdulillah semperna HARI KEMERDEKAAN YANG KE 65 TAHUN...Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur menghiasi tempat mencari rezeki.. "KELUARGA MALAYSIA"

Photos from Keselamatan KKL's post 25/08/2022

JELAJAH PEJUANG KESELAMATAN KAMPUS KUALA LUMPUR

BKKL- 25 Ogos 2022 (Khamis) -YDH Kapt. (B) Hamon Rafiz Abd Hamed (Ketua Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur UKM) bersama anggota keselamatan KKL telah menjejaki anggota-anggota keselamatan yang telah bersara wajib dari skim perkhidmatan Keselamatan & Pertahanan Awam

ALHAMDULILLAH DAN SYUKUR kehadrat Allah swt. Memberi kesempatan berjumpa bersama pejuang-pejuang Keselamatan yang telah menabur khidmat dan bakti sepanjang bertugas di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM iaitu Encik Rozali Bin Tambi KP22 yang bersara pada tahun 2019, Encik Zulkifli Bin Ahmad KP19 yang bersara pada tahun 2018 dan Encik Mohd. Sharif Bin Othman KP14 yang bersara pada tahun 2016. Harap mereka ini dapat memberi aspirasi kepada semua staf Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur UKM untuk terus berusaha dengan gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Semoga kita semua sentiasa di lindungi oleh Allah swt..

-otai

Photos from Keselamatan KKL's post 25/08/2022

UCAPAN TAHNIAH

BKKL- 24 Ogos 2022 (Rabu) -YDH Kapt. (B) Hamon Rafiz Abd Hamed (Ketua Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur UKM) bersama Tuan Khairulisham Mat (Ketua Unit Keselamatan Jalan Raja Muda Kampus Kuala Lumpur UKM) telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada Encik Ahmad Ghazali Bin Ab Rahman di atas kenaikan pangkat dan Encik Khairi Bin Kamarudin disahkan jawatan.

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Anggota keselamatan di atas kenaikan pangkat dan disahkahkan jawatan. Semoga dengan kenaikan pangkat dan disahkan jawatan ini akan memberi aspirasi kepada semua staf Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur UKM untuk terus berusaha dengan gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Cheras
Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00