Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur

Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur, Government Organization, Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur, Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur.

Photos from KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat's post 28/04/2026

𝐒𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝟔𝟑 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧, 𝐓𝐚𝐧 𝐒𝐫𝐢 𝐙𝐞𝐭𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐤𝐞 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐮𝐬𝐮𝐫𝐢 𝐉𝐞𝐣𝐚𝐤 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚

Hari ini, warga KEMAS Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur bertuah apabila mantan Gabenor Bank Negara Malaysia ke-7, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menjejakkan semula kakinya ke sini setelah kali terakhir beliau hadir ke sini kira-kira 63 tahun yang lalu.

Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur yang berada di tengah Metropolitan menyimpan banyak kenangan buat diri beliau. Sebuah lokasi yang bukan sekadar bangunan, tetapi menyimpan sejarah panjang pembangunan masyarakat negara kita yang tercinta ini.

Kunjungan Tan Sri Dr. Zeti Akhtar bukan sahaja sebagai seorang tokoh ekonomi negara tetapi sebagai seorang cucu yang kembali menelusuri jejak legasi keluarganya. Allahyarhamah Puan Azizah binti Jaffar, nenda beliau pernah berkhidmat sebagai Pengetua kedua ketika institusi ini dikenali sebagai RIDA (Rural & Industrial Development Authority) .

Dalam perbualan yang sederhana namun penuh makna, beliau turut menitipkan nasihat agar seluruh warga KEMAS terus komited menyumbang khidmat kepada masyarakat. Satu pesanan ringkas, tetapi cukup besar ertinya kerana di situlah terletaknya kekuatan sebenar KEMAS.

Beliau turut berkongsi kenangan pernah hadir ke sini sekitar tahun 1961 hingga 1963. Kenangan yang mungkin bagi sesetengah orang hanyalah memori peribadi, namun bagi kita ia adalah sebahagian daripada sejarah yang membentuk KEMAS hari ini.

Lebih mengusik rasa apabila beliau meneliti gambar bersejarah yang memaparkan Tunku Abdul Rahman merasmikan bangunan ini pada tahun 1956, satu detik awal yang menjadi titik tolak kepada perjalanan panjang institusi ini dalam membangunkan masyarakat.

KEMAS tidak bermula hari ini. Ia dibina atas asas yang kukuh oleh insan-insan terdahulu yang mungkin tidak dikenali ramai, tetapi sumbangan mereka terus hidup dalam setiap usaha yang kita laksanakan.

Hari ini kita bukan sekadar mengimbau sejarah. Kita menyambung legasi.

𝐊𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒… 𝐃𝐢 𝐒𝐢𝐧𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚.

31/12/2025

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔

Bismillahirrahmanirrahim بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat Datang Tahun Baharu 2026 daripada kakitangan ILKKL.
Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat, kekuatan dan peluang yang telah mengiringi perjalanan kita sepanjang tahun 2025. Setiap pengalaman yang dilalui menjadi bekal berharga untuk kita melangkah lebih yakin ke hadapan.

Semoga setiap doa dimakbulkan, segala impian direalisasikan, setiap usaha membuahkan hasil, setiap langkah dipandu kejayaan dan setiap cabaran ditempuhi dengan ketabahan serta semangat yang diperbaharui. Aamiin

Setulus penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur (ILKKL) dan semua pihak yang sentiasa setia bersama ILKKL. Sokongan, komitmen dan kerjasama yang diberikan amat dihargai dan menjadi asas kepada kejayaan bersama bagi tahun 2025.

Tirai tahun 2025 dilabuhkan dengan pelbagai kisah, lembaran 2026 dibuka dengan harapan dan azam yang segar.

🎬 𝗩𝗶𝘀𝘂𝗮𝗹 𝗼𝗹𝗲𝗵 : 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐈𝐋𝐊𝐊𝐋

R𝐢s𝐞 ! 𝐈L𝐊K𝐋 𝐔n𝐢t𝐞d ! I𝐋K𝐊L U𝐧s𝐭o𝐩p𝐚b𝐥e #









Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur, Jalan Syed Putra
Kuala Lumpur
50460

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00