Rukun Tetangga Taman Sri Endah Flat

Rukun Tetangga Taman Sri Endah Flat

Share

Rukun Tetangga berkonsepkan semangat kejiranan untuk memperkukuhkan perpaduan di kalangan komuniti.

01/06/2026

🎖️ SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ATAS PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN J.M.N. 🎖️

Seluruh saf kepimpinan dan ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Endah, Daerah Seputeh, Kuala Lumpur ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada:

✨ YBrs. Tuan Zulkifli bin Hashim ✨

di atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Johan Mangku Negara (J.M.N.) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026.

Kurniaan yang amat bermakna ini merupakan satu pengiktirafan luhur terhadap jasa, bakti, dan komitmen tinggi beliau yang sentiasa menjadi inspirasi kepada kita semua dalam memupuk semangat perpaduan dan pembangunan komuniti.

Semoga beliau terus dikurniakan kesihatan yang baik, hidayah, dan kekuatan untuk terus berbakti kepada masyarakat, bangsa, dan negara.

"Selamat maju jaya dengan urusan KRT Taman Sri Endah!" 🤝✨

Photos from Jabatan Perpaduan Negara Kuala Lumpur's post 21/05/2026
29/04/2026

"Di hujung jari kita terletak tanggungjawab yang besar. Setiap hantaran, komen, dan perkongsian mencerminkan siapa kita sebagai rakyat Malaysia. Mari kita amalkan budaya digital yang positif dan beretika demi mengekalkan keharmonian serta perpaduan negara. Jadilah pengguna media sosial yang bijak dan matang. 🇲🇾






Photos from Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional's post 29/04/2026
Photos from Rukun Tetangga Taman Sri Endah Flat's post 28/04/2026

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Seputeh di Taman Sri Endah baru-baru ini memang luar biasa! Bayangkan, hampir 2,000 warga Seputeh turun padang memeriahkan suasana bersama Ahli Parlimen kita, YB Teresa Kok. Memang terasa betul kehangatan, kemeriahan, dan semangat Aidilfitri tahun ini! 🎉🥘

Majlis bertambah seri dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat yang sudi meluangkan masa memeriahkan suasana bersama kita:
🔹 YB Tuan Ir. Ts. Zahir Hassan (Ahli Parlimen Wangsa Maju)
🔹 Dato' Chang Kim Loong (Setiausaha Agung Kehormat, HBA)
🔹 Tuan Yeo Chee Meng (OCS Balai Sri Petaling)
🔹 Pn. Normaizatul Akmal (Pengarah Jabatan Penerangan W.P.)
🔹 Pn.Rosmawati Abd Latif Wakil Pengarah Jabatan Perpaduan Negara JPNIN WP
🔹 Barisan Wakil dari Bomba Parlimen Seputeh, Pengarah ADDK.
🔹 Pengerusi-Pengerusi & Wakil KRT sekitar Parlimen Seputeh

Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Setinggi-tinggi penghargaan buat semua ahli MPPWP Zon Seputeh dan KRT Taman Sri Endah yang bertungkus-lumus menjadi tulang belakang majlis ini. Tanpa komitmen dan kerjasama erat anda semua, event yang indah macam ni takkan menjadi kenyataan! 💪😊

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang hadir. Jom kita terus kekalkan keharmonian, perpaduan, dan semangat kejiranan yang utuh di Seputeh! 🤝❤️

Photos from Rukun Tetangga Taman Sri Endah Flat's post 15/04/2026

🌟 Debaran Syawal Semakin Terasa di Seputeh! Kru Dah "Ready", Aturcara Dah "Set"! 🌟

Demi memastikan Majlis Terbuka Hari Raya Aidilfitri tahun ini meriah dan meninggalkan kenangan manis buat semua, satu perjumpaan sinergi melibatkan gabungan mantap Parlimen Seputeh, MPPWP, dan KRT Taman Sri Endah telah pun berlangsung dengan jayanya.

Fokus mesyuarat kami kali ini ringkas tapi padat:
🔹 Menyusun aturcara majlis yang paling gempak dan meriah untuk warga setempat.
🔹 Mengagihkan tugas-tugas penting kepada barisan krew dan AJK yang sentiasa bersemangat tinggi.

Bila semua pihak berganding bahu, segala perancangan menjadi lebih mudah.

15/04/2026

Semua dijemput turun beramai ramai untuk menjayakan salah satu program MEGA Parlimen SEPUTEH dengan kerjasama KRT Taman Sri Endah 🌙✨

Photos from Rukun Tetangga Taman Sri Endah Flat's post 12/04/2026

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon M Sri Petaling telah berjaya menganjurkan majlis sambutan Kongsi Raya yang meriah baru-baru ini bagi memupuk semangat muhibah dalam kalangan penduduk setempat.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok. Semangat kesepakatan antara komuniti turut terserlah dengan penglibatan pemimpin-pemimpin setempat, termasuk Pengerusi KRT Zon M Sri Petaling, En. Tamzir; Pengerusi KRT Taman Sri Endah, En. Dzulkarnain; dan Pengerusi KRT Sri Petaling Zon E, Puan Linda Neo.

Photos from Rukun Tetangga Taman Sri Endah Flat's post 29/12/2025

Siaran Langsung!

Program Agenda AWANI: MADANI Bekerja – Pencapaian JPNIN 2025 bersama YBrs. Encik Zulkifli bin Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Taman Sri Endah
Kuala Lumpur
57000