Perkep IPD Cheras

Directions

Perkep IPD Cheras Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras

30/08/2026
PROGRAM CERAMAH BICARA WANITA TENTANG WANITA: “FIQH DARAH WANITA” PERKEP IPD CHERASProgram Ceramah Bicara Wanita Tentang...
19/06/2026

PROGRAM CERAMAH BICARA WANITA TENTANG WANITA: “FIQH DARAH WANITA” PERKEP IPD CHERAS

Program Ceramah Bicara Wanita Tentang Wanita: “Fiqh Darah Wanita” telah diadakan pada 19 Jun 2026 (Jumaat) di Dewan Serbaguna IPD Cheras hasil kerjasama antara PERKEP IPD Cheras dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan. Majlis telah dihadiri oleh Pengerusi PERKEP IPD Cheras Puan Mazira binti Ismail, ASP Zaleha Mastura binti Mohd Zain Setiausaha PERKEP IPD Cheras serta barisan Ketua-Ketua Biro dan Ahli-Ahli PERKEP IPD Cheras.

Ceramah telah disampaikan oleh Ustazah Nurul Hidayah Binti Kamarudin dengan perkongsian ilmu berkaitan taharah (bersuci), haid, nifas dan istihadhah menurut perspektif Islam. Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman ahli PERKEP mengenai hukum-hakam fiqh darah wanita serta panduan pelaksanaan ibadah yang betul.

Turut diadakan sesi soal jawab bagi memberi peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan isu-isu yang sering menjadi persoalan dalam kehidupan seharian. Program ini berjaya menarik penyertaan seramai 78 orang dan merupakan salah satu usaha PERKEP IPD Cheras dalam memperkasakan ilmu serta pengetahuan agama dalam kalangan ahli.

🌸PROGRAM GUBAHAN ‘BOUQUET’ ANJURAN PERKEP IPD CHERAS | 15 MEI 2026 | RUMAH PERKEP IPD CHERASPERKEP IPD Cheras telah meng...
15/05/2026

🌸PROGRAM GUBAHAN ‘BOUQUET’ ANJURAN PERKEP IPD CHERAS | 15 MEI 2026 | RUMAH PERKEP IPD CHERAS

PERKEP IPD Cheras telah menganjurkan Program Gubahan ‘Bouquet’ pada 15 Mei 2026 bermula jam 0900 hrs bertempat di Rumah PERKEP IPD Cheras yang disertai seramai 35 orang peserta terdiri daripada Ketua-Ketua Biro, AJK dan ahli PERKEP IPD Cheras. Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Puan Mazira binti Ismail, Pengerusi PERKEP IPD Cheras.

Program ini bertujuan memberi pendedahan mengenai teknik asas gubahan ‘bouquet’, meningkatkan kreativiti peserta serta menggalakkan penglibatan aktif ahli PERKEP dalam aktiviti berfaedah dan menjana pendapatan tambahan.Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan sesi pengenalan jenis dan teknik asas gubahan ‘bouquet’, demonstrasi langkah demi langkah oleh tenaga pengajar iaitu Puan Hasnizia Binti Abdul Hamid serta sesi praktikal menghasilkan ‘bouquet’ secara langsung.Program telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat baik daripada warga PERKEP IPD Cheras. Selain memberi ilmu dan pengalaman baharu kepada peserta, program ini turut berjaya mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli PERKEP.

🌹 Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.




PEMERIKSAAN HPV & PEMERIKSAAN PAYUDARA KLINIKAL PERKEP IPD CHERAS 2026Pada 11/05/2026 bertempat di Rumah PERKEP IPD Cher...
11/05/2026

PEMERIKSAAN HPV & PEMERIKSAAN PAYUDARA KLINIKAL PERKEP IPD CHERAS 2026

Pada 11/05/2026 bertempat di Rumah PERKEP IPD Cheras telah berlangsung Program Pemeriksaan HPV dan Pemeriksaan Payudara Klinikal anjuran PERKEP IPD Cheras dengan kerjasama Klinik Kesihatan Cheras. Program telah berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan daripada warga PERKEP IPD Cheras.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran berkaitan kepentingan pemeriksaan kesihatan wanita serta pengesanan awal kanser serviks dan kanser payudara.
Sepanjang program berlangsung, peserta telah menjalani pemeriksaan HPV, Pemeriksaan Payudara Klinikal serta sesi konsultasi kesihatan wanita oleh petugas Klinik Kesihatan Cheras.
Program turut dihadiri Pengerusi PERKEP Cheras, Setiausaha PERKEP Cheras, Ketua-Ketua Biro, Ahli Jawatankuasa, ahli PERKEP Cheras serta petugas Klinik Kesihatan Cheras.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya meningkatkan kesedaran warga PERKEP IPD Cheras terhadap kepentingan pemeriksaan kesihatan wanita secara berkala.

Address

Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras
Kuala Lumpur
56100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkep IPD Cheras posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share