24/03/2026
Perkep IPD Cheras
Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras
24/03/2026
03/03/2026
*LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS PEGAWAI RENDAH POLIS BKDNKA IPD CHERAS, KUALA LUMPUR*
Cheras, 3 Mac 2026 โ Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (BKDNKA), IPD Cheras telah mengadakan satu lawatan kebajikan ke atas L/Kpl Nurul Salmiah binti Maimun yang telah selamat melahirkan cahaya mata kedua, seorang bayi perempuan pada 27 Februari 2026.
Lawatan tersebut telah diketuai oleh Puan Syarifah Nur, Ketua Biro Sukan PERKEP IPD Cheras, dan turut dihadiri oleh beberapa Pegawai Rendah Polis BKDNKA IPD Cheras.
Lawatan ini dilaksanakan mewakili YDH Ketua Polis Daerah Cheras dan Pengerusi PERKEP IPD Cheras serta YDH Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras dan Naib Pengerusi PERKEP IPD Cheras.
Dalam lawatan berkenaan, sumbangan berupa barangan keperluan bayi telah disampaikan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada L/Kpl Nurul Salmiah serta keluarga.
Turut disampaikan salam dan ucapan tahniah daripada YDH Datoโ Ketua Polis Kuala Lumpur serta Datin Pengerusi PERKEP IPK Kuala Lumpur.
Semoga L/Kpl Nurul Salmiah dan bayi sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.
20/02/2026
๐ธ HAMPER RAYA PERKEP IPD CHERAS 2026 KEMBALI LAGI!!!๐ธ
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YDH Tuan/Puan,
YBhg. Encik/Cik yang dihormati,
๐Dengan penuh rasa hormat, Biro Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di bawah naungan Perkep IPD Cheras ingin memaklumkan bahawa kami kini membuka tempahan Hamper Raya bagi Tahun 2026 sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia.
๐Hamper Raya ini disediakan khas sebagai tanda ingatan dan penghargaan, sesuai untuk dijadikan buah tangan kepada keluarga, sahabat handai serta rakan sekerja. Rekaannya eksklusif dengan sentuhan istimewa bagi memeriahkan Syawal yang penuh keberkatan.
๐นSehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya YDH Tuan/Puan/Encik/Cik sudi membuat tempahan Set Gift Raya ini.๐น
โฌ๏ธโฌ๏ธโฌ๏ธโฌ๏ธโฌ๏ธโฌ๏ธ
๐ทSebarang pertanyaan atau tempahan boleh dibuat melalui WhatsApp:
๐ฑ http://www.wasap.my/60178857309
(Kons Hana)
AJK Biro IKS PERKEP Cheras
๐น Gambar serta harga bagi setiap Hamper Raya PERKEP IPD Cheras adalah seperti didalam gambar..
๐ฟTerima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.
Semoga Syawal kali ini membawa kebahagiaan dan keberkatan buat kita semua. โจ
18/02/2026
SALAM RAMADAN AL-MUBARAK 1447H /2026
PERKEP IPD Cheras mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada seluruh warga IPD Cheras.
Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan, mengukuhkan silaturahim serta meningkatkan keikhlasan dalam setiap amal dan tanggungjawab.
16/02/2026
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐๐๐ฅ๐จ ๐๐๐ก๐ | ๐ฎ๐๐๐ ๐ฟ๐ ๐ญ๐ ๐ช๐๐
Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras dengan penuh sukacita mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua di Malaysia, khususnya warga Cheras.
Semoga ketibaan tahun baharu ini menjadi lembaran baharu yang membawa kesejahteraan berpanjangan, kesihatan yang berterusan serta kejayaan yang cemerlang dalam setiap lapangan kehidupan.
IPD Cheras sentiasa komited dalam memelihara keselamatan dan ketenteraman awam. Kami akan terus memperkasakan kerjasama strategik bersama seluruh lapisan masyarakat demi memastikan kesejahteraan bersama terus terpelihara.
Semoga Tahun Baharu ini dilimpahi keamanan, kemakmuran dan kemajuan buat kita semua.
๐ฎ๐๐๐ ๐ฟ๐ ๐ญ๐ ๐ช๐๐
16/02/2026
PERKEP IPD Cheras mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru Cina. Semoga perayaan ini memperkukuhkan nilai kekeluargaan, menyemai keharmonian , serta memperteguhkan semangat perpaduan yang menjadi asas kekuatan majmuk negara kita.
12/02/2026
MESYUARAT PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN 2026 PERKEP IPD CHERAS BIL 1/2026.
PERKEP Cheras - 12/02/2025 Bertempat di Rumah Perkep, IPD Cheras telah diadakan Mesyuarat Perancangan Aktiviti Tahunan 2026 yang dipengerusikan sendiri oleh YBhg. Puan Mazira binti Ismail, Pengerusi PERKEP IPD Cheras dengan kehadiran YBhg. Puan Chen Zhong Zhong, Naib Pengerusi PERKEP, Ketua- Ketua Biro dan AJK- AJK PERKEP IPD Cheras. Kehadiran seramai 25 orang.
Agenda Mesyuarat adalah bagi
merancang aktiviti sepanjang tahun oleh semua Ketua- Ketua Biro dan
pembentangan Laporan Kewangan oleh Bendahari.
Semoga perancangan yang telah disusun sepanjang tahun 2026 membawa kemajuan kepada PERKEP IPD Cheras.
Mesyuarat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan diakhiri dengan jamuan ringan.
30/01/2026
30/01/2026
ุฅููููุง ูููููฐูู ููุฅููููุง ุฅููููููู ุฑูุงุฌูุนูููู
(๐ซ๐๐๐๐๐๐
๐ ๐จ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐
๐ ๐จ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐)
๐ฆ๐๐๐๐ ๐ง๐๐๐ญ๐๐๐
YDH ACP Mohd Rosdi bin Daud, Ketua Polis Daerah Cheras dan YBhg. Puan Mazira Binti Ismail, Pengerusi PERKEP IPD Cheras serta seluruh warga Polis Daerah Cheras menzahirkan ucapan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarhamah ๐ฒ๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐๐๐ ๐ฑ๐๐๐๐๐๐
๐
๐๐, Anggota Balai Polis Sungai Besi yang telah kembali ke rahmatullah pada 30 Januari 2026 (Jumaat) di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras, Kuala Lumpur.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa-dosa, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, serta dikurniakan kesabaran dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga.
๐จ๐ - ๐๐๐๐๐๐๐.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras
Kuala Lumpur
56100
