KIKSM Cawangan Selatan

Directions

KIKSM Cawangan Selatan Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia
(Cawangan Selatan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.KIKSM merakamkan rasa dukacita atas musibah yang menimpa PPKP Muhammad Atrash bin Sa...
12/08/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

KIKSM merakamkan rasa dukacita atas musibah yang menimpa PPKP Muhammad Atrash bin Salim, anggota PKD Kuala Pilah, rumah kediamannya di Segamat telah terbakar lewat petang semalam. Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas dan tiada harta benda dapat diselamatkan.

KIKSM menyeru warga kerja PKP & PPKP untuk bersama-sama membantu meringankan beban beliau sekeluarga melalui pautan QR disertakan.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan IK Atrash dan keluarga serta memberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

KIKSM – Prihatin, Bersatu, Membantu.

22/07/2026
RM20000 - Tahniah PKD Kota Tinggi
22/05/2026

RM20000 - Tahniah PKD Kota Tinggi

KOTA TINGGI: A company was slapped with a RM20,000 fine by the magistrate's court here after it admitted to displaying smoking-related products without complying with legal requirements under the to***co control regulations last year.

RM10, 000 - Tahniah PKD Gombak
21/05/2026

RM10, 000 - Tahniah PKD Gombak

SHAH ALAM: A plant nursery was fined RM10,000 by the magistrate's court today after its premises in Sungai Buloh was found to be a breeding ground for Aedes mosquitoes last year.

Ucapan PrihatinKesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia Cawangan Selatan. Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanj...
25/04/2026

Ucapan Prihatin
Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia Cawangan Selatan.

Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia menzahirkan rasa dukacita dan amat terkesan atas musibah yang menimpa sahabat kita, En. Zamany b. Md Zin PKD Melaka Tengah yang terlibat dalam kemalangan motosikal sehingga mengalami kecederaan patah pada bahu dan kaki kanan serta kecederaan pada bahagian dada.

Kami seluruh warga kesatuan mendoakan agar beliau diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. Semoga beliau mendapat rawatan yang terbaik dan dikurniakan kesembuhan yang sempurna seperti sediakala.

Marilah kita bersama-sama menitipkan doa agar sahabat kita ini sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Kesatuan Inspektor Kesihatan
Semenanjung Malaysia

Pengerusi KIKSM Cawangan Selatan, PKP En. Iskandarsah bin Mohd Sah menziarahi En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man, PPKP U6...
11/03/2026

Pengerusi KIKSM Cawangan Selatan, PKP En. Iskandarsah bin Mohd Sah menziarahi En. Muhamad Zulkhirol bin Che Man, PPKP U6 yang sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban susulan kemalangan yang berlaku baru-baru ini. Beliau merupakan pegawai yang sedang berkhidmat di Bahagian Kawalan Penyakit, IPKKM.

Dalam lawatan tersebut, Pengerusi KIKSM Cawangan Selatan turut menyampaikan sumbangan daripada KIKSM kepada PPKP Syamsiah, isteri kepada En. Muhamad Zulkhirol.

Semoga beliau diberikan kesembuhan yang segera serta dipermudahkan segala urusan rawatan.

Tahniah PKD Gombak
09/03/2026

Tahniah PKD Gombak

SELAYANG: A single cigarette turned into a hefty RM6,000 fine for a sundry shop owner after his worker sold it to a 16-year-old boy last September.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Tabung sumbangan bagi membantu sahabat kita - PPKP Muhamad Zulkhirol Bin Che Ma...
08/03/2026

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Tabung sumbangan bagi membantu sahabat kita - PPKP Muhamad Zulkhirol Bin Che Man yang ditimpa kemalangan masih diteruskan bagi meringankan beban beliau dan keluarga.

Bagi memudahkan urusan, sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun isteri beliau melalui QR Code yang disertakan.

Marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan dan doa agar segala urusan beliau dipermudahkan.

Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan semua.

Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia

Ucapan PrihatinKesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung MalaysiaKesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia menzah...
06/03/2026

Ucapan Prihatin
Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia

Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia menzahirkan rasa dukacita dan amat terkejut atas kejadian kemalangan yang menimpa sahabat kita.

Kami seluruh warga kesatuan mendoakan agar beliau diberikan keselamatan, kekuatan serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. Semoga beliau segera mendapat rawatan yang sewajarnya dan kembali pulih seperti sediakala.

Marilah kita bersama-sama menitipkan doa agar sahabat kita PPKP Muhammad Zukhirol Bin Che Man ini berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Semoga seluruh keluarga beliau diberikn kekuatan atas dugaan yang menimpa.

Kesatuan Inspektor Kesihatan
Semenanjung Malaysia.

https://www.utusan.com.my/nasional/2026/01/jual-kopi-beracun-pemilik-syarikat-didenda-rm10000/RINGKASAN SEBUTAN KES PKD ...
26/01/2026

https://www.utusan.com.my/nasional/2026/01/jual-kopi-beracun-pemilik-syarikat-didenda-rm10000/

RINGKASAN SEBUTAN KES PKD GOMBAK

Tarikh : 26.01.2026 (Isnin)
Mahkamah : Mahkamah Sesyen 2, Mahkamah Sesyen Selayang
Hakim : —
Pegawai Pendakwa : Pegawai Kesihatan Persekitaran
Pegawai Serbuan 1 : Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Pegawai Serbuan 2 : Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Pegawai Penyiasat : Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Wakil syarikat : Pengarah Syarikat
OKS tidak diwakili oleh Peguam
Perundangan : Akta Makanan 1983

PP vs OKS
No. Saman: BD-63-13-12/2025
Pertuduhan :
Menjual 40 sachet “Kopi Jantan Tradisional” (Healthy Man Coffee) dengan harga RM132.00 kepada Pegawai Berkuasa di bawah Akta Makanan 1983.
Hasil analisis sampel mengandungi Tadalafil sebanyak 1310.61 mg/kg.

Tidak mematuhi Seksyen 13B(1) dibaca bersama Seksyen 13B(2)(d) Akta Makanan 1983 dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 13(4) Akta yang sama.

Hukuman:
Denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
Hujahan Pemberatan :
Tadalafil merupakan ubat terkawal dan diklasifikasikan sebagai Racun Kumpulan B di bawah Akta Racun 1952 serta lebih berbahaya berbanding SILDENAFIL. Hanya boleh dibekalkan melalui preskripsi oleh pengamal perubatan berdaftar. Tidak dibenarkan dicampurkan ke dalam makanan.
Membahayakan kesihatan dan keselamatan pengguna sekiranya diambil secara harian.
Risiko kesihatan serius termasuk penurunan tekanan darah mendadak, gangguan sistem kardiovaskular dan interaksi berbahaya dengan ubat lain khususnya ubat jantung yang mengandungi nitrate. Kesan sampingan termasuk serangan jantung, strok dan ereksi berpanjangan yang menyakitkan serta boleh merosakkan tisu. Kes penambahan bahan terlarang dalam makanan semakin berleluasa demi keuntungan tanpa mengutamakan keselamatan pengguna.

Keputusan Penghakiman :
OKS mengaku salah sepertimana pertuduhan dan fakta kes.
Denda RM10,000.00 atau gagal bayar waran levi.
OKS telah membayar denda RM10,000.00.

UNIT INSPEKTORAT DAN PERUNDANGAN
PEJABAT KESIHATAN DAERAH GOMBAK

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KIKSM Cawangan Selatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share