06/10/2026
Dari Inovasi ke Aplikasi Industri 🔬
MRC memudah cara sesi perbincangan teknikal antara Universiti Sains Malaysia (USM), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi projek Rubber Joint System for Masonry Infill Walls, salah satu inovasi berasaskan getah untuk sektor pembinaan yang dibiayai di bawah Program Dana Hubungan Industri 2.0 (ILF 2.0) MRC.
Sesi yang diadakan di UiTM Shah Alam memberi peluang kepada CREaTE dan pegawai teknikal JKR untuk memahami dengan lebih lanjut teknologi yang dibangunkan oleh USM, meneliti pengujian yang telah dilaksanakan serta menyaksikan demonstrasi persediaan ujian.
Melalui sesi ini, MRC menghubungkan kepakaran penyelidik dengan agensi teknikal dan keperluan industri bagi menyokong validasi serta potensi aplikasi teknologi tersebut dalam sektor pembinaan, seterusnya membantu membawa inovasi daripada peringkat penyelidikan ke arah aplikasi industri. 🏗️
MRC menghargai kerjasama USM, UiTM, CREaTE dan JKR dalam usaha memperluas aplikasi getah melalui inovasi bernilai tambah dan membuka peluang baharu bagi industri getah Malaysia. 🤝
Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK
Universiti Sains Malaysia
Universiti Teknologi MARA
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKr