03/06/2026
Tip Keselamatan Makanan
Hari Keselamatan Makanan Sedunia
Buah-buahan dan sayuran wajib dicuci dahulu sebelum dikupas untuk menghilangkan kotoran atau bahan tercemar.
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya
03/06/2026
Tip Keselamatan Makanan
Hari Keselamatan Makanan Sedunia
Buah-buahan dan sayuran wajib dicuci dahulu sebelum dikupas untuk menghilangkan kotoran atau bahan tercemar.
02/06/2026
Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mengajak semua agar terus prihatin dengan keselamatan makanan agar sentiasa terhindar daripada keracunan makanan dengan mematuhi 5 kunci keselamatan makanan ini!
01/06/2026
πππππππππ ππππππ, ππππππ ππππππ
Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku
Pada 1 Jun 2026, Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H
Semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa dilimpahi keberkatan bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan.
Sembah takzim daripada
Seluruh Warga Kerja
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
29/05/2026
Tentu ramai yang dah terima daging korban bukan? Jadi ikuti langkah selamat dalam nyahbeku (defrost) daging korban yang anda simpan untuk pastikan ianya sentiasa segar.
28/05/2026
Kita semua haruslah memastikan pengendalian daging korban yang betul untuk mengelakkannya rosak.
Pastikan daging korban ditutup dan dibersihkan sebaiknya untuk memastikannya selamat.
Selamat Hari Raya Aidil Adha.
π PANDUAN PENGENDALIAN DAGING KORBAN: BERSIH β’ SELAMAT β’ BERKAT π₯©
Menjelang Hari Raya Aidiladha, ibadah korban bukan sahaja mengajar kita tentang pengorbanan dan ketaatan, tetapi juga tentang amanah dalam memastikan daging yang diagihkan kekal suci, bersih, dan selamat untuk dimakan.
Bagi mengelakkan risiko keracunan makanan atau pencemaran bakteria, Pejabat Kesihatan Putrajaya membawakan 8 Langkah Utama panduan pengendalian daging korban untuk rujukan kita bersama:
π 8 Langkah Pengendalian Daging Korban:
1 Kebersihan Diri: Cuci tangan dengan sabun sebelum & selepas mengendali daging. Pastikan kuku sentiasa pendek & bersih.
2 Peralatan Bersih: Gunakan pisau & papan pemotong yang telah disanitasi. Asingkan peralatan untuk daging mentah bagi mengelakkan pencemaran silang.
3 Kawasan Bersih: Jalankan proses penyembelihan dan melapah di kawasan yang bersih, kering, dan berteduh. Jauhkan dari kawasan najis, habuk, atau gangguan haiwan liar.
4 Proses Segera: Selesaikan penyediaan daging secepat mungkin. Elakkan daging daripada terdedah pada suhu tinggi (suhu bilik) terlalu lama.
5 Penyejukan: Sejukkan daging dengan segera jika tidak diagihkan terus. Simpan dalam bekas bersih yang bertutup bersama blok ais atau masukkan ke dalam cooler box.
6 Pembungkusan Bersih: Gunakan plastik gred makanan (food-grade) atau bekas yang bersih. Jangan isi terlalu penuh dan ikat dengan kemas.
7 Agihan Selamat: Agihkan kepada penerima secepat mungkin. Pastikan daging sampai ke tangan penerima dalam keadaan yang baik dan segar.
8 Kebersihan Selepas Proses: Bersihkan semula kawasan dan peralatan, serta buang sisa korban di tempat pembuangan yang betul demi mengelakkan pembiakan penyakit.
β οΈ PENTING UNTUK DIINGAT!
π‘οΈ Suhu Simpanan: Simpan daging pada suhu sejuk 0 celcius hingga 4 celcius jika tidak diagihkan dengan segera.
π« Periksa Fizikal: Jangan terima atau gunakan daging yang sudah mula berbau kurang enak, berlendir, atau berubah warna.
π‘οΈ Ibadah Lebih Bermakna: Utamakan kebersihan demi menjaga kesihatan komuniti. Kebersihan itu sebahagian daripada iman!
Sila Simpan (Save) gambar infografik ini dan Kongsi (Share) kepada ahli jawatankuasa masjid, surau, ahli keluarga, serta rakan-rakan anda yang terlibat dengan aktiviti korban tahun ini.
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha daripada kami di Pejabat Kesihatan Putrajaya! πβ¨
28/05/2026
Pastikan daging korban diedarkan dengan mengikuti tip-tip ini.
Elakkan untuk melengah-lengahkan edaran daging korban kepada individu yang sepatutnya.
27/05/2026
Pastikan Cara Penyimpanan Daging Korban Yang Betul.
Hari Raya Korban sudah tiba. Pastinya ramai umat Islam di seluruh negara berpusu-pusu untuk bersama-sama menjalankan ibadah korban, tidak kira di bandar dan kampung halaman.
Dalam hal ini, kita semua haruslah memastikan pengendalian daging korban yang betul untuk mengelakkannya rosak.
Pastikan daging korban ditutup dan dibersihkan sebaiknya untuk memastikannya selamat.
Selamat Hari Raya Aidil Adha.
27/05/2026
Amalkan 10 Tip Keselamatan Makanan Semasa Perayaan di Rumah.
Selamat Menyambut HarI Raya Aidiladha.
27/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha daripada kami Warga Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
Selamat menunaikan ibadah korban diucapkan kepada umat Islam yang melaksanakan ibadah korban kerana kesanggupan berkorban harta kekayaan bagi membantu yang daif adalah diseru dalam Islam serta ianya adalah simbol ketaatan, ketakwaan dan kehambaan kita kepada Maha Pencipta..
26/05/2026
Pemilihan Tempat Penyembelihan Yang Bersih dan Selamatβ
Kenapa sangat penting untuk memilih lokasi atau tempat penyembelihan yang bersih dan selamat βπ€
β
Risiko berlakunya pencemaran silang rendah
β
Mengelakkan berlakunya penyebaran wabak penyakit
β
Memastikan daging korban terhindar dari bakteria berbahaya dan selamat untuk dimakan
Hidangan Selamatβ
Raya Ceriaβ
Kesihatan Terjagaβ
Ingat, keselamatan makanan tanggungjawab bersamaπ
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |