Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Daerah Kuala Lumpur

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Daerah Kuala Lumpur

Share

Rescue dan Ambulances Services APM Daerah Kuala Lumpur (Dang Wangi) adalah sebuah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Penubuhan JPAM adalah pada 24 Mac 1952 di bawah Ordinans Pertahanan Awam 1952 (Akta 221, Pertahanan Awam)

PNPA WP - 03-62010579/62010704/62010836/62010503
PDPA Kuala Lumpur - 03-26871408/1403/1410/1404

PKOD Dang Wangi - 03-26871400
Bilik Gerakan Dang Wangi - 03-26871444

01/06/2026

1 June 2026 (Isnin)

🌾 SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI 🌾

Mej.(PA) Mohamad Aminullah Bin Zulkafly, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Lumpur, Cheras dan Sentul mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada seluruh masyarakat yang meraikannya khususnya masyarakat Dayak di negeri Sarawak. Semoga perayaan yang penuh bermakna ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada seluruh masyarakat yang meraikannya.

Marilah kita terus memupuk semangat perpaduan, saling menghormati serta menghargai kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan negara kita.

Gayu Guru Gerai Nyamai.
Semoga panjang umur, sihat sejahtera dan hidup dalam kemakmuran.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan













31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

“Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku”

Sembah takzim daripada Mej.(PA) Mohamad Aminullah Bin Zulkafly, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Lumpur, Cheras dan Sentul serta seluruh warga kerja Angkatan Pertahanan Awam Kuala Lumpur.



DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 01 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

"Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku"

Sembah takzim daripada YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan seluruh warga kerja APM.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Jabatan Perdana Menteri














**

31/05/2026

31 Mei 2026 (Ahad)

SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2026

Mej.(PA) Mohamad Aminullah Bin Zulkafly, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Lumpur, Cheras dan Sentul ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia.

Semoga sambutan Hari Wesak membawa sinar kedamaian, kebijaksanaan dan kasih sayang, serta terus memperkukuhkan semangat perpaduan, keharmonian dan saling menghormati dalam masyarakat majmuk negara kita.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan













30/05/2026

30 Mei 2026 (Sabtu)

🌾 SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN 🌾

Mej.(PA) Mohamad Aminullah Bin Zulkafly, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Lumpur, Cheras dan Sentul serta seluruh warga Angkatan Pertahanan Awam Kuala Lumpur ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya bagi masyarakat di negeri Sabah.

Semoga sambutan Pesta Kaamatan tahun ini membawa kegembiraan, kemakmuran dan memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita dan semangat kebersamaan yang dipupuk terus mekar, menyatukan kita dalam kepelbagaian demi kesejahteraan.

Pesta Kaamatan bukan sekadar simbol kesyukuran atas hasil tuaian, malah menjadi wadah untuk memperkukuhkan perpaduan dan meraikan keharmonian dalam masyarakat yang berbilang bangsa, budaya dan agama, semangat kebersamaan yang dipupuk terus mekar, menyatukan kita dalam kepelbagaian demi kesejahteraan.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan













Photos from Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Daerah Kuala Lumpur's post 30/05/2026

30 Mei 2026 (Sabtu) | Wangsa Maju

KES POKOK TUMBANG

Angkatan Pertahanan Awam Kuala Lumpur telah menerima laporan kejadian pokok tumbang di No. 89, Jalan Wangsa Delima 5 yang melibatkan tiga buah kenderaan yang menghalang laluan jalan raya.

Anggota telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok untuk memastikan laluan kembali selamat digunakan oleh orang awam.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur













Photos from Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Daerah Kuala Lumpur's post 29/05/2026

KHIDMAT KEMANUSIAAN | BANTUAN MENGELUARKAN KENDERAAN TERBABAS

Angkatan Pertahanan Awam Kuala Lumpur telah melaksanakan khidmat kemanusiaan bantuan mengeluarkan sebuah kenderaan yang terbabas di dalam kawasan persendirian.

Anggota telah menjalankan operasi dengan penuh berhati-hati dan selamat bagi memastikan kenderaan berjaya dikeluarkan tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur













Photos from Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Daerah Kuala Lumpur's post 29/05/2026

28 Mei 2026 (Khamis) | Kompleks Darul Kifayah

SIAP SIAGA PERTOLONGAN CEMAS IBADAH KORBAN MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menganjurkan Program Ibadah Korban bagi menyemarakkan penghayatan ibadah serta semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Bagi memastikan kelancaran program serta aspek keselamatan sentiasa terpelihara, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kuala Lumpur telah menyediakan sebuah ambulans berserta empat 4 orang anggota sebagai langkah kesiapsiagaan dan pemantauan keselamatan sepanjang program berlangsung.

Kerjasama strategik seperti ini mencerminkan komitmen berterusan antara agensi dalam memastikan setiap program kemasyarakatan dapat dilaksanakan dengan selamat, teratur dan lancar.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan













Photos from BERNAMA's post 29/05/2026
27/05/2026

27 Mei 2026 | 10 Zulhijjah

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Mej.(PA) Mohamad Aminullah Bin Zulkafly, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Lumpur, Cheras dan Sentul mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H kepada semua yang meraikannya.
Semoga ibadah korban dan pengorbanan yang dilakukan membawa keberkatan, keikhlasan serta mengeratkan ukhuwah sesama insan. Maaf zahir dan batin. 🌙✨

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur













Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan Padang Tembak
Kuala Lumpur
50556