SALAM RAMADHAN KEPADA SEMUA SAHABAT YANG BAIK,
Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga kita semua diberi keampunan dan kebahagiaan dunia akhirat.
Ameen. 🤲
Projek Komuniti Kita
Projek Komuniti Kita adalah inisiatif Team Demi Negara untuk membantu Komuniti Tercicir.
Untuk membantu hubungi Edy di 01129902788, untuk dibantu hubungi Ili di 0196841654.
17/02/2026
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2026 KEPADA SEMUA SAHABAT KITA YANG MERAIKANNYA.
Semoga tahun 2026 ini rezeki sahabat-sahabat yang meraikan Tahun Baru Cina dipenuhi kebahagiaan dan kemakmuran. 😊
17 FEBRUARI 2026.
Misi mencari Lot Kedai yang sesuai untuk Kafe pertama kami. Sangat mencabar sebab kita kena settle hujung bulan ini.
Sejak 2 tahun memulakan perusahaan sosial, kita telah salurkan RM700,000 ke Projek Konuniti Kita.
Kini kita cuba untuk ke langkah seterusnya.
Adakah angan-angan ini tercapai? Kami sedang mengusahakannya. 🤲
Ya betul, hasil dari jualan kita akan guna untuk Projek Komuniti Kita.
06/02/2026
Ada banyak jenis ketagihan yang kita perlu tahu.
Ketagihan bukan sekadar masalah dadah. Ia merangkumi pelbagai bentuk yang mempengaruhi kehidupan seseorang. Berikut adalah klasifikasi utama:
1. Ketagihan kepada Bahan (Substance Addiction)
Contohnya seperti:
- Ketagihan kepada minuman keras (alcohol)
- Ketagihan kepada nikotin (rokok atau produk tembakau)
- Ketagihan kepada he**in, morfin dan ubat-ubatan
- Ketagihan kepada dadah jenis perangsang (stimulant) seperti -kokain, amfetamin, methamphetamine (syabu)
- Ketagihan kepada kanabis atau produk berasaskan g***a THC (Tetrahydrocannabinol)
- Ketagihan kepada halusinogen (dadah yang akan membuatkan pengguna berhalusinasi) seperti L*D atau psilocybin
- Ketagihan kepada bahan yang dihidu seperti gam atau cat sembut
2. Ketagihan Tingkah Laku (Behavioral Addiction) seperti:-
- Ketagihan judi (gambling disorder)
- Ketagihan internet/teknologi - media sosial dan permainan video
- Ketagihan membeli-belah (compulsive buying)
- Ketagihan makanan (makan secara kompulsif, contoh BED - Binge Eating Disorder)
- Ketagihan seks - tingkah laku seksual kompulsif (CSB - hiper-seksualiti yang sukar dikawal_
- Ketagihan bersenam - bersenam secara berlebihan
- Ketagihan kerja - (workaholism)
Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan berlakunya risiko ketagihan seperti sejarah keluarga, trauma, tekanan emosi, masalah kesihatan mental (kemurungan, kebimbangan), pendedahan kepada bahan atau tingkah laku tidak sepatutnya pada usia yang muda dan persekitaran sosial yang menyokong tingkah laku yang ke arah ketagihan:-
- Sejarah keluarga dengan ketagihan
- Trauma atau tekanan emosi
- Masalah kesihatan mental (kemurungan, kebimbangan)
- Pendedahan kepada bahan atau tingkah laku pada usia muda
- Persekitaran sosial yang menyokong tingkah laku ketagihan
Dan kita kena sedar bahawa Ketagihan adalah satu keadaan kesihatan yang kompleks yang melibatkan perubahan pada otak, bukan sekadar kelemahan moral atau kekurangan kemahuan.
Ketagihan boleh dirawat melalui terapi, sokongan kump**an, dan ubat-ubatan.
Paling penting dalam merawat KETAGIHAN ialah sokongan dari persekitaran yang positif, komitmen dan kesedaran. Kita perlu sedarkan mereka bahawa mereka mempunyai masalah yang perlu ditangani dan kita perlu cipta ruang untuk mereka supaya mereka sedar kenapa mereka perlu berubah.
📸Pusat Khidmat Gelandangan Kuala Lumpur
05/02/2026
Kita selalu membayangkan penagih dadah sebagai individu yang bergelumang dengan kehidupan jalanan, tinggal di kawasan gelap, dan dikelilingi oleh kump**an yang mencurigakan. Media dan cerita-cerita sering menggambarkan ketagihan bermula di lorong-lorong sepi atau tempat yang penuh dengan jenayah. Namun, realitinya lebih kompleks dan jauh lebih dekat dengan kehidupan seharian kita.
Kita terlepas pandang ketagihan sering bermula di tempat yang paling tidak disangka, di rumah kita sendiri.
Kami perhatikan,
Ramai yang terdedah kepada bahan ketagihan pertama kali bukan di jalanan, tetapi dalam persekitaran yang sepatutnya selamat:
1. Penggunaan pil penenang atau ubat tahan sakit yang tidak terkawal, sama ada diambil secara berlebihan atau tanpa preskripsi doktor.
2. Remaja atau orang dewasa yang merasa tertekan, terasing, atau tak dapat sokongan emosi yang cukup. Mereka mencari ketenangan atau divert perasaan mereka melalui bahan-bahan tertentu.
3. Pengaruh rakan atau keluarga: Percubaan pertama mungkin pengaruh rakan atau keluarga, berlaku di dalam bilik tidur, di sebuah pesta, atau dalam kalangan rakan rapat yang dipercayai.
4. Akses yang mudah untuk ubat-ubatan farmaseutikal, alkohol, atau bahan mudah yang disalahgunakan sering kali mudah diperoleh di rumah atau di sekeliling kita.
Ketagihan bukan sekadar keinginan fizikal terhadap sesuatu bahan, tetapi juga isu kesihatan mental dan emosi. Ia boleh bermula sebagai cubaan mengatasi kesakitan, kebosanan, kegelisahan, atau trauma yang tidak terurus.
Tanpa sokongan yang betul, penggunaan yang bermula secara santai atau eksperimen boleh berubah menjadi kebergantungan.
Ketagihan tidak mengenal tempat, usia, atau latar belakang. Ia boleh bermula di mana-mana sahaja, termasuk di tempat yang kita anggap paling selamat. Kesedaran dan pencegahan awal adalah kunci untuk melindungi diri dan orang yang kita sayangi.
02/02/2026
Throwback Tahun Baru Cina 2025, kita melawat sebuah keluarga campuran yang dalam kesulitan.
Kita janji kita akan bayarkan bil utiliti dan Unifi mereka selama setahun sebab anak² Uncle ini masih bersekolah. Uncle p**a tiada kekuatan untuk bekerja kerana sakit cedera disebabkan kemalangan. Tambahan p**a anak² Uncle Chong masih bersekolah. Ada yang bakal calon SPM 2025.
Alhamdulillah, kita berjaya tunaikan janji kita kepada Uncle Chong. Kali terakhir kita bayar bil utiliti mereka pada Disember 2025.
Kami harap kehidupan keluarga Uncle Chong berubah dan bertambah baik sekarang ini.
30/01/2026
PENTINGNYA DOKUMEN PENGENALAN (MyKAD) BAGI SEORANG GELANDANGAN
Ramai dari golongan gelandangan dan komuniti terpinggir yang kami pernah jumpa tidak mempunyai dokumen pengenalan. Ada yang dicuri, atau ada yang hilang (tersalah letak, tercicir etc)
Tanpa MyKad mereka tidak wujud di dalam sistem.
MyKad ini sangat penting. Bila seseorang gelandangan ini hilang MyKad (samada dicuri atau rosak) mereka akan ada masalah.
❌ Nak masuk Anjung Singgah dan Pusat Transit tak boleh.
❌ Nak jumpa doktor pun tak boleh walaupun sakit tenat kerana jururawat di kaunter tidak boleh mendaftar mereka dalam sistem.
❌ Tidak boleh bekerja secara formal, sebab tidak ada majikan yang mahu mengambil risiko menggajikan pekerja tanpa dokumen.
❌ Nak buka akaun bank pun tidak boleh.
❌ Dan mereka akan menjadi “Hantu Pentadbiran” kerana mereka tidak wujud dalam statistik bantuan sosial.
29/01/2026
Siapa yang pernah mengikuti kisah Pakcik Zul?
Kita pernah bantu Pakcik Zul untuk dapatkan bantuan sewa rumah dari MAWIP yang lulus kurang dari 24 jam. Sebelum ini, Pakcik Zul tinggal bergelandangan ditepi jalan dan tidur dalam kereta selama beberapa bulan.
Hari ini kita hantar ayam, beras dan ayam untuk Pakcik Zul. InsyaAllah beras cukup untuk mereka suami isteri. Kita hanya hulur bantuan mengikut kemampuan kami.
Sama² kita berdoa semoga urusan Pakcik Zul dipermudahkan dari hari ini hingga ke akhirat. Amin. 🤲
27/01/2026
Semuanya kita sudah agihkan.
Khamis lepas, 22 Januri 2026, Team Projek Komuniti Kita telah turun ke kawasan Komuniti Terpinggir di Chow Kit untuk menyerahkan susu dan lampin pakai buang yang disumbang oleh sahabat-sahabat Demi Negara.
Kira-kira 23 orang ibu yang kita sudah kenalpasti untuk menerima sumbangan susu dan pampers. Selain makanan kering, kami bawakan sedikit juga baju dan seluar terpakai yang disumbangkan oleh sahabat semua.
Ada beberapa orang ibu yang mohon bantuan susu dan pampers tapi kita tak dapat nak bagi sebab kita dah ikut senarai nama awal.
InsyaAllah, kita akan cuba usahakan untuk aktiviti seterusnya.
Terima kasih kepada Sahabat² Demi Negara yang telah menghulurkan bantuan dari bentuk barangan dan wang ringgit. Alhamdulillah. Semoga dilimpahruahkan rezeki untuk saudara saudari semua. 🤲
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Address
Kuala Lumpur
