13/04/2026
Alhamdulillah! Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Wangsa Maju bukan sekadar jamuan ini adalah simbol kebersamaan rakyat.
Di sinilah pimpinan dan masyarakat duduk semeja, bertegur sapa, berkongsi rasa tanpa jurang. Inilah politik yang kita perjuangkan politik yang dekat di hati rakyat, bukan sekadar di pentas.
Setiap tahun, PAS Kawasan Wangsa Maju konsisten menganjurkan program ini sebagai tanda komitmen untuk terus bersama rakyat, mendengar denyut nadi mereka dan membina masa depan yang lebih baik.
๐ Politik khidmat, Politik penyatuan, Politik untuk semua.
๐ Kita bukan sekadar hadir, kita membina kebersamaan.
https://www.facebook.com/share/p/1N6qRGcxx6/
02/04/2026
Pemandu mabuk sepatutnya dikenakan hukuman yang setimpal
KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
ISU KEMALANGAN MAUT AKIBAT PEMANDU MABUK: KERAJAAN JANGAN LAGI BERKOMPROMI
PAS Wilayah Persekutuan mengecam sekeras-kerasnya insiden kemalangan maut yang melibatkan pemandu mabuk yang terus berulang tanpa penyelesaian tuntas. Kegagalan menangani isu ini dengan tegas hanya mengundang lebih banyak tragedi dan kehilangan nyawa yang tidak berdosa.
PAS Wilayah Persekutuan menegaskan bahawa sudah tiba masanya kerajaan menggubal undang-undang yang jauh lebih keras dan tidak berkompromi terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol. Hukuman sedia ada jelas tidak memberi kesan pencegahan, malah seolah-olah membuka ruang kepada kecuaian yang berulang.
Pemandu mabuk yang menyebabkan kematian mesti dikenakan hukuman maksimum yang setimpal bukan sekadar denda atau hukuman ringan yang tidak mencerminkan nilai nyawa manusia. Maka, inilah masa yang sangat sesuai untuk entiti agama memperkenalkan Diyat sebagai instrumen penyelesaian syariah yang lebih mengetuk lelangit rahmat dengan denda yang akan dapat kepada keluarga mangsa.
PAS Wilayah Persekutuan turut menegaskan bahawa ketika era pemerintahan Perikatan Nasional, di DBKL telah diperkenalkan had penjualan arak dari jam 7 malam hingga 7 pagi, di mana penjualan hanya dibenarkan di premis yang digazetkan sahaja. Pendekatan ini merupakan langkah proaktif dalam mengawal penjualan alkohol dan mengurangkan risiko pemanduan di bawah pengaruh mabuk.
Namun persoalannya, apakah yang dilakukan oleh Kerajaan Madani hari ini? Mengapa usaha yang telah terbukti berkesan tidak diperkasakan atau diteruskan? PAS Wilayah Persekutuan berpandangan bahawa kegagalan meneruskan dasar yang baik adalah satu bentuk kealpaan yang tidak boleh diterima.
Hakikatnya, undang-undang dan pendekatan yang diperkenalkan ketika era Perikatan Nasional telah berjaya mengekang isu pemandu mabuk serta mengawal penjualan arak dengan lebih berdisiplin. Namun usaha tersebut dilihat tidak lagi diberi keutamaan oleh Pakatan Harapan pada hari ini.
Dalam masa yang sama, PAS Wilayah Persekutuan menuntut penjelasan segera daripada Menteri Pengangkutan, Antony Loke berhubung kegagalan pendekatan sedia ada serta apakah tindakan konkrit dan drastik yang akan diambil. Rakyat berhak mengetahui, dan kerajaan wajib bertanggungjawab.
PAS Wilayah Persekutuan memberi amaran bahawa kelewatan bertindak hanya akan menjadikan kerajaan dilihat lemah dan tidak serius dalam melindungi keselamatan rakyat. Nyawa rakyat bukan bahan eksperimen dasar ia menuntut tindakan tegas, segera dan berkesan.
โTiada kompromi terhadap jenayah yang meragut nyawa.โ
Sekian, terima kasih.
USTAZ HAJI AZHAR BIN YAHYA
Pesuruhjaya
PAS Wilayah Persekutuan
02/04/2026
Selamat Hari JPJ ke-80 kepada seluruh warga Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
Terima kasih atas komitmen dan dedikasi dalam memastikan keselamatan, kelancaran serta kepatuhan undang-undang di jalan raya.
Semoga JPJ terus maju, berintegriti dan menjadi agensi yang dihormati oleh rakyat.
Ikhlas daripada,
USTAZ BEYHAQI BIN RAMLI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju
02 April 2026
01/04/2026
Tahniah diucapkan kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atas kejayaan menamatkan peperiksaan dengan penuh kesungguhan dan pengorbanan.
Semoga segala usaha, doa dan pengorbanan yang dicurahkan membuahkan hasil yang cemerlang. Kejayaan ini bukanlah penamat, tetapi merupakan langkah awal menuju masa depan yang lebih gemilang.
Teruskan melangkah dengan yakin, berpegang kepada nilai ilmu, akhlak dan jati diri. Jadilah generasi yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
Tahniah dan syabas kepada semua calon SPM!
ikuti channel :- https://vt.tiktok.com/ZSHjADMLA/
20/03/2026
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H / 2026M
ุจูุณูู
ู ุงูููููู ุงูุฑููุญูู
ููู ุงูุฑููุญููู
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447 Hijrah / 2026 Masihi
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, kita diberi kesempatan untuk menyambut Aidilfitri dalam suasana aman dan sejahtera.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju menyeru seluruh masyarakat, khususnya generasi muda, agar terus menghayati roh Ramadan yang mendidik jiwa dengan nilai taqwa, disiplin dan keikhlasan dalam perjuangan.
Sesungguhnya Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi medan untuk memperkukuh ukhwah, menyatukan saf dan memperteguh iltizam dalam membina masyarakat yang berteraskan Islam, adil dan sejahtera.
Marilah kita bersama memperkasakan peranan anak muda sebagai agen perubahan, mempertahankan nilai kebenaran serta menyumbang ke arah pembinaan negara yang diberkati dan dirahmati Allah SWT.
Semoga segala amalan kita diterima dan Aidilfitri ini membawa keberkatan, kekuatan serta kemenangan buat ummah.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas daripada:
Ustaz Beyhagi Bin Ramli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju
19/03/2026
Selamat pulang ke kampung, semoga perjalanan anda sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Pandulah dengan penuh berhemah, utamakan keselamatan diri dan insan tersayang, serta patuhi peraturan jalan raya.
Jangan tergesa-gesa, biarlah lambat asalkan selamat sampai ke destinasi. Ingatlah, yang menanti di kampung halaman adalah keluarga yang mengharapkan kepulangan anda dengan penuh kasih sayang.
Semoga setiap perjalanan dipermudahkan, dijauhkan daripada sebarang musibah dan dikurniakan keselamatan sepanjang jalan.
Tulus Ikhlas,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju
15/03/2026
Pemuda PAS Wangsa Maju Terus Suburkan Budaya Al-Quran Dalam Kalangan Anak Muda
Wangsa Maju, โ Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran bersama komuniti setempat di Surau Sakinah sebagai sebahagian daripada pengisian program Ihyaโ Ramadan yang bertujuan menghidupkan budaya membaca dan menghayati Al-Quran dalam kalangan masyarakat, khususnya anak muda.
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh keberkatan ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Abdul Rani Mohamed Daud yang hadir memberikan sokongan kepada program tersebut. Beliau diiringi oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju, Beyhaqi Ramli bersama barisan pimpinan Pemuda PAS kawasan.
Dalam majlis tersebut, turut diadakan penyampaian cenderahati kepada para peserta tadarus Al-Quran yang telah berjaya menamatkan bacaan Al-Quran secara berkumpulan sepanjang program yang diadakan. Penyampaian ini sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan kesungguhan para peserta dalam mengimarahkan Ramadan dengan amalan Al-Quran.
Dalam ucapannya, Abdul Rani Mohamed Daud turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan serta Pengerusi dan jawatankuasa Surau Sakinah atas kerjasama dan kesediaan menjadi tuan rumah bagi menjayakan program yang penuh bermakna ini.
Beliau juga menzahirkan ucapan tahniah kepada para anak muda yang istiqamah menyertai program tadarus Al-Quran sepanjang malam sehingga berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran. Menurut beliau, penglibatan golongan muda dalam aktiviti keagamaan seperti ini amat penting dalam membentuk generasi yang berakhlak serta cintakan Al-Quran.
Tambah beliau lagi, Pemuda PAS Wangsa Maju komited untuk terus memperbanyakkan program yang melibatkan anak muda pada masa akan datang sebagai usaha mendekati masyarakat serta mengimarahkan institusi surau dan masjid dengan aktiviti yang bermanfaat. Program sebegini diharap dapat menjadi platform membina ukhuwah serta memperkukuh hubungan antara pemimpin masyarakat dan komuniti setempat.
12/03/2026
Guru PASTI Genius Mursyid Terima Sumbangan Aidilfitri
Oleh :- Abdul Fateh
KUALA LUMPUR, 12 Mac โ Guru-guru di PASTI Genius Mursyid menerima sumbangan Aidilfitri dalam satu majlis yang diadakan di premis PASTI tersebut di Kampung Padang Balang, hari ini.
Majlis penyampaian sumbangan itu telah disempurnakan oleh Beyhaqi Ramli, Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, yang hadir bersama Qatadah Hamzah.
Program kebajikan tersebut dilaksanakan hasil kerjasama Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai tanda penghargaan kepada para guru yang berkhidmat mendidik generasi muda.
Dalam ucapannya, Ustaz Beyhaqi Ramli merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan.
Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak NGO, para penyumbang serta individu yang tampil menghulurkan sumbangan bagi memastikan kebajikan para guru sentiasa diberi perhatian.
โBagi pihak Pemuda PAS Wangsa Maju, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan NurRamlah, Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera serta semua penyumbang individu yang telah membantu menjayakan sumbangan Aidilfitri ini,โ katanya.
Menurut beliau, sumbangan tersebut merupakan tanda penghargaan kepada para guru PASTI yang memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan pendidikan asas kanak-kanak berteraskan nilai Islam.
Beliau berharap usaha kebajikan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan kebajikan para pendidik sentiasa terbela, di samping mengukuhkan hubungan antara masyarakat, institusi pendidikan dan organisasi kebajikan.
11/03/2026
Edaran Iftar 300 Pek Di LRT Gombak, Pemuda PAS Wangsa Maju Perkukuh Jentera Menuju PRU16
Oleh :- Nadim Al-Fattah
WANGSA MAJU, 11 Mac โ Program edaran iftar anjuran Pemuda PAS Wangsa Maju telah berlangsung dengan jayanya di sekitar kawasan LRT Gombak sempena bulan Ramadan.
Program kebajikan tersebut menyaksikan pengagihan sebanyak 300 pek shawarma bersama air mineral Gau kepada orang ramai, khususnya para pengguna pengangkutan awam dan warga sekitar yang sedang dalam perjalanan pulang menjelang waktu berbuka puasa.
Edaran iftar tersebut turut dihadiri oleh Yang Dipertua PAS Wangsa Maju, Abdul Rani Mohamed Daud, Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Beyhaqi Ramli, serta barisan jentera Pemuda PAS Wangsa Maju yang bersama-sama turun padang menjayakan program tersebut.
Menurut Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Beyhaqi Ramli, program edaran iftar ini merupakan sebahagian daripada usaha mendekati masyarakat serta menyemarakkan semangat kebajikan sepanjang Ramadan.
Beliau berkata, โProgram seperti ini bukan sahaja memberi kemudahan kepada orang ramai yang masih dalam perjalanan ketika waktu berbuka, tetapi juga menjadi ruang untuk Pemuda PAS Wangsa Maju mendekati masyarakat secara lebih dekat.โ
Dalam masa yang sama, beliau menegaskan bahawa gerak kerja kebajikan ini turut mencerminkan kesiapsiagaan jentera Pemuda dalam menghadapi cabaran politik akan datang.
โPemuda PAS Wangsa Maju juga sudah bersiap sedia dan memperkukuh jentera bagi menghadapi PRU16, selari dengan komitmen kami untuk terus berkhidmat kepada masyarakat,โ katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua PAS Wangsa Maju, Abdul Rani Mohamed Daud turut merakamkan penghargaan kepada para Jentera Pemuda yang komited menjayakan program tersebut.
Menurut beliau, penglibatan aktif golongan muda dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ini membuktikan bahawa Pemuda PAS Wangsa Maju sentiasa peka terhadap keperluan masyarakat.
โProgram seperti ini sangat baik kerana ia memperlihatkan semangat kebersamaan serta kepedulian terhadap masyarakat. Saya berharap usaha sebegini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang,โ ujarnya.
Program berkenaan turut mendapat sambutan positif daripada orang ramai yang menghargai inisiatif tersebut, khususnya mereka yang berada dalam perjalanan pulang ketika waktu berbuka semakin hampir.
Melalui penganjuran program kebajikan seperti ini, Pemuda PAS Wangsa Maju terus memperkukuh hubungan dengan masyarakat setempat di samping menggerakkan jentera secara tersusun menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).