20/01/2026
Di Malaysia, penentuan hak penjagaan kanak-kanak selepas perceraian tertakluk kepada dua sistem perundangan; sivil dan Syariah. Walaupun pendekatan berbeza, kedua-duanya mengutamakan kebajikan kanak-kanak. Infografik ini menerangkan perbezaan konsep hadhanah (Syariah) dan custody (sivil) secara ringkas dan mudah difahami.
📌 Perlu nasihat berkaitan hak penjagaan anak? Hubungi kami untuk panduan profesional.
30/07/2025
Ramai yang menyangka sesiapa sahaja yang mendapat manfaat daripada sesuatu kontrak boleh membuat tuntutan tapi undang-undang tidak semudah itu. Doktrin Priviti Kontrak menetapkan hanya pihak yang menandatangani kontrak yang boleh menguatkuasakannya.
Tapi adakah tiada ruang langsung untuk pihak ketiga?
Infografik kami menjelaskan:
· Definisi dan objektif prinsip priviti kontrak
· Kes-kes penting di mahkamah berkaitan doktrin priviti
· Situasi pengecualian bagi pihak ketiga
· Tips untuk lindungi kepentingan pihak ketiga dalam kontrak
Infografik ini direka untuk memberi pemahaman ringkas kepada para pengamal undang-undang, pelajar undang-undang dan orang awam untuk elakkan risiko dan kesan seusatu perjanjian di masa hadapan.
16/07/2025
📚 Peningkatan Kemahiran Litigasi Syariah | Kursus Tiga Hari bersama JKSM 📚
Pada 24–26 Jun 2025, Peguam Syarie Kanan KICO, Nadra Fatima Mannan, bersama pembantu guaman beliau, Noorul Zulaifa, telah menyertai Kursus Pengendalian Kes Saman Penghutang Penghakiman, Notis Penghakiman & Penghinaan Mahkamah anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bertempat di Hotel Dorsett, Putrajaya.
Kursus intensif ini dikendalikan oleh barisan Hakim Syarie berpengalaman luas dalam tatacara MAL. Slot-slot penting yang dikendalikan meliputi:-
⚖️ Kajian kes kebenaran pengkomitan, saman penghutang penghakiman & notis penghakiman
⚖️ Pengenalan & tatacara penghinaan mahkamah – dalam & luar mahkamah, termasuk perbandingan prosedur penghinaan mahkamah di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah
⚖️ Simulasi pelaksanaan prosiding secara praktikal yang mana peserta-peserta diberikan tugasan berkumpulan untuk memberi pembentangan visual berkenaan kes pelaksanaan penghakiman
⚖️ Perbandingan pelaksanaan antara mahkamah Syariah & Sivil
⚖️ Isu-isu berbangkit dalam prosiding komital dan penghinaan
Kehadiran ini mencerminkan komitmen berterusan KICO dalam memperkukuh kompetensi guaman Syariah melalui ilmu yang disampaikan terus daripada sumber kehakiman yang sah dan berautoriti. Terus ikuti kami untuk perkembangan dan perkongsian ilmu dalam bidang litigasi Syariah.
30/06/2025
📜 PEMBATALAN GERAN SURAT KUASA MENTADBIR: HAK WARIS DAN IMPLIKASI UNDANG-UNDANG 📜
Tahukah anda? Geran Surat Kuasa Mentadbir yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah boleh dibatalkan sekiranya wujud sebab yang mencukupi, seperti maklumat waris yang disembunyikan atau ketiadaan persetujuan waris utama.
Sebagai waris, anda berhak mencabar geran di Mahkamah jika proses permohonan dibuat secara tidak telus atau tanpa pengetahuan anda.
11/04/2025
⚖️ Wanita Bijak, Harta Terjaga: Rancang Harta dengan Bijak ⚖️
Celik perundangan sangat penting, terutamanya bagi wanita Islam yang ingin memastikan pengurusan harta dilaksanakan mengikut hukum syarak.
Ketahui bagaimana perancangan harta melalui Faraid, Hibah & Wasiat boleh memberi pemahaman lanjut untuk membantu wanita mengurus aset dengan lebih baik!
24/02/2025
⚖️ Gratitude to Legal Aid Centre Kuala Lumpur ⚖️
KICO are proud to share that our esteemed Syarie Counsel, Cik Nadra Fatima, had the honor of speaking at the I-CLAS Training on Non-Citizen Matters, organized by the Bar Council Legal Aid Centre Kuala Lumpur on 18 February 2025.
She shared her expertise on Syariah Law, contributing valuable insights to equip participants in handling I-CLAS cases more effectively.
A heartfelt thank you to the Legal Aid Centre Kuala Lumpur for this meaningful initiative and for recognizing Cik Nadra Fatima’s contributions to the legal community. We appreciate the opportunity to support such impactful programs that enhance access to justice.
04/02/2025
Dalam konteks perundangan, individu yang menghadapi isu berkaitan hutang yang tidak dibayar, tuntutan gantirugi, atau perkhidmatan yang tidak dilaksanakan mempunyai mekanisme perundangan yang tersedia. Sekiranya nilai tuntutan tidak melebihi RM5,000.00, tuntutan boleh difailkan di Mahkamah Majistret tanpa keperluan melantik peguam.
Melalui infografik yang dilampirkan, KICO menerangkan secara terperinci:
✔ Kategori tuntutan kecil yang boleh dikemukakan
✔ Objektif sistem tuntutan kecil dalam memastikan akses kepada keadilan yang lebih mudah dan kos efektif
✔ Tatacara lengkap pemfailan, termasuk langkah-langkah dari pengisian borang sehingga pendengaran di mahkamah.
Mekanisme ini bukan sahaja mempercepatkan proses tuntutan, tetapi juga membantu dalam meringankan beban mahkamah serta memastikan keadilan dapat ditegakkan secara lebih efisien!
28/01/2025
🎉 Welcoming Des Azimi Sufian Deress to Legal Practice! 🎉
We are thrilled to announce that our very own Des Azimi, a dynamic and passionate advocate, has been admitted as an Advocate and Solicitor of the High Court of Malaya as of June 2024! 🏛️
Starting his journey with Kamilia Ibrahim & Co. (KICO) as a litigation paralegal in early 2024, Des Azimi has quickly proven himself to be a rising talent in the fields of commercial and corporate litigation. A graduate of Universiti Teknologi MARA (UiTM), where he earned his Bachelor of Laws (LL.B), he has built a robust foundation in civil litigation while exemplifying the values of integrity, precision, and dedication that define KICO.
Please join us in celebrating this significant milestone in his career and extending your best wishes as he embarks on this new chapter! 💼✨
15/01/2025
We are delighted to announce that two exceptional individuals, Izzhar and Amiliyana Nurdini Kamarulamin, have joined our firm as pupils. This marks another step in our ongoing commitment to nurturing the next generation of legal talent.
Izzhar completed his LL. B program at MARA Technological University (UiTM). During his internships at Messrs. Thomas Philip, Advocates & Solicitors and Messrs. Puvarasan & Associates, he gained valuable hands-on experience in corporate and commercial litigation. Izzhar's proactive mindset, strong work ethic, and collaborative spirit make him a perfect fit for our firm’s values and goals.
Amiliyana is a graduate of the National University of Malaysia (UKM). Her internship at MRANTI provided her with comprehensive exposure to corporate law, where she honed her analytical skills and built a strong foundation in legal practice. Amiliyana’s dedication to excellence and enthusiasm for growth will undoubtedly be an asset to our corporate and commercial litigation practice.
Please join us in extending a warm welcome to Izzhar and Amiliyana! We are excited to witness their growth and contributions during their time with us!
20/12/2024
♀️ ☪️ Melindungi Hak Wanita Islam: Apa yang Perlu Anda Ketahui? ☪️ ♀️
Islam telah meletakkan garis panduan dan aturan yang sempurna buat hambaNya demi untuk menjaga kepentingan dan hak wanita sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak yang lahir dalam perkahwinan sehingga habis tempoh perceraian. Pendedahan tentang hak-hak yang boleh dituntut oleh isteri seperti mas kahwin, nafkah iddah, mut’ah, harta sepencarian, hadanah, nafkah anak dan juga tunggakan nafkah perlu diberi kepada masyarakat untuk memberi kesedaran bahawa Mahkamah Syariah merupakan institusi tertinggi sebagai mahkamah keluarga Islam yang memartabatkan hak wanita-wanita Islam.