30/05/2026
๐๐-๐
๐๐๐๐๐๐
ุฅููููุง ูููููู ููุฅูููููุง ุฅููููููู ุฑูุงุฌูุนููู
Dengan penuh rasa dukacita, Warga Pasukan Projek Khas 1, Ibu Pejabat JKR Malaysia merakamkan ucapan takziah atas pemergian rakan sekerja yang dihormati,
Allahyarham Ir. Ali bin Mohamad Yusof
yang telah kembali ke rahmatullah pada 30 Mei 2026.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa-dosanya, melapangkan kuburnya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang penuh ujian ini.
26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H ๐
Pengarah Pembinaan dan Warga Pasukan Projek Khas 1, Jabatan Kerja Raya Malaysia mengucapkan salam Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Semoga Aidiladha yang penuh keberkatan ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan rahmat buat semua. Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan perpaduan terus dipupuk dalam kehidupan seharian serta mengeratkan ukhuwah dan silaturahim sesama kita.
26/05/2026
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,
Marilah kita bersama-sama mendoakan rakan sekerja kita, Ir. Ali bin Mohamad Yusof daripada Pasukan Projek Khas 1, Ibu Pejabat JKR yang kini berada dalam keadaan kritikal di Institut Urologi & Nefrologi (Blok B ), Hospital Kuala Lumpur.
Beliau telah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada 22 Mei 2026 (Jumaat). Namun begitu, pemindahan tersebut menghadapi komplikasi dan tidak berjalan seperti yang diharapkan. Penderma buah pinggang ialah isteri beliau sendiri yang turut memerlukan doa, kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang amat besar ini.
Di hari Arafah yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama memohon agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kekuatan dan ketabahan buat Ir. Ali serta isterinya, dipermudahkan segala urusan rawatan, dan dikurniakan rahmat serta perlindungan-Nya yang berpanjangan.
Ya Allah, angkatlah segala kesakitan yang ditanggung, kurniakanlah kesembuhan yang terbaik, permudahkan setiap urusan mereka, serta berikan kekuatan kepada seluruh ahli keluarga dalam menempuh dugaan ini.
Aamiin Ya Rabbal Alamin.
21/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐
Seluruh warga Pasukan Projek Khas 1 merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada 11 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 atas pencapaian, komitmen dan dedikasi yang cemerlang dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan.
๐๐๐ง๐๐ซ๐๐ข ๐๐๐ง๐๐ซ๐ข๐ฆ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐:
๐. ๐๐๐ง ๐๐๐ข ๐๐ข๐จ๐ง๐ , ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐ฐ๐๐ฆ ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐๐ฌ๐ (๐๐๐)
๐. ๐๐ซ. ๐๐จ๐ก๐ ๐
๐ข๐ซ๐๐๐ฎ๐ฌ ๐๐ข๐ง ๐๐๐ญ ๐๐ฅ๐ข, ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐ฐ๐๐ฆ ๐๐๐ง๐๐ง (๐๐๐)
๐. ๐๐ฌ. ๐๐ข๐ค ๐๐ฎ๐ก๐๐ฆ๐ฆ๐๐ ๐๐๐ฌ๐ง๐๐ง ๐๐ข๐ง ๐๐ข๐ค ๐๐๐ซ๐๐ก๐ข๐ฆ, ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐๐ค๐๐ง๐ข๐ค๐๐ฅ ๐๐๐ง๐๐ง (๐๐๐)
๐. ๐๐ซ. ๐๐๐ญ๐ข๐ฆ ๐๐ข๐ง ๐๐ก๐๐ฆ๐ฌ๐ฎ๐๐ข๐ง, ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐ฐ๐๐ฆ (๐๐)
๐. ๐๐ซ. ๐๐ฎ๐ก๐๐ฆ๐ฆ๐๐ ๐
๐๐ญ๐ก๐ข ๐๐ข๐ง ๐๐ฅ๐ข๐๐ฌ @ ๐๐๐ก๐๐ซ๐ข, ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐ฐ๐๐ฆ (๐๐)
๐. ๐๐จ๐จ๐ซ ๐
๐๐ญ๐ข๐ก๐ ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐๐๐ณ๐๐ฅ๐ข, ๐๐ซ๐ค๐ข๐ญ๐๐ค (๐๐)
๐. ๐๐ข๐ญ๐ข ๐๐ข๐ฌ๐ฒ๐๐ก ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐๐๐ก๐๐๐ข, ๐๐๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐ ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐ฅ๐๐ค๐ญ๐ซ๐ข๐ค (๐๐๐)
๐. ๐๐ฒ๐๐ก๐ข๐ซ ๐๐ข๐ง ๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐ฆ๐ข๐ฌ๐๐ง, ๐๐๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐ ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐ฐ๐๐ฆ (๐๐๐)
๐. ๐๐ฎ๐ก๐๐ฆ๐ฆ๐๐ ๐๐ข๐ณ๐๐ญ ๐๐ข๐ง ๐๐ฌ๐ฆ๐๐๐ข, ๐๐๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐ ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐ฐ๐๐ฆ (๐๐๐)
๐๐. ๐๐ก๐ฆ๐๐ ๐๐๐ข๐ณ๐๐ฅ ๐๐ฎ๐๐ซ๐ข ๐๐ข๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ฅ๐ฎ๐๐๐ข๐ง, ๐๐๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐ ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐ฐ๐๐ฆ (๐๐๐)
๐๐. ๐๐จ๐๐ซ ๐๐๐๐ข๐๐ฅ๐ฅ๐๐ก ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐๐ก๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐ซ๐ข, ๐๐๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐ ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ซ ๐๐๐ก๐๐ง (๐๐๐)
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti, berintegriti dan cemerlang demi kecemerlangan organisasi.
14/05/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ โ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐)
๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ โ Majlis Penyerahan Pendudukan Separa bagi Skop Decanting Area di bawah Projek UKM โ Pembinaan Ruang Tambahan dan Menaik Taraf Jabatan Perubatan Kecemasan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), PPUKM (Reka dan Bina) telah berlangsung dengan jayanya.
Majlis disempurnakan menerusi sesi menandatangani dokumen Perakuan Pendudukan Separa (CPO) oleh YBrs. Ir. Suzzana binti Punari, Pengarah Pembinaan, Pasukan Projek Khas 1 (PPK1), JKR Malaysia dan YBhg. Datoโ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).
Majlis turut disaksikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Shamsuriani Md. Jamal, Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan HCTM; YBrs. Encik Mohd Fahmeey Hashim, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Prasarana Kampus Kuala Lumpur, UKM; Ir. Rahmat bin Rashib, Wakil Pengarah Projek Utama, PPK1, JKR Malaysia; serta YBrs. En. Rozahan bin Aboo Bakar, Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Pendidikan (CKP), JKR Malaysia.
Majlis turut diserikan dengan acara memotong riben perasmian Decanting Area oleh Pengarah Pembinaan PPK1 bersama Pengarah HCTM sebagai simbolik penyerahan kepada pihak pelanggan. Decanting Area tersebut akan digunakan sebagai Jabatan Perubatan Kecemasan sementara sehingga kerja-kerja naik taraf disiapkan sepenuhnya, bagi memastikan kelancaran operasi dan kesinambungan perkhidmatan kecemasan hospital sepanjang tempoh pelaksanaan projek.
Skop Decanting Area merangkumi pembinaan fasiliti seperti berikut:
1. Triage
2. Red Zone
โ Asthma Bay โ 4
โ Resus Transit โ 1
โ Resus Bay โ 4
โ Nurse Workstation โ 1
3. Yellow Zone Respiratory
โ 12 Bay
โ Doctor & Nurse Workstation โ 1
4. Yellow Zone Non-Respiratory
โ 10 Bay
โ Nurse Workstation โ 1
5. Observation Bay Area
โ 10 Bay
โ Nurse Workstation โ 1
โ Green Zone
โ EDCC Room
โ CE Room โ 4
โ Procedure Room โ 1
6. Other Facilities
โ Medication Room
โ Biomedical Room
โ Pantry & Staff Locker
โ Dirty Utility
โ Disposal Room
โ Porter Room
โ Linen Room
โ DB Room
โ UPS/IPS Room
โ Toilet (M/F/OKU)
โ Breast Feeding Area
Projek ini dilaksanakan secara Reka dan Bina dengan penyeliaan projek dilaksanakan sepenuhnya oleh Pasukan Projek Khas 1 (PPK1) manakala Cawangan Kerja Pendidikan (CKP) sebagai Pengurus Program. Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) bagi Decanting Area adalah selama dua (2) tahun bermula 13 Mei 2026 hingga 12 Mei 2028.
JKR Malaysia komited untuk melaksanakan projek dengan pengurusan profesional serta standard kualiti tertinggi demi memastikan keberkesanan pelaksanaan projek dan kepuasan pelanggan.
06/05/2026
Seremban, 6 Mei 2026 โ YBrs. Ir. Suzzana binti Punari, Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 1 menghadiri Persidangan Pegawai Kanan JKR Malaysia (SOC 2026) yang berlangsung dari 6โ8 Mei 2026 dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan di Royale Chulan Seremban.
Tahniah kepada semua pemenang:
Anugerah Inovasi Pengurusan Pembinaan Terbaik Projek (>RM20 Juta) โ Naib Johan
Pasukan Projek Khas 1
(Projek Hospital Pasir Gudang โ Reka & Bina)
Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Bangunan (>RM20 Juta) โ Johan
AIM Concept Sdn. Bhd.
(Projek Hospital Pasir Gudang โ Reka & Bina)
Anugerah Keselamatan Kesihatan Pekerjaan โ Johan
Pelangi Wira (M) Sdn. Bhd. & Besteel Engtech Sdn. Bhd. (JV)
(Projek RKAT Kem Syed Sirajuddin, Gemas)
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas pencapaian cemerlang ini daripada Pasukan Projek Khas 1.
Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam pelaksanaan projek-projek JKR.
04/05/2026
MAJLIS PENYERAHAN KOMPLEKS PERSEKUTUAN KOTA BHARU, KELANTAN
KOTA BHARU, 3 Mei 2026 โ Majlis Penyerahan Kompleks Persekutuan Kota Bharu telah berlangsung dengan jayanya sebagai tanda penyiapan rasmi projek โPembinaan Bangunan Gunasama Persekutuan Kota Bharu, Tunjong, Kelantan (Reka dan Bina)โ.
Penyerahan projek ini telah disempurnakan melalui sesi menandatangani dokumen perakuan penyerahan projek kepada pihak pelanggan oleh YBrs. Ir. Suzzana binti Punari, Pengarah Pembinaan, Pasukan Projek Khas 1, JKR Malaysia dan YBr. Encik Eris Jemadi bin Tajudin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri.
Majlis turut disaksikan oleh YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri; YBhg. Datoโ Sri Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya; dan YBhg. Datoโ Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (Sektor Bangunan). Turut hadir YBhg. Datoโ Ir. Dr. Balamurugan a/l A. Gopal, Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (HOPT), JKR Malaysia; YBhg. Datoโ Norazmi bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman; YBhg. Datoโ Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan; serta YBrs. Nik Badlihisham bin Nik Ismail, Pengarah JKR Negeri Kelantan.
Majlis diteruskan dengan penyerahan replika kunci daripada Syarikat PDM Builders Sdn. Bhd. kepada Pengarah Pembinaan PPK 1, JKR Malaysia dan seterusnya kepada Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri sebagai simbolik penyerahan Kompleks Persekutuan Kota Bharu, Kelantan kepada pihak pelanggan.
Kompleks Persekutuan Kota Bharu ini dibangunkan di atas tanah seluas 27.28 ekar di Tunjong dan bakal menjadi mercu tanda baharu Kerajaan Persekutuan di Negeri Kelantan. Kompleks ini menghimpunkan 36 agensi daripada 15 kementerian dalam satu pusat pentadbiran moden dan bersepadu, sekali gus memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.
Projek yang bermula dengan pemilikan tapak pada 1 Jun 2020 telah siap sepenuhnya, diikuti dengan pengeluaran Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 16 April 2026.
Dengan nilai projek sebanyak RM400 juta, pembangunan ini merupakan inisiatif penting di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) yang memberi manfaat besar kepada kerajaan dan rakyat.
Pelaksanaan projek ini turut mengaplikasikan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dengan pencapaian skor melebihi 70%, serta penggunaan Building Information Modeling (BIM) bagi meningkatkan kecekapan dan kualiti pembinaan. Projek ini telah mendapat tempat pertama Anugerah BIM JKR 2023.
Skop projek merangkumi pembinaan:
โข 3 blok pejabat
โข Dewan serbaguna
โข Surau
โข Auditorium
โข Kafeteria
โข Garaj bas
โข Balai pengawal
โข Gelanggang futsal dan takraw
โข Loji Rawatan Air Kumbahan (STP)
โข Loji Rawatan Air
Projek ini berjaya diserahkan dengan pencapaian berikut:
1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
2 Penyata Akaun Muktamad (Statement of Final Account โ SOFA)
3. Lukisan Siap Bina
4. Certificate of Completion and Compliance (CCC)
5. Dokumen Operasi dan Penyelenggaraan (O&M)
6. MYCREST 3 Bintang
7. Coffee Table Book
Projek ini dilaksanakan secara Reka dan Bina dan penyeliaan projek dilaksanakan sepenuhnya oleh Pasukan Projek Khas 1 (PPK1) dan Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA1) sebagai Pengurus Program. Tempoh tanggungan kecacatan projek adalah selama dua (2) tahun bermula 17 April 2026 hingga 17 April 2028.
JKR Malaysia komited untuk melaksanakan projek dengan pengurusan profesional dan standard kualiti tertinggi demi memastikan keberkesanan serta kepuasan pelanggan.
28/04/2026
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK BLOK TAMBAHAN HOSPITAL TUANKU AMPUAN NAJIHAH, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN (REKA & BINA)
KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN - 28 April 2026 telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Blok Tambahan Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan (Reka & Bina).
Penyerahan projek ini telah disempurnakan melalui acara sesi menandatangani dokumen perakuan penyerahan projek kepada pihak Pelanggan oleh YBrs. Ir. Suzzana binti Punari, Pengarah Pembinaan, Pasukan Projek Khas 1, JKR Malaysia dan YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Majlis turut disaksikan oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Datoโ M K Ibrahim bin Abd Rahman, YDP Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, YBhg. Datoโ Hajah Tengku Zamrah binti Tengku Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO dan YBhg. Datoโ Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (Sektor Bangunan).
Majlis diteruskan dengan penyerahan replika kunci daripada Syarikat Pembinaan Sujaman Sdn Bhd, kepada Pengarah Pembinaan PPK 1, JKR Malaysia dan seterusnya kepada Datuk Seri Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai simbolik penyerahan Blok Tambahan kepada pihak pelanggan.
Blok Tambahan ini telah dibina di atas tapak seluas 4.18 ekar di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Projek yang bermula dengan pemilikan tapak pada 10 Mac 2021 telah siap sepenuhnya diikuti dengan pengeluaran Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 27 April 2026.
Projek bernilai RM153 juta ini merupakan projek penting untuk manfaat Kerajaan untuk rakyat di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) diselia oleh PPK 1, JKR Malaysia. Projek ini dilaksanakan melalui kaedah Reka & Bina.
Projek pembinaan ini telah menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri atau Industrialised Building System (IBS) dengan memperolehi penilaian skor IBS melebihi 70% yang turut telah dinobatkan sebagai pemenang ketiga terbaik dalam Anugerah Kementerian Terbaik Dalam Pengurusan Pematuhan Industrialised Building System (IBS) Bagi Tahun 2024 yang dianjurkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Skop projek ini merangkumi pembinaan :-
โข Blok Tambahan berkapasiti 144 katil
โข Blok Mekanikal Dan Elektrikal;
โข Blok Pondok Pengawal;
โข Garaj Ambulans;
โข Tangki V.I.E;
โข Tempat Letak Kenderaan; dan
โข Bangunan Sokongan.
Projek ini telah berjaya diserahkan dengan pencapaian berikut :-
1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
2. Lukisan Siap Bina
3. Penyata Akaun Muktamad (Statement of Final Account โ SOFA)
4. Zero Lost Time Injury (LTI)
5. Dokumen Pendaftaran Aset lengkap dan pelaksanaan Asset Tagging di semua blok, ruang dan komponen Arkitektural, Mekanikal, Elektrikal dan ICT
6. Tempat ketiga dalam Program Anugerah Kementerian Terbaik Dalam Pengurusan Pematuhan kaedah Sistem Binaan Berindustri atau Industrialised Building System (IBS) Bagi Tahun 2024 yang telah dianjurkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
7. Dokumen Operation & Maintenance (O&M) siap disediakan
8. Certificate of Completion & Compliance (CCC)
9. Penyiapan Coffee Table Book
JKR Malaysia komited untuk melaksanakan projek dengan pengurusan profesional dan standard kualiti tertinggi demi memastikan keberkesanan serta kepuasan pelanggan.
17/04/2026
SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA
YBRS. Ar. NAZARUDDIN BIN MUHAMMAD
DI ATAS PELANTIKAN SEBAGAI
PENGARAH
KHIDMAT PAKAR DAN PENGURUSAN
CAWANGAN ARKITEK
IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
Semoga YBrs. Ar. akan terus membawa JKR Malaysia ke arah kecemerlangan penyampaian perkhidmatan demi memenuhi aspirasi pembangunan negara.
Ikhlas daripada:
Pengarah Pembinaan dan
Warga Pasukan Projek Khas 1