02/06/2026
Ibadah korban merupakan amalan yang sinonim dalam kalangan umat Islam sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.🌙✨
Pengendalian daging korban 🥩 yang selamat perlu dititikberatkan bagi memastikan daging yang diagihkan sentiasa bersih dan berkualiti.
Oleh itu, pengendalian dan pengedaran daging korban perlu dikendalikan mengikut tip 👍🏻 seperti yang disarankan untuk mengelakkan daging korban daripada dicemari kuman,bendasing dan sebagainya.
01/06/2026
Semasa sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha 🌙✨, menu berasaskan daging 🍲 adalah antara yang menjadi pilihan utama. Daging cukup terkenal sebagai sumber tenaga dan sumber protein yang tinggi selain turut membekalkan sumber mineral penting seperti zat besi. Dikongsikan tips meningkatkan khasiat daging.
Ingat‼️Daging mengandungi lemak tepu dan kolesterol yang tinggi. Jadi, ambil hidangan daging 🥩 secara sederhana dan elakkan makan secara berlebihan.
29/05/2026
Pesanan sempena Hari Raya Aidiladha 1447 H 🕌🌙
Peralatan Melapah Bersih dan Selamat❗️
Perhatian kepada peserta dan petugas ibadah korban 1446H, pastikan untuk membuat persiapan awal dengan membuat pemeriksaan kelengkapan peralatan melapah anda supaya berada dalam keadaan sempurna, bersih dan selamat.
Hidangan Selamat✅Raya Ceria✅Kesihatan Terjaga✅
Ingat, keselamatan makanan tanggungjawab bersama😊
Sumber : Program Keselamatan dan Kualiti Makanan
28/05/2026
Sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa peka dengan perubahan fizikal dan tingkah laku anak-anak.
Cuba periksa, adakah anak anda mengalami gejala-gejala ini?
🌡 Demam
🤢 Tiada selera makan
✋🏼 Ruam di tangan
🦶🏼 Ruam di kaki
Jika jawapannya YA, jangan tunggu lagi.
Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan atau klinik yang terdekat.
Asingkan anak dengan segera daripada adik-beradik atau kanak-kanak lain untuk menghentikan rantaian jangkitan.
Bertindak cepat mampu menyelamatkan keadaan.
Terus waspada, jaga kebersihan diri serta persekitaran demi melindungi anak-anak kita!
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
26/05/2026
Balik kampung sambut perayaan,
Aidiladha penuh kemeriahan.
Air bertakung jangan lupakan,
Nyamuk Aedes bawa ancaman!
Jom periksa semua tempat air bertakung dalam & luar rumah anda. Lindungi keluarga daripada denggi. Selamat Hari Raya Aidiladha🌙🕌🦟❌
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
26/05/2026
Tangan kita adalah antara ejen utama yang boleh memindahkan virus dan bakteria tanpa kita sedari, terutamanya virus penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).
Untuk melindungi diri dan juga anak-anak tersayang, pastikan tangan kita sentiasa bebas daripada kekotoran, virus atau kuman sebelum bersalam atau menyentuh mereka.
Jom amalkan 7 langkah mencuci tangan dengan betul.
Bersama-sama kita terus waspada, cegah HFMD dan penyakit berjangkit demi keselamatan keluarga kita.
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
Asingkan anak dengan segera daripada adik-beradik atau kanak-kanak lain untuk menghentikan rantaian jangkitan.
Bertindak cepat mampu menyelamatkan keadaan.
Terus waspada, jaga kebersihan diri serta persekitaran demi melindungi anak-anak kita!
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
25/05/2026
Pastikan daging korban disimpan dengan betul untuk mengelakkan berlakunya pencemaran silang.
Makan dengan selamat.
Pastikan hanya daging yang berkualiti diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
#
Sumber : Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, JKWPKL & P
24/05/2026
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) boleh merebak dengan cepat jika kita leka.
Memandangkan kesihatan anak-anak adalah keutamaan kita, jom kita amalkan 4 langkah mudah ini untuk memastikan persekitaran mereka kekal selamat dan bersih:
1️⃣ Sentiasa basuh tangan
2️⃣ Mandi dengan bersih
3️⃣ Bersihkan alat permainan
4️⃣ Sanitasi persekitaran rumah
⚠️ Elakkan membawa anak-anak ke tempat yang sesak. Jika terpaksa, pastikan mereka menggunakan pelitup muka bagi mengurangkan risiko jangkitan.
Terus waspada, jaga kebersihan diri dan persekitaran. Lindungi anak-anak kita!
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
19/05/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🌸
📢 HEBAHAN SAMBUTAN HARI IMUNISASI 2026
Semua kakitangan JKWPKL&P adalah dijemput untuk menyertai aktiviti sempena Sambutan Hari Imunisasi 2026 yang bertemakan:
✨ “Imunisasi: Perlindungan Kini, Masa Depan dan Sepanjang Usia” ✨
🎯 Aktiviti yang disediakan:
🧠 Kuiz Imunisasi (Kahoot!)
📅 20 Mei 2026 (Rabu)
⏰ 1.00 petang
📍 Secara Google Meet: https://meet.google.com/xxe-nrge-uqv
🎨 Pertandingan Mewarna
👧🧒 Kategori umur 4–7 tahun : https://drive.google.com/file/d/1PR7PLqvEXuPvyStLcv_O6jhw9FhsQeOA/view?usp=sharing
& 8–12 tahun : https://drive.google.com/file/d/1j0gtT2KBPD3Yihr8cOeXcH0jSQn71C7-/view?usp=sharing
📅 Tarikh akhir penghantaran:
24 Mei 2026 (Ahad), 5.00 petang : https://forms.gle/ywFDkh21eyv9YFus9
🏆 Hadiah lumayan menanti pemenang
📜 E-sijil penyertaan turut disediakan
Jom meriahkan sambutan dan tingkatkan kesedaran mengenai kepentingan imunisasi 💉✨