Dewan Pemuda PAS Kawasan Cheras

Directions

Dewan Pemuda PAS Kawasan Cheras Dewan Pemuda PAS Kawasan Cheras mengumpulkan pemuda-pemuda yang merelakan diri untuk perjuangan Islam INFIRU!

Dewan Pemuda PAS Kawasan Cheras mengumpulkan pemuda-pemuda yang merelakan diri untuk perjuangan Islam.

02/10/2026
TAK PERASAN PERKARA INI ADA DALAM PELAKSANAAN USRAHUmum mengetahui bahawa usrah ialah perbincangan mengenai ilmu Islam. ...
01/10/2026

TAK PERASAN PERKARA INI ADA DALAM PELAKSANAAN USRAH

Umum mengetahui bahawa usrah ialah perbincangan mengenai ilmu Islam. Perbincangannya berbentuk dua hala dan matlamatnya pasti menuju ke arah penegakan hukum Islam di dunia ini.

Usrah kebiasaannya dimulakan dengan bacaan Al-Quran, diteruskan dengan tajuk usrah, diselit dengan isu-isu semasa dan program-program jemaah, diakhiri dengan tasbih kaffarah serta surah Al-'Asr.

Satu perkara yang mungkin tidak perasan yang boleh dimasukkan dalam pelaksanaan usrah ini juga adalah dengan berkongsikan masalah peribadi. Asasnya adalah: "Menolak keburukan lebih utama daripada mendapatkan kebaikan" - Kaedah Fiqh.

Berkongsi masalah ini tidaklah sampai mendedahkan aib sendiri. Sekadar menyatakan secara umum dan meminta pandangan daripada rakan usrah untuk memberikan solusi. Ia boleh dilaksanakan sebelum pembentangan tajuk usrah.

Rujukan: Manhaj Usrah PAS Peringkat Taarif 1




Kuala Lumpur kembali diselubungi jerebu....Gambar diambil di Bukit Ampang semalam sekitar jam 5.30 p.m
29/09/2026

Kuala Lumpur kembali diselubungi jerebu....

Gambar diambil di Bukit Ampang semalam sekitar jam 5.30 p.m

Menurut hadis fitan; penzinaan yang semakin terang-terang dilakukan - jika dapat dikiaskan dengan segala jenis kejahatan...
29/09/2026

Menurut hadis fitan; penzinaan yang semakin terang-terang dilakukan - jika dapat dikiaskan dengan segala jenis kejahatan, pastinya tidak berlaku kepelikan oleh kerana sememangnya perkara mungkar itu tidak lagi berselindung dilakukan oleh seseorang pada masa ini.

Dalam hal berkaitan dengan Asia Barat, Amerika yang terang-terang menjadi pencatur utama kepada kemusnahan negara Islam, mengiyakan kenyataan di atas. Juga dapat dilihat dengan beberapa negara Asia Barat yang bersekongkol bersamanya.

Semua kejahatan telah jelas pada mata dunia kini. Iran walaupun majoritinya berbeza fahaman dengan Sunni, "kejahatan" yang mungkin dilakukan tidaklah bersifat terbuka. Ataupun mungkin ianya adalah rekaan musuh semata-mata.

Apa yang pasti adalah, tindakan beberapa negara Asia Barat yang bersefahaman dengan Amerika perlulah diingati oleh umat Islam agar segala gerak-geri yang membawa kepada peningkatan pembantaian saudara seagama dapat dielak.

Sekali lagi diingatkan, kejahatan itu sudah jelas. Tinggal lagi kita untuk pilih.

*Gambar janaan ChatGPT

28/09/2026

Dukacita menerima berita pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini di Institut Jantung Negara, pada usia 100 tahun.

Almarhumah merupakan seorang tokoh perubatan dan kesihatan yang banyak mencurahkan bakti kepada masyarakat dan negara. Sebagai seorang doktor yang pernah berkhidmat dalam bidang kesihatan awam, khususnya di Kedah, beliau telah memberikan sumbangan dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan serta kebajikan masyarakat, termasuk dalam bidang kesihatan wanita dan kanak-kanak.

Dalam perjalanan hidupnya, almarhumah turut memainkan peranan dalam pelbagai usaha kebajikan dan kemasyarakatan, di samping menjadi pendamping kepada suaminya, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sepanjang perjalanan panjang khidmat beliau kepada negara.

Sesungguhnya pemergian almarhumah merupakan satu kehilangan kepada keluarga, masyarakat dan negara. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa almarhumah, menerima segala amal solehnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan para solihin.

Saya merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, seluruh ahli keluarga serta sahabat handai almarhumah. Semoga mereka dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

26/09/2026

HENTI JADIKAN PEMBULI ITU IKON! - PUBLIC HEALTH MALAYSIA

25/09/2026
Tak ramai tapi ada. Alhamdulillah 🤲🏻
23/09/2026

Tak ramai tapi ada. Alhamdulillah 🤲🏻

Address

Jalan Kuari, Cheras
Kuala Lumpur
56000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Kawasan Cheras posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share