26/10/2026
BENGKEL TRAINING OF PARENTS WITH SPEECH-LANGUAGE DELAY CHILDREN (TOPS) 2026
📅 26 Oktober 2026
📍 Auditorium, Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC)
Unit Terapi Pertuturan Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) dengan kerjasama Unit Terapi Pertuturan Klinik Kesihatan Cheras telah bersama-sama menganjurkan Program Pengenalan Modul TOPS (Training of Parents with Speech-Language Delay) yang melibatkan seramai 63 orang ibu bapa terpilih di bawah Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras.
Program tahunan hasil kolaborasi antara kedua-dua fasiliti kesihatan ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam memperkukuh intervensi awal bagi kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan pertuturan dan bahasa.
IBU BAPA ADALAH TERAPIS PERTAMA ANAK DI RUMAH!
Melalui program ini, ibu bapa didedahkan kepada pelbagai strategi dan teknik mudah untuk merangsang perkembangan komunikasi anak melalui aktiviti dan rutin harian. Penekanan diberikan kepada penglibatan aktif ibu bapa sebagai rakan penting dalam proses intervensi dan perkembangan anak.
Modul TOPS merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Strategik RMK-12 Profesion Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan), Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA yang bertujuan memperkasakan pengetahuan dan kemahiran ibu bapa dalam menyokong perkembangan komunikasi anak-anak.
Penganjuran bersama ini turut mencerminkan kerjasama erat antara perkhidmatan terapi pertuturan di peringkat hospital dan penjagaan kesihatan primer dalam memastikan kesinambungan intervensi yang lebih menyeluruh serta berpusatkan keluarga.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, khususnya para ibu bapa yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang amat menggalakkan.
“Harapan Anda, Inspirasi Kami”