27/02/2025
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara terdiri daripada seorang pengerusi dan seorang Naib pengerusi yang dilantik oleh Majlis serta tidak kurang daripada enam dan tidak lebih daripada 12 orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih pada awal tiap-tiap Parlimen.
27/02/2025
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara memperolehi mandatnya melalui Perkara 77(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk memeriksa kira-kira Kerajaan Malaysia, kira-kira badan pentadbiran awam, laporan Ketua Audit Negara, dan apa-apa perkara yang dirasakan perlu.
27/02/2025
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau Public Accounts Committee (PAC) ditubuhkan sejak 12 September 1959, iaitu kira-kira 66 tahun yang lalu. Pengerusinya yang terkini ialah Yang Berhormat Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin, Ahli Parlimen Masjid Tanah.