Bomba Zon 6- Gombak/Hulu Selangor JBPM Negeri Selangor

Bomba Zon 6- Gombak/Hulu Selangor JBPM Negeri Selangor

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bomba Zon 6- Gombak/Hulu Selangor JBPM Negeri Selangor, Government Organization, Kuala Lumpur.

20/03/2026

KEMPEN KESELAMATAN KEBAKARAN
MUSIM PERAYAAN

🚗 KESELAMATAN DI JALAN RAYA 🚗

SEBELUM BERTOLAK
💥Periksa keadaan kenderaan (tayar, brek, minyak)
💥Rancang laluan menggunakan Waze / Google Maps
💥Pastikan tidur mencukupi sebelum memandu
👉 Kenderaan selamat, perjalanan lebih yakin

SEMASA MEMANDU
🎈Patuhi had laju & kekalkan jarak selamat
Gunakan lampu isyarat dan periksa cermin sisi
🎈Fokus sepenuhnya, elakkan penggunaan telefon
🎈Pastikan laluan selamat sebelum memotong
👉 Sikap pemandu menentukan keselamatan semua

REHAT DAN KESELAMATAN.
✨️Berhenti rehat setiap 2 jam atau 150 km
✨️Bergilir memandu jika perjalanan jauh
✨️Pandu lebih berhati-hati ketika trafik sesak atau cuaca buruk
👉 Rehat seketika, elak risiko bahaya

🔥 INGAT! 🔥
Keselamatan adalah tanggungjawab bersama
Kecuaian kecil boleh membawa padah besar.

🚗 Pandu Cermat, Sampai Selamat ✅
PEJABAT ZON 6 RAWANG JBPM NEGERI SELANGOR
KEMPEN KESELAMATAN KEBAKARAN
MUSIM PERAYAAN

20/03/2026

Tahun ini, giliran Abang Long untuk pulang beraya… menyulam rindu bersama keluarga tercinta.

Namun, sebelum langkahnya melangkah pulang, tanggungjawab tetap di bahu — panggilan tugas tidak pernah mengenal waktu. Dengan penuh dedikasi, Abang Long terus berjuang… menyelamatkan nyawa, tanpa pernah berkira.

Di sebalik senyuman, tersimpan seribu pengorbanan.

Di sebalik kepulangan yang dinanti, terselit risiko yang tak terduga.

Kerana dalam dunia ini… malang tidak pernah memberi amaran.

Saksikan… sebuah kisah pengorbanan yang menyentuh jiwa.

RINDU YANG TERTANGGUH

Photos from Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia's post 20/03/2026
20/03/2026
16/02/2026

Selamat bertugas

SELAMAT DATANG KETUA BALAI BAHARU

Seluruh warga Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu mengucapkan Selamat Datang dan setinggi-tinggi tahniah kepada PPgB Azliza Bt Ahmad atas pelantikan sebagai Ketua Balai yang baharu.

Kami amat berbesar hati menerima kehadiran Puan dan berharap agar kepimpinan serta pengalaman yang dibawa akan terus memperkukuhkan semangat berpasukan, profesionalisme dan kecemerlangan perkhidmatan balai ini.

Semoga Puan sentiasa diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan dalam memimpin warga balai ke arah yang lebih cemerlang.

Selamat bertugas dan selamat maju jaya. 🔥🚒

16/02/2026

Selamat bertugas di tempat baru

PERTUKARAN KETUA BALAI

Seluruh warga balai ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Wan Muhammad Aslam atas segala jasa, kepimpinan serta dedikasi sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Ketua Balai.

Sepanjang berada di sini, beliau telah banyak menyumbang idea, tenaga dan komitmen dalam memacu kecemerlangan balai serta menjaga kebajikan anggota. Kepimpinan yang tegas namun berjiwa rakyat akan sentiasa menjadi kenangan dan teladan buat kami semua.

Kami mendoakan agar Tuan terus diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan dalam menjalankan amanah baharu di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor.

Akhir kata, terima kasih Tuan atas segala tunjuk ajar. Jangan lupakan kami di sini.
Semoga terus sukses dan maju jaya di tempat baharu. 🔥🚒

Photos from Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor's post 10/02/2026
Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Kuala Lumpur