02/06/2026
HIMPUNAN KEBAJIKAN DAN KEPRIHATINAN SOSIAL PAS NEGERI PAHANG 2026
Telah berlangsung dengan jayanya Himpunan Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Negeri Pahang pada 1 Jun 2026 yang menghimpunkan para aktivis kebajikan dan keprihatinan sosial dari seluruh Negeri Pahang di Kompleks Al Makmur, Kerdau.
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pn. Rohaya Razali, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Negeri Pahang, yang menzahirkan penghargaan kepada seluruh peserta serta menyeru agar gerak kerja kebajikan terus diperkasakan sebagai medium mendekati masyarakat.
Majlis seterusnya telah dirasmikan oleh Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS, yang turut menyampaikan amanat berkaitan kepentingan memperkukuhkan agenda kebajikan dan keprihatinan sosial dalam masyarakat.
Turut berlangsung beberapa sesi pembentangan yang memberikan pencerahan serta perkongsian berkaitan gerak kerja kebajikan dan keprihatinan sosial, antaranya:
▪️ Tn. Muhammad Faizal Che Yusof (Timbalan Pengerusi 3 LKKSPP) yang membentangkan mengenai Skuad Prihatin.
▪️ YB Tn. Nurul Amin Hamid (Timbalan Pengerusi 4 LKKSPP) yang membentangkan mengenai Keprihatinan Sosial dan Skuad Upaya.
▪️ Tn. Sahaini Ahmad Safian (Ketua Unit SkimPAS Pusat) yang membentangkan mengenai SkimPAS sebagai instrumen kebajikan dan perlindungan untuk ahli serta masyarakat.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Ustaz Maliaman Kassim, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Negeri Terengganu, bersama para pimpinan serta aktivis kebajikan dari pelbagai kawasan di Negeri Pahang.
Himpunan ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan jaringan kebajikan, menyelaraskan gerak kerja di peringkat negeri dan pusat serta berkongsi pengalaman dalam usaha menyantuni masyarakat yang memerlukan.
Semoga himpunan ini dapat meniupkan semangat baharu kepada seluruh aktivis untuk terus istiqamah dalam kerja-kerja kebajikan, memperluaskan khidmat kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang, serta menjadikan medan kebajikan sebagai jambatan dakwah dan rahmat kepada semua.
"Kebajikan Disantuni, Keprihatinan Diperkasa."
💚
31/05/2026
𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan menjunjung kasih kepada
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Sultan Ibrahim
sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Semoga Allah SWT mengurniakan KDYMM Tuanku dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan serta sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan hidayah-Nya dalam memayungi rakyat dan negara.
𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
Sembah takzim daripada
Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat
26/05/2026
🌙 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗔𝗗𝗛𝗔 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 🐄✨
Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan.
Bukan sekadar ibadah korban, tetapi juga tentang hati yang sanggup memberi demi kebahagiaan orang lain.
Semoga semangat Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS terus menghidupkan jiwa kita untuk taat kepada Allah, memperbanyakkan kebajikan serta menyantuni mereka yang memerlukan.
Di hari mulia ini, marilah kita sama-sama menyebarkan kasih sayang, mengeratkan ukhuwwah dan memperkukuhkan keprihatinan dalam masyarakat.
✨ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H ✨
Maaf Zahir & Batin
Ikhlas daripada,
Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat
25/05/2026
𝗜𝗡𝗙𝗔𝗤 𝗦𝗨𝗕𝗨𝗛 | 𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗣𝗜𝗡𝗧𝗨 𝗥𝗘𝗭𝗘𝗞𝗜 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗗𝗘𝗞𝗔𝗛
Setiap pagi, ada doa malaikat yang turun untuk hamba-hamba Allah.
Salah satunya berdoa:
“Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfak.”
Subuh bukan sekadar permulaan hari, tetapi peluang untuk kita memulakan hari dengan amalan yang mengundang keberkatan.
Walau sedikit, infaq yang diberi dengan ikhlas mampu menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan — membantu gerak kerja kebajikan, menyantuni masyarakat, dan meringankan beban mereka yang memerlukan.
Ayuh jadikan Infaq Subuh sebagai amalan harian kita.
Salurkan sumbangan anda ke:
DANA PENGURUSAN & OPERASI
Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat
No. Akaun:
1211 3010 0261 50
Nama Akaun:
DANA KAMI PRIHATIN
Rujukan:
DANA PENGURUSAN
Semoga setiap infaq yang diberikan menjadi saham akhirat dan diganti Allah dengan rezeki yang lebih baik, luas dan penuh barakah.
Hotline LKKSPP: +601135103451
Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat
25/05/2026
𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗔𝗥𝗔𝗙𝗔𝗛
Hari Arafah mengingatkan kita kepada sebuah perhimpunan agung umat Islam di Padang Arafah. Di sana, jutaan hamba Allah berdiri dengan penuh rendah diri, menadah tangan, memohon keampunan, rahmat dan kasih sayang daripada Tuhan Yang Maha Pengasih.
Hari Arafah bukan sekadar hari bagi para jemaah haji, tetapi ia juga hari yang penuh keberkatan buat seluruh umat Islam. Ia mengajar kita erti kehambaan, kesabaran, pengorbanan dan keikhlasan dalam mencari reda Allah SWT.
Dalam kehidupan ini, ada yang diuji dengan kesusahan, kehilangan, sakit, kemiskinan dan pelbagai cabaran. Namun Hari Arafah mengajar kita bahawa pintu doa sentiasa terbuka. Tiada harapan yang terlalu jauh apabila kita kembali kepada Allah dengan hati yang ikhlas.
Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat menyeru seluruh umat Islam agar memperbanyakkan doa, istighfar, zikir dan amal kebaikan pada hari yang mulia ini. Doakan kesejahteraan keluarga, masyarakat, para pejuang Islam, golongan asnaf, anak yatim, orang sakit, warga emas dan mereka yang sedang diuji.
Semoga Hari Arafah ini menjadi titik untuk kita lebih dekat dengan Allah, lebih prihatin kepada sesama insan dan lebih bersungguh-sungguh dalam menyebarkan kasih sayang melalui amal kebajikan.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, rahmatilah hidup kami, kuatkanlah saudara-saudara kami yang diuji, murahkanlah rezeki para dermawan, dan jadikanlah kami hamba-Mu yang sentiasa menyantuni insan lain kerana-Mu.
Salam Hari Arafah
21/05/2026
𝗜𝗡𝗙𝗔𝗤 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 : 𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗟𝗞𝗞𝗦𝗣𝗣
“Sesiapa yang memberi sedekah pada hari Jumaat, baginya pahala seperti memberi sedekah sepanjang satu tahun.”
(HR. Ibnu Khuzaimah)
Hari Jumaat bukan sekadar penghulu segala hari, bahkan peluang untuk kita menanam saham akhirat yang berpanjangan.
Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat terus bergerak membantu masyarakat melalui pelbagai misi kebajikan, bantuan kecemasan, ziarah prihatin dan pengurusan operasi demi memastikan amanah kebajikan terus sampai kepada mereka yang memerlukan.
Sempena penghulu segala hari ini, kami mengajak orang ramai untuk bersama menyumbang ke Dana Pengurusan LKKSPP agar gerak kerja kebajikan dapat diteruskan secara konsisten dan tersusun.
Salurkan Infaq Jumaat Anda :
🏦 Akaun : Dana Kami Prihatin
📌 No. Akaun : 1211 3010 0261 50
📝 Ref : Dana Pengurusan
Sebesar mana pun sumbangan anda, ia sangat bermakna untuk meneruskan khidmat kebajikan kepada ummah.
📲 Hotline LKKSPP : 01135103451
21/05/2026
🎁 𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥 𝗜𝗡𝗙𝗔𝗤 𝗜𝗦𝗧𝗜𝗤𝗔𝗠𝗔𝗛 & 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗗 𝗧𝗡𝗚 𝗦𝗞𝗜𝗠𝗣𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔! 🎁
Jom sertai Infaq Istiqamah Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat hari ini.
Dengan sumbangan minimum RM20 sahaja, anda berpeluang menerima Kad TnG SkimPAS secara PERCUMA.
✅ Minimum sumbangan RM20
✅ Kad TnG SkimPAS percuma
✅ Sementara stok masih ada
Untuk pendaftaran, hubungi hotline Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat:
📲 WhatsApp: wa.me/601135103451
Ayuh istiqamah berinfaq demi menyantuni kebajikan ummah.
Stok adalah terhad. Daftar sekarang sebelum kehabisan!
21/05/2026
“Ada impian yang belum sempat digapai,
namun perjalanan hidupnya terhenti di jalan raya.”
19/05/2026
|| 𝗦𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗛𝗘𝗟𝗪𝗔𝗛 ||
Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat mengucapkan Sanah Helwah kepada En. Mohd Razali Bin Supaat, Setiausaha LKKSP Johor.
Semoga Allah SWT melimpahkan keberkatan usia, kesihatan yang berpanjangan, serta kekuatan iman dan istiqamah dalam setiap langkah perjuangan. Didoakan agar setiap usaha dan pengorbanan dalam memimpin serta menggerakkan kerja-kerja kebajikan ini sentiasa diberi ganjaran yang besar di sisi Allah, dan menjadi asbab kebaikan yang berterusan buat ummah.
Semoga Allah terus memelihara dalam rahmat-Nya, dipermudahkan segala urusan, dilapangkan dada dalam memikul amanah, serta dikurniakan hikmah dalam setiap keputusan. Mudah-mudahan segala jasa dan bakti menjadi saham akhirat yang tidak putus.
Teruskan melangkah dengan penuh yakin dan ikhlas, kerana setiap kebaikan yang disemai, walaupun kecil pada pandangan manusia, sangat besar nilainya di sisi Allah.
Sanah helwah, barakallahu fi umrik.
Semoga hari-hari mendatang lebih bermakna dan diberkati.
19/05/2026
Satu Infaq, Saham Akhirat Berpanjangan
Ayuh bersama menjayakan Infaq Istiqamah Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat
dengan sumbangan serendah RM10 sebulan.
Sedikit daripada kita, besar manfaatnya buat ummah apabila dilakukan secara istiqamah dan bersama-sama.
Sumbangan anda akan membantu:
✅ Kos Pengurusan Operasi
✅ Tabung Murobitun
✅ Bantuan Bencana
✅ Derma Kilat
✅ Tajaan SkimPAS
Allah SWT berfirman:
“Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai itu p**a terdapat seratus biji.”
Surah Al-Baqarah : 261
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sedekah tidak akan mengurangkan harta.”
— Riwayat Sahih Muslim
📌 Sertai Infaq Istiqamah sekarang:
https://infaqpay.my/go/pas/p/P510
📲 Atau scan QR untuk terus menyumbang.
📞 Maklumat lanjut:
https://wa.me/601135103451
“Bersama membina kebajikan, menyantuni masyarakat.”