24/09/2026
JKP PARLIMEN TINJAU KESIAPSIAGAAN PUSAT LATIHAN RELA TUARAN BAGI PELAKSANAAN PLKN 3.0 SIRI 4/2026
TUARAN, 22 September 2026 - Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia (JKP) mengadakan lawatan kerja ke Pusat Latihan RELA Negeri Sabah (PLRNS), Tuaran bagi meninjau tahap kesiapsiagaan pusat latihan tersebut menjelang pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 4/2026 yang dijadualkan bermula pada 3 Oktober 2026.
Delegasi diketuai oleh YB Datuk Jonathan bin Yasin, Ahli Parlimen Ranau merangkap Pengerusi JKP, bersama lima Ahli Parlimen lain. Lawatan dimulakan dengan taklimat pengenalan PLRNS oleh Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), YBhg. Datuk KPjR Rosli Yaakub, diikuti taklimat Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), YBhg. Mejar Jeneral Datuk Marzuki bin Mokhtar berhubung persediaan serta kerjasama strategik JLKN dan RELA bagi pelaksanaan PLKN 3.0 Siri 4/2026.
Delegasi turut meninjau kemudahan utama PLRNS termasuk blok penginapan, ruang makan, padang kawad, lapang sasar dan fasiliti latihan. Hasil tinjauan, delegasi JKP menyatakan kepuasan terhadap tahap kesiapsiagaan serta kemudahan yang disediakan.
Lawatan turut diserikan dengan Pertandingan Menembak Persahabatan melibatkan JKP, JLKN, RELA dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai platform memperkukuh hubungan serta kerjasama strategik antara agensi.
Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen bersama Parlimen, JLKN, RELA dan agensi keselamatan dalam memastikan kesiapsiagaan serta kelancaran pelaksanaan PLKN 3.0 di Sabah.
Sebarang Info mengenai .0 dan serta maklumat yang terkini, tepat dan sahih 💯
© 2026 Unit Komunikasi Korporat | JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA (JLKN)