Shuaib Post

Shuaib Post

Share

RE-POST INFO DARI RAKAN MEDIA SOSIAL

16/08/2023

Nak Bagi Ramai Dapat Makan?
Kali ni kita bagi sampai 55%


Sambil berniaga kita niatkan sedekah
Cukup murah dah min rasa ni
Kalau nak min buat promo menu lain
Untuk bulan September
Sila beri cadangan


Sesuai sangat untuk group besar
Company Dinner, Reunion , Gathering
Majlis keramaian & keraian
Majlis Persaraan atau Farewell
Apa-apa majlis pun sesuai jea


Dibuka setiap hari kecuali Selasa
Makan tengah hari , petang & malam
Rujuk Website untuk info lengkap
https://dpantai.me


p/s: Sah untuk Dine-In , hari Isnin , Rabu & Khamis sahaja

09/08/2023

MERTOKRASI ATAU KUOTA?

Dalam sebuah program Temu Anwar, YAB PM telah diajukan soalan oleh seorang pelajar tentang hasrat kerajaan untuk menghapuskan sistem kuota dan menggunapakai sistem kemasukan ke matrikulasi melalui meritokrasi sepenuhnya.

Tuntas jawapan PM, pelajar perlu untuk memahami sejarah dan sistem sosial kontrak di Malaysia, sebelum mencadangkan bagi menghapuskan sistem kuota. Ujar beliau, kesenjangan ekonomi di kawasan luar bandar dan pendalaman menyebabkan sistem kuota perlu untuk diteruskan buat masa kini.

Pun begitu, daripada sudut berbeza, ada yang berpandangan bahawa cara PM menjawab soalan pelajar tersebut juga, perlu untuk ditegur dan diperbetulkan. Ada yang menyifatkan bahawa jawapan beliau bersifat menakutkan pelajar dengan ancaman parti pembangkang, dengan mengatakan bahawa jika sistem kuota dihapuskan maka mereka akan kalah dalam semua pilihanraya.

Apa p**a pandangan anda? Meritokrasi atau kuota?

Photos from Dato Sri Hj Rahim's post 24/07/2023
24/07/2023

Khamis | 27 Julai | Di Port Dickson

Waghih-waghih den oii!

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan ramai lagi pemimpin Kerajaan Perpaduan akan turun ke Nismilan sempena

JELAJAH PERPADUAN MADANI
27 Julai 2023 (Khamis)
8.00 Malam

Padang Pejabat Daerah dan Tanah
Port Dickson, Nismilan

Moh dogheh Waghih!
Bukan sonang nak jumpo PMX kesayangan kito ni.






15/06/2023

Kenapa Suhu Politik Panas?

Suhu politik Malaysia menjelang PRN di 6 negeri menjadi panas kerana naratif yang sedang dibawa oleh PAS menerusi PN ialah "Islam sedang terancam".

Isu penarikan rayuan kes Jill Ireland dijadikan modal bahawa kalimah Allah terancam sedangkan hakikatnya Kalimah Allah terpelihara suci oleh kerajaan semasa. Kehadiran DAP dalam Kerajaan Perpaduan hasil saranan YDP Agong dijadikan modal juga sedangkan kerjasama antara parti politik dalam Islam dalam sebuah negara adalah perkara yang digalakkan atas dasar kebajikan bersama.

Rentetan dari naratif "Islam Terancam", lahir pemikiran perjuangan Islam hanya didominasi oleh PAS. Dengan maksud tersirat perjuangan parti orang Islam yang lain bukanlah perjuangan Islam. Dari situlah juga lahir ungkapan yang masyhur dahulu "ucapan kita adalah jihad, melawan puak- puak ini adalah jihad dan jika mati adalah mati Islam".

Pemikiran ini melahirkan golongan taksub kepada parti sehingga pertembungan antara parti politik menjadi pertembungan Islam dan bukan Islam, pertembungan antara perjuangan Islam dan bukan perjuangan Islam dan pertembungan antara Islam dan musuh Islam.

Syurga dijual untuk melariskan jualan ini. Maka lahirlah golongan taksub yang "menerakakan" orang lain. Pemikiran ini meraja dalam pemikiran ahli-ahli bawahan malah kepimpinan. Ia bukan isu lapuk tapi manifestasi pemikiran terkini.

Pemikiran ini perlu dibetulkan bagi melahirkan politik harmoni yang boleh berbeza pendapat. Justeru, suburlah politik persaingan antara parti bagi menonjolkan siapa yang lebih bagus dan baik pada urus tadbir dan tata kelolanya.

Konsep "Perjuangan Islam" mesti dibetulkan dan diperluaskan kefahamannya. Perjuangan Islam adalah perjuangan menobatkan aqidah, syariat dan akhlak Islam dalam negara. Ia telah diperjuangkan sejak merdeka lagi oleh kerajaan semasa ketika itu yang dipimpin oleh UMNO BN.

1. Aqidah Islam dimuktamadkan sebagai aqidah negara sehingga ajaran-ajaran sesat dibasmi secara rasmi oleh negara menerusi negeri-negeri.
2. Pendidikan Islam menjadi pendidikan rasmi negara di sekolah-sekolah dan juga universiti.
3. Berpakaian menutup aurat menjadi pakaian rasmi dalam pendidikan negara.
4. Institusi pendidikan Islam rakyat menerusi sekolah agama mahupun pondok disuburkan dengan bantuan rasmi kerajaan.
5. Amalan ibadah umat Islam diselenggarakn secara rasmi menerusi JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri. Masjid dan surau dimakmurkan dengan peruntukan kerajaan dan undang-undang negara. Solat, Puasa, Zakat dan Haji yang menjadi rukun Islam diuruskan okeh kerajaan secara rasmi.
6. Undang-undang keluarga Islam menjadi undang-undang di peringkat negeri masing-masing.
7. Sistem Muamalat Islam diperkenalkan menerusi perbankan.
8. Takaful Islam yang menyelamatkan manusia daripada RIBA digerakkan secara rasmi oleh negara.
9. Undang-undang jenayah melibatkan takzir menjadi undang-undang negeri.
10. Tatakelola Islam diperkenalkan dan dikemaskini dari semasa ke semasa menerusi pelbagai pendekatan termasuk penerapan nilai-nilai Islam pada tahun 1985.
11. Kebajikan rakyat berlangsung dengan pelbagai inisiatif semasa.
12. Pembangunan negara berjalan menurut keperluan semasa.
13. Dakwah dan Syiar Islam berlangsung dan disemarakan dari semasa ke semasa secara rasmi dengan peruntukan kerajaan dan menerusi media kerajaan.
14. Ruang untuk rakyat melakukan tugasan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar sesama rakyat hatta terhadap pimpinan negara terbuka luas menerusi usaha persendirian, gerakan ngo mahupun berparti kerana demokrasi disuburkan.

Hasilnya ialah lahir masyarakat beragama dengan amalan Islam dalam negara hari ini. Itu semua adalah sebahagian "perjuangan islam menerusi politik pentadbiran Islam".

Justeru, perlu ditegaskan bahawa Malaysia adalah negara Islam. Politik pentadbirannya adalah Islam. Perlembagaan negara menjunjung Islam. Tiada lagi istilah "perlembagaan penjajah dan undang-undang jahiliyah" sepertimana dakwaan segelintir yang berpolitik kepartian.

Di atas segala dasar dan prinsip Islam dalam bernegara yang telah dipasakkan ini menerusi peruntukan perlembagaan Islam Agama Persekutuan, Sultan dan Raja sebagai Ketua Negeri dan Ketua Agama Negeri dan sumpah YDP Agong dan Raja-raja Melayu ketika pelantikan jawatan untuk mempertahankan Islam, maka yang tinggal pada parti-parti yang bersaing dalam arena pilihanraya bagi membentuk kerajaan ialah persaingan pada tatakelola pengurusan negara dan khidmat kebajikan serta pembangunan yang lebih baik bagi rakyat dan persaingan pada inisiatif memperkasakan lagi Islam di kalangan rakyat.

Menariknya, semua parti di Malaysia hari ini telah berpeluang memimpin KERAJAAN PERSEKUTUAN dan kerajaan negeri. Apa yang tinggal ialah persaingan tatakelola yang terbaik. Bentangkanlah kejayaan tatakelola masing-masing kepada rakyat untuk dinilai.

Maka, hendaklah berpolitik kepartian setiap orang warga Malaysia secara berhemah, dan sederhana tanpa ekstrem dan ketaksuban membuat tuduhan melibatkan aqidah dan kepercayaan Islam seseorang.

Persaingan antara ahli politik dalam pilihanraya ialah persaingan pada tatakelola terbaik menurut Islam yang mahu diberikan kepada rakyat.

Dr Khairuddin Takiri
15.6.2023

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Kuala Lumpur
59100