Kebun Kejiranan Bandar LA21 DBKL

Kebun Kejiranan Bandar LA21 DBKL

Share

FB Page ini merupakan Saluran Rasmi untuk pemakluman aktiviti Kebun Kejiranan LA21 DBKL

Photos from SK Jalan Gurney 1's post 25/06/2026

Terima kasih SK Jalan Gurney 1 menerima Panel Penilai dari LA21KL DBKL kita.

Cc Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Hannah Yeoh

Photos from Jabatan Pertanian Malaysia's post 19/06/2026

PA Seri Sabah 3A merupakan Kebun Kejiranan Bandar LA21KL yang aktif di Kuala Lumpur.

Terima kasih Jabatan Pertanian Malaysia di dalam membantu dan memberi tunjuk ajar kepada Komuniti kita!

Photos from Kebun Kejiranan Bandar LA21 DBKL's post 17/06/2026

🌿 PROMOSI PRODUK KOMUNITI – KEBUN KEJIRANAN MUTIARA MAGNA 🌿

Nikmati produk istimewa yang dihasilkan daripada hasil tanaman segar kebun komuniti kami!

🌺 Sambal Ikan Bilis Bunga Kantan
💰 RM10 sebotol (130gm)

🌺 Air Bunga Kantan
💰 RM4 sebotol

✅ Dihasilkan menggunakan bunga kantan yang ditanam di Kebun Kejiranan Mutiara Magna
✅ Menyokong ekonomi komuniti setempat
✅ Membantu kelestarian aktiviti kebun komuniti dan program kemasyarakatan

🤝 Jom support produk komuniti demi kelestarian aktiviti komuniti kita!

📞 Untuk pembelian, sila hubungi:
Hj Sham
📱 +60 13-369 9248

🌱 Dari komuniti, untuk komuniti.



S.K
Hannah Yeoh
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Jabatan Wilayah Persekutuan
Jabatan Pertanian Malaysia
Local Agenda 21 Kuala Lumpur
Kebun Sungai Keroh Mutiara Magna

Photos from Cawangan Pendidikan Kesihatan, KL & Putrajaya's post 14/06/2026

Terima Kasih pasukan Jabatan Kesihatan WPKL & Putrajaya!

KEBUN KEJIRANAN BANDAR LA21KL-CHANNEL – WhatsApp channel 14/06/2026

Salam semua!

Jom follow kami di Channel Whats App untuk info mengenai program program:

https://whatsapp.com/channel/0029VbCtM4K8PgsDa5FxqP1l

KEBUN KEJIRANAN BANDAR LA21KL-CHANNEL – WhatsApp channel Follow KEBUN KEJIRANAN BANDAR LA21KL-CHANNEL's WhatsApp channel. 🌿 KEBUN KEJIRANAN BANDAR LA21KL-CHANNEL 🌿

Saluran rasmi komuniti Kebun Kejiranan Bandar LA21KL untuk perkongsian aktiviti kebun bandar, program komuniti hijau, tips tanaman, kelestarian alam sekitar dan gaya hidup lestari.

📌 Info aktiviti komuniti
🌱 Tips kebun & tanaman bandar
♻️ Kesedaran alam sekitar
🤝 Program gotong-royong & komuniti
🏙️ Inisiatif bandar hijau LA21KL

Bersama menghijaukan bandar, membina komuniti mampan. 🌿. Join 44 followers for the latest updates.

Photos from Kebun Kejiranan Bandar LA21 DBKL's post 14/06/2026

ZIARAH MESRA KEBUN KEJIRANAN LA21KL – 14 JUN 2026

Pihak Unit LA21KL DBKL telah mengadakan Ziarah Mesra di Kebun Kejiranan Mutiara Magna yang diketuai oleh TPr. Nor Janah binti Affandi, Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Bandaraya DBKL bersama En. Noor Aiman Samsudin selaku Jawatankuasa Penasihat LA21KL, serta warga kerja Unit LA21KL.

Ziarah ini bertujuan untuk meninjau perkembangan semasa kebun komuniti, memastikan pengurusan dan penyelenggaraan kawasan berada dalam keadaan baik, serta menilai pertumbuhan tanaman yang diusahakan oleh komuniti setempat. Selain itu, lawatan ini turut memberi peluang untuk melihat sendiri hasil usaha, komitmen dan kerjasama penduduk dalam menjayakan inisiatif pertanian bandar yang memberi manfaat kepada komuniti.

Usaha pembangunan Kebun Kejiranan Mutiara Magna ini adalah selaras dengan aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya:

🌱 SDG 2: Zero Hunger (Sifar Kelaparan) – menggalakkan pengeluaran makanan secara mampan di peringkat komuniti.

🏙️ SDG 11: Sustainable Cities and Communities (Bandar dan Komuniti Mampan) – mewujudkan persekitaran bandar yang lebih hijau, berdaya huni dan inklusif.

🌍 SDG 13: Climate Action (Tindakan Iklim) – menyokong usaha penghijauan bandar dan meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.

🤝 SDG 17: Partnerships for the Goals (Perkongsian untuk Mencapai Matlamat) – memperkukuhkan kerjasama antara DBKL, LA21KL dan komuniti setempat.

Semoga Kebun Kejiranan Mutiara Magna terus melangkah jauh ke hadapan sebagai contoh kejayaan pertanian bandar yang mampan serta memberi manfaat berterusan kepada komuniti setempat demi kesejahteraan dan kelestarian Bandar Raya Kuala Lumpur.












Hannah Yeoh
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Jabatan Wilayah Persekutuan
Local Agenda 21 Kuala Lumpur
Jabatan Pertanian Malaysia

Photos from Kebun Kejiranan Bandar LA21 DBKL's post 14/06/2026

BENGKEL LARVISID DI LAPANGAN KEBUN KEJIRANAN MUTIARA MAGNA

14 Jun 2026 – Kebun Kejiranan Mutiara Magna telah menjadi lokasi pelaksanaan Bengkel Larvisid di Lapangan yang dikendalikan oleh Team Eco Ranger SK Ayer Hitam, Chemor, Perak.

Melalui bengkel ini, para peserta telah didedahkan kepada kaedah pembuatan larvisid berasaskan pendekatan biologikal bagi membantu membasmi larva nyamuk Aedes secara lebih mesra alam dan mampan. Inisiatif ini merupakan satu usaha yang sangat baik dalam meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan pencegahan pembiakan nyamuk Aedes melalui pendekatan inovatif dan lestari.

Lebih membanggakan, produk larvisid yang dibangunkan oleh Team Eco Ranger ini telah berjaya meraih pelbagai anugerah dan pengiktirafan hasil daripada keberkesanan serta nilai inovasinya dalam bidang kesihatan awam dan kelestarian alam sekitar.

Program ini turut menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman antara komuniti, institusi pendidikan serta penggerak pertanian bandar. Diharapkan pendekatan dan inovasi yang diperkenalkan ini dapat diperluaskan serta diadaptasi oleh komuniti-komuniti lain dalam usaha mewujudkan kawasan persekitaran yang lebih bersih, sihat dan bebas daripada ancaman Aedes.

Aktiviti ini selaras dengan aspirasi

SDG 3: Good Health and Well-Being (Kesihatan dan Kesejahteraan Baik) melalui usaha pencegahan penyakit bawaan vektor,

SDG 11: Sustainable Cities and Communities (Bandar dan Komuniti Mampan)

serta SDG 17: Partnerships for the Goals (Perkongsian untuk Mencapai Matlamat) melalui perkongsian ilmu dan amalan terbaik antara komuniti.

Semoga jalinan kerjasama dan perkongsian ilmu seperti ini dapat terus diperkukuhkan demi kesejahteraan komuniti serta kelestarian alam sekitar.














Hannah Yeoh
Jabatan Wilayah Persekutuan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Kebun Sungai Keroh Mutiara Magna
Local Agenda 21 Kuala Lumpur

Photos from Kebun Kejiranan Bandar LA21 DBKL's post 14/06/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG MEGA PERANGI AEDES 1.0
JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA 2026

14 Jun 2026 – Kebun Kejiranan PPR Beringin telah mengambil bahagian dalam Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 dengan mengadakan Pameran Produk Kebun serta lawatan ke kawasan Kebun Kejiranan PPR Beringin bagi mempromosikan amalan pertanian bandar dan gaya hidup sihat dalam komuniti.

Program ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Dr. Rozita binti Ab Rahman. Turut hadir memeriahkan program ialah YB Prabakaran Parameswaran Ahli Parlimen Batu, yang menunjukkan sokongan terhadap usaha meningkatkan kesedaran masyarakat dalam membanteras pembiakan nyamuk Aedes.

Bukan sekadar aktiviti gotong-royong, pelbagai program menarik turut diadakan bagi menggalakkan penglibatan komuniti, antaranya:

Senamrobik komuniti
Pertandingan mewarna
Pertandingan mencari jentik-jentik
Pameran pelbagai agensi
Program Trash to Cash
Cabutan bertuah

Program ini memberi penekanan kepada kepentingan menjaga kebersihan persekitaran dan menghapuskan lokasi berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, sekali gus membantu mencegah penularan demam denggi dalam komuniti.

Pihak LA21KL komited untuk terus bekerjasama dengan komuniti setempat dalam memastikan kawasan Kebun Kejiranan sentiasa bersih, selamat dan bebas daripada tempat pembiakan Aedes, sejajar dengan usaha mewujudkan komuniti yang sihat, lestari dan berdaya huni.

Program ini juga menyokong aspirasi
SDG 3: Good Health and Well-Being (Kesihatan dan Kesejahteraan Baik),

SDG 11: Sustainable Cities and Communities (Bandar dan Komuniti Mampan)

Serta SDG 17: Partnerships for the Goals (Perkongsian untuk Mencapai Matlamat).














Hannah Yeoh
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Local Agenda 21 Kuala Lumpur

Photos from Jabatan Wilayah Persekutuan's post 10/06/2026

Tq Rakan Strategik kami!

08/06/2026



Kebun Kejiranan Bandar LA21 DBKL

Kenaikan harga baja akibat ketidaktentuan ekonomi dan krisis bekalan global memberi tekanan kepada sektor pertanian.

Namun begitu, anda masih boleh mengurangkan kos pembajaan melalui beberapa amalan yang lebih cekap dan berkesan tanpa menjejaskan hasil tanaman.

Antara langkah utama ialah mengamalkan pembajaan tepat dengan menggunakan baja mengikut keperluan tanaman dan peringkat pertumbuhannya.

Penggunaan baja secara berlebihan bukan sahaja membazir, malah boleh menjejaskan kesihatan tanaman dan alam sekitar.

Selain itu, analisis tanah juga penting bagi mengenal pasti kandungan nutrien yang diperlukan.

Dengan maklumat ini, anda dapat menggunakan baja secara lebih terancang dan menjimatkan.

Penggunaan sungkupan seperti jerami, rumput kering atau daun kering turut membantu mengurangkan kos pembajaan.

Sungkupan berfungsi mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan kehilangan nutrien serta mengawal pertumbuhan rumpai.

Di samping itu, penghasilan kompos daripada sisa tanaman dan sisa dapur boleh menjadi alternatif yang lebih ekonomik untuk menambah nutrien dan memperbaiki struktur tanah.

Amalan pengairan yang cekap juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan keberkesanan pembajaan.

Sistem pengairan yang baik membantu akar menyerap nutrien dengan lebih optimum serta mengurangkan kehilangan baja akibat larut resap.

Secara keseluruhannya, tanah yang sihat dan pengurusan nutrien yang baik dapat mengurangkan kebergantungan kepada baja kimia serta meningkatkan kecekapan penggunaan input pertanian.

Dalam menghadapi peningkatan kos pengeluaran, pengurusan ladang yang bijak menjadi kunci untuk mengekalkan produktiviti tanaman dan memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara.

Rujuk infografik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai amalan pembajaan yang cekap dan menjimatkan.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Aras G Menara 2 DBKL
Kuala Lumpur
50350