Keadilan Setiawangsa

Directions

Keadilan Setiawangsa Akaun rasmi Facebook KEADILAN Setiawangsa (2025-2028)

Assalamualaikum wbt.BERBEZA POLITIK, JANGAN HILANG KEMANUSIAANSaya baca tulisan Saudara Ashraf Mazlan, Timbalan Ketua Ca...
17/10/2026

Assalamualaikum wbt.

BERBEZA POLITIK, JANGAN HILANG KEMANUSIAAN

Saya baca tulisan Saudara Ashraf Mazlan, Timbalan Ketua Cabang Keadilan Setiawangsa dan saya sangat bersetuju dengan pesanan beliau. Perkara ini dekat dengan hati saya kerana saya sendiri pernah melaluinya.

Saya pernah difitnah. Bila berita itu keluar, orang terus mengata dan menghukum. Orang yang tidak mengenali saya pun sudah membuat kesimp**an bahawa saya ini orang jahat. Kecohnya sampai ke peringkat menteri, dengan kenyataan yang menambahkan lagi beratnya keadaan ketika itu.

Tetapi apabila siasatan mendapati saya tidak bersalah, suasananya berbeza. Ramai yang sebelum itu begitu lantang terus senyap. Yang tersebar luas ialah tuduhan, sedangkan penjelasannya tidak mendapat perhatian yang sama. Fitnah itu p**a terus hidup dan diulang oleh mereka yang tidak tahu bagaimana kesudahannya.

Saya dan keluarga yang menanggung kesannya. Sebab itu saya faham betapa sakitnya apabila orang sudah membuat keputusan tentang diri kita sebelum kebenaran diketahui. Kita boleh cuba menjelaskan, tetapi belum tentu orang mahu mendengar.

Saya menulis ini kerana saya tahu bagaimana rasanya berada di tempat orang yang dihukum sebelum sempat didengar. Saya tidak mahu orang lain dan keluarganya melalui kesakitan yang pernah saya lalui. Sebab itu saya bersuara.

Apabila sesuatu cerita atau video tersebar, kita perlu berhenti sekejap. Adakah kita tahu cerita sepenuhnya? Sudahkah kesahihannya diperiksa? Atau kita sedang membuat kesimp**an daripada apa yang lalu di telefon kita?

Biarlah siasatan yang betul menentukan apa yang sebenarnya berlaku. Berilah ruang kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menilai bukti dan membuat keputusan berdasarkan dapatan mereka. Kita berhak bertanya dan mahukan penjelasan, tetapi kita juga bertanggungjawab terhadap apa yang kita sebarkan.

Tentang saudara Nik Nazmi, saya sukar menerima apabila seluruh dirinya terus dilabel sebagai jahat. Pada pandangan saya, beliau seorang yang baik dan pernah banyak berkhidmat kepada masyarakat. Apa-apa persoalan yang timbul tetap perlu diteliti dengan adil. Jasa seseorang tidak menghalangnya daripada disoal, tetapi tuduhan juga tidak sepatutnya terus memadamkan seluruh kebaikannya.

Lebih-lebih lagi ketika beliau dan keluarga sedang menghadapi kehilangan ayahanda tercinta. Saya mengucapkan salam takziah dan mendoakan semoga Allah SWT merahmati roh Allahyarham serta memberi kekuatan kepada keluarga.

Kepada rakan-rakan, khususnya di Setiawangsa, marilah kita jaga sedikit hati dan kata-kata kita. Berbeza pandangan atau parti sekalipun, kita masih boleh berlaku adil dan menunjukkan belas ihsan.

Kita berpolitik untuk berkhidmat kepada manusia. Biarlah cara kita berpolitik juga mencerminkan kemanusiaan.

Afdlin Shauki

Salam Takziahإِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَKEADILAN Setiawangsa merakamkan ucapan takziah kepada Saudara N...
14/10/2026

Salam Takziah
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

KEADILAN Setiawangsa merakamkan ucapan takziah kepada Saudara Nik Nazmi dan seluruh ahli keluarga atas pemergian ayahanda tercinta, Allahyarham Nik Ahmad bin Haji Nik Hassan, yang telah kembali ke rahmatullah.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah. 🤲

14/10/2026

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa mulai tahun depan, semua perolehan kontrak kerajaan akan dipaparkan secara terbuka kepada umum.

"Rakyat boleh tahu siapa yang menang, berapa jumlahnya, syarikat mana yang dapat, kos dan tahap kemajuannya, serta sebab syarikat itu dipilih."

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَSalam perpisahan buat Che Mat Kelantan, sahabat dan pejuang Keadilan yang ka...
13/10/2026

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Salam perpisahan buat Che Mat Kelantan, sahabat dan pejuang Keadilan yang kami sayangi.

Pemergianmu meninggalkan rasa kehilangan dalam keluarga besar Keadilan Setiawangsa. Persahabatan dan semangat perjuanganmu akan terus kami kenang.

Semoga Allah SWT mengampuni dan merahmati arwah serta menempatkannya dalam kalangan orang beriman. آمين.

Dato’ Hj. Afdlin Shauki bin Aksan
Ketua Cabang
KEADILAN Setiawangsa

10/10/2026
4 OKTOBER 2026, Ahad- Alhamdulillah, petang ini telah berlangsung sesi penyerahan bayaran ex-gratia oleh pihak pemaju ke...
04/10/2026

4 OKTOBER 2026, Ahad- Alhamdulillah, petang ini telah berlangsung sesi penyerahan bayaran ex-gratia oleh pihak pemaju kepada pengusaha IKS Sri Semarak, bertempat di Surau Al-Jabbar.

Penyerahan ini merupakan sebahagian daripada hasil perbincangan dan usaha mencari jalan tengah dalam menyelesaikan isu pengosongan kawasan IKS Sri Semarak, dengan mengambil kira proses undang-undang, keperluan pembangunan serta kebajikan dan kelangsungan mata pencarian para pengusaha.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan bersedia untuk bertolak ansur demi mencapai penyelesaian yang lebih tersusun dan berperikemanusiaan.

Dalam masa yang sama, usaha sedang diteruskan bersama pihak berkaitan bagi membantu pengusaha mendapatkan peluang untuk meneruskan perniagaan di lokasi baharu.

Yang penting, Surau Al-Jabbar akan terus dipelihara dan tidak akan disentuh.

Semoga penyelesaian ini menjadi permulaan kepada fasa baharu yang lebih baik buat para pengusaha IKS Sri Semarak dan seluruh komuniti setempat.

Mendengar. Bertindak. Mencari penyelesaian.



Mesyuarat Jawatankuasa Cabang KEADILAN Setiawangsa Bil. 5/2026 telah selesai dilaksanakan pada petang ini di Pejabat KEA...
03/10/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Cabang KEADILAN Setiawangsa Bil. 5/2026 telah selesai dilaksanakan pada petang ini di Pejabat KEADILAN Setiawangsa, Jalan Wangsa Delima.

Mesyuarat telah membincangkan beberapa perkara berkaitan gerak kerja, penyelarasan program serta perancangan KEADILAN Setiawangsa dalam memperkukuhkan khidmat kepada masyarakat setempat.

Terima kasih kepada semua anggota Jawatankuasa yang telah hadir serta memberikan pandangan, cadangan dan komitmen sepanjang mesyuarat berlangsung.

Semoga segala perancangan dan keputusan yang dipersetujui dapat diterjemahkan melalui gerak kerja yang tersusun dan memberi manfaat kepada masyarakat Setiawangsa.

Teruskan kebersamaan, perkuatkan gerak kerja dan utamakan khidmat kepada rakyat.




SAYA TIDAK AKAN LUPA JASA REFORMIS.Respek kepada sahabat-sahabat aktivis dan reformis yang turun padang hari ini.Bagi sa...
27/09/2026

SAYA TIDAK AKAN LUPA JASA REFORMIS.

Respek kepada sahabat-sahabat aktivis dan reformis yang turun padang hari ini.

Bagi saya, mereka bukan sekadar orang yang turun ke jalan. Mereka adalah sebahagian daripada sejarah yang mengajar generasi selepas mereka bahawa kalau kita mahu perubahan, kita tidak boleh hanya duduk diam dan berharap orang lain akan melakukannya untuk kita.

Saya sendiri berada dalam KEADILAN hari ini kerana perjuangan reformis-reformis terdahulu.

Mereka menunjukkan kepada saya bahawa apabila kita percaya negara ini boleh menjadi lebih baik, kita juga perlu berani berdiri dan berbuat sesuatu.

Ada antara mereka yang pernah dikejar. Ada yang ditangkap. Ada yang berdepan FRU, meriam air dan pelbagai tekanan. Tetapi mereka tetap datang kembali.

Mereka berjuang ketika kemenangan masih jauh.

Dan perjuangan panjang itulah yang turut membuka jalan sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya berada di kedudukan beliau hari ini.

Sebab itu apabila saya melihat reformis lama, saya ada rasa hormat yang sangat besar.

Saya mungkin datang kemudian. Saya mungkin tidak melalui semua yang mereka lalui. Tetapi hari ini saya berbangga dapat berada dalam parti yang sama dengan ramai daripada mereka.

Dan kepada mereka yang mungkin merasakan jasa mereka sudah dilupakan — saya tidak lupa.

Jawatan datang dan pergi. Kerajaan juga boleh berubah.

Tetapi pengorbanan orang yang sanggup berdiri ketika perjuangan itu masih susah, ketika belum ada kuasa dan belum tahu bila kemenangan akan datang — itu jangan sekali-kali kita padam daripada sejarah.

Terima kasih, Reformis.

Perjuangan kalian mengajar saya satu perkara:

Kalau kita sayangkan negara ini, jangan sekadar mengeluh. Turun, bantu, bersuara dan buat sesuatu.

Reformasi bukan sekadar satu laungan.

Ia adalah keberanian untuk percaya bahawa Malaysia boleh menjadi lebih baik dan kesanggupan untuk berusaha menjadikannya kenyataan.

KALAU KITA LUPA SIAPA YANG BAKAR RUMAH, JANGAN MARAH ORANG YANG DATANG MEMADAM API SEBAB LANTAI KITA BASAH.Saya nak berc...
15/09/2026

KALAU KITA LUPA SIAPA YANG BAKAR RUMAH, JANGAN MARAH ORANG YANG DATANG MEMADAM API SEBAB LANTAI KITA BASAH.

Saya nak bercakap tentang politik.

Bukan sebagai orang yang kononnya sudah tahu segala-galanya tentang politik.

Saya masih belajar.

Dan semakin lama saya berada dalam politik, semakin saya faham kenapa ramai orang benci politik.

Sebab dalam dunia ini, putih tak semestinya putih.

Hitam tak semestinya hitam.

Terlalu banyak kelabu.

Kadang-kadang orang yang kita lawan semalam, hari ini kita duduk semeja.

Orang yang kita kritik dahulu, hari ini kita perlu bekerjasama.

Dan mungkin orang yang memeluk kita hari ini, esok akan menjadi orang pertama menikam kita apabila kepentingan mereka berubah.

Itulah politik.

Dan terus terang saya cakap, saya masih susah nak hadam benda itu.

Sebab saya datang daripada dunia seni.

Kalau saya sayang seseorang, saya sayang.

Kalau saya berkawan, saya berkawan.

Saya tidak dibesarkan untuk berkawan dengan seseorang sambil dalam kepala berfikir,

“Berapa lama aku boleh gunakan persahabatan ini sebelum aku tak perlukan dia lagi?”

Tetapi politik mengajar saya bahawa benda seperti itu memang wujud.

Dan bukan pada satu parti sahaja.

Penyakit politik ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja apabila kuasa menjadi lebih penting daripada prinsip.

Tetapi ada satu perkara yang lebih menakutkan daripada ahli politik.

Rakyat yang mudah lupa.

Kita pernah melalui pilihan raya dengan kemarahan terhadap rasuah, salah guna kuasa, skandal kewangan dan kerosakan institusi.

Ini bukan cerita kedai kopi.

Ada kes yang telah dibicarakan di mahkamah.

Ada sabitan.

Ada orang yang telah menjalani hukuman penjara.

Itu sebahagian daripada rekod sejarah negara kita.

Tetapi lihat betapa cepatnya memori politik boleh berubah.

Tiba-tiba naratif baharu muncul.

Melayu.

Islam.

Penyatuan.

Maruah.

Ancaman itu.

Ancaman ini.

Dan saya nak tanya satu soalan yang mungkin tidak selesa.

Adakah kita sedang mempertahankan Melayu dan Islam, atau ada orang sedang menggunakan ketakutan orang Melayu dan sentimen agama untuk mempertahankan kelangsungan politik mereka sendiri?

Fikir.

Jangan terus marah.

Fikir.

Sebab kalau setiap kali kuasa terancam kita boleh dipanggil balik dengan perkataan “bangsa” dan “agama”, maka politik tidak perlu pun memperbaiki dirinya.

Cukup main emosi.

Cukup buat kita takut.

Cukup buat kita lupa.

TAPI INI BAHAGIAN YANG SAYA PALING GERAM.

Saya pernah dengar orang kata,

“Eh, duit Tabung Haji aku ada lagi. Tak hilang pun. Apa yang korang kecoh sangat?”

Saudara saudari.

Inilah masalahnya apabila kita hanya melihat apa yang ada di depan mata.

Selepas isu kewangan dan tadbir urus Tabung Haji dikenal pasti, kerajaan melalui proses penstrukturan semula aset dan kewangan institusi itu. Kerajaan juga mengumumkan komitmen sokongan berjumlah RM17.8 bilion secara berperingkat dalam tempoh 10 tahun, tertakluk kepada pelaksanaan dan keperluan yang ditetapkan.

Jadi apabila duit kita masih nampak dalam akaun, jangan terus membuat kesimp**an bahawa tidak pernah berlaku masalah.

Kadang-kadang kita tidak nampak kemalangan itu kerana ada pihak lain sedang menanggung kos ambulans, hospital dan pembedahan.

Itulah beza antara melihat baki akaun dengan memahami kedudukan kewangan sebuah institusi dan implikasinya kepada kewangan awam.

Dan perkara yang sama sedang berlaku sekarang.

Apabila kerajaan mengubah subsidi, orang marah.

Apabila kerajaan cuba menyasarkan bantuan, orang marah.

Apabila kerajaan cuba mengurangkan ketirisan, orang marah.

Saya faham.

Sebab akhirnya rakyat bukan makan statistik.

Rakyat makan nasi.

Rakyat bayar sewa.

Rakyat bayar sekolah anak.

Rakyat isi minyak.

Rakyat mahu tahu satu sahaja:

“Hidup aku lebih senang atau tidak?”

Itu soalan yang SAH.

Kerajaan WAJIB jawab.

Pakatan Harapan WAJIB jawab.

Dan saya tidak akan duduk di sini dan berkata kerajaan ini sempurna.

TAK.

Kita buat silap.

Kita lambat dalam beberapa perkara.

Ada komunikasi kerajaan yang kadang-kadang, maaf cakap, orang politik sendiri pun pening nak faham.

Ada keputusan yang boleh dibuat dengan lebih baik.

Ada rakyat yang masih sakit dengan kos sara hidup.

Jangan nafikan semua itu.

Kalau kita nafikan, kita sama sahaja seperti orang yang kita kritik dahulu.

Tetapi jangan p**a kerana doktor menyebabkan kita sakit ketika mencuci luka, kita panggil balik orang yang menyebabkan luka itu.

Itulah yang saya takut sedang berlaku.

Kerajaan sekarang sedang cuba melakukan sesuatu yang secara politik sangat tidak pop**ar tetapi dari sudut fiskal dianggap perlu untuk mengukuhkan kedudukan kewangan negara.

Menurut sasaran fiskal kerajaan, defisit fiskal diunjurkan menurun daripada 5.5% KDNK pada 2022 kepada sekitar 3.7% pada 2025. Angka ini ialah sasaran atau unjuran dasar, bukan ukuran bahawa semua masalah kewangan negara telah selesai.

Pinjaman baharu kerajaan juga perlu dinilai berdasarkan jumlah, kos, tempoh matang, tujuan pinjaman dan nisbah hutang kepada KDNK; oleh itu, dakwaan bahawa pinjaman “menurun” perlu dirujuk kepada ukuran yang khusus dan sumber rasmi.

Nilai pelaburan yang diluluskan pada 2025 p**a hendaklah dinyatakan berdasarkan angka rasmi yang diterbitkan oleh agensi berkaitan. Angka RM426.7 bilion merujuk kepada jumlah pelaburan yang diluluskan, bukan semestinya jumlah pelaburan yang telah direalisasikan atau wang yang telah masuk sepenuhnya ke dalam ekonomi.

Adakah semua itu bermaksud kehidupan rakyat sudah sempurna?

Tidak.

Tetapi ia bermaksud cerita bahawa “semuanya semakin hancur” juga tidak semestinya tepat.

Data tidak menyokong kesimp**an yang terlalu umum seperti itu.

Dan ya, saya tahu.

Data tidak boleh beli nasi lemak.

Sebab itu tugas kerajaan seterusnya bukan sekadar memperbaiki nombor.

Nombor yang baik mesti akhirnya sampai ke poket rakyat.

Kalau pelaburan berbilion diluluskan tetapi gaji rakyat tidak naik, belum selesai.

Kalau defisit turun tetapi keluarga masih tak mampu beli barang dapur, belum selesai.

Kalau ekonomi berkembang tetapi anak muda rasa mustahil nak beli rumah, belum selesai.

Saya sendiri sebagai orang industri, apabila pergi ke luar negara atas urusan FINAS dan industri filem, saya fikir benda yang sama.

Bagaimana kita bawa pelaburan masuk?

Bagaimana kita jual Malaysia?

Bagaimana kita cipta pekerjaan?

Bagaimana industri kreatif kita boleh membawa pendapatan dan nilai ekonomi kepada negara, bukan sekadar bergantung pada peruntukan kerajaan?

Kerana akhirnya negara tidak boleh hidup selama-lamanya dengan satu formula:

Masalah datang, kerajaan subsidi.

Harga naik, kerajaan subsidi.

Rakyat marah, kerajaan subsidi.

Sedap hari ini.

Tetapi anak cucu kita bayar esok.

Itulah masalah politik lama Malaysia.

Kita terlalu lama diajar bahawa kerajaan yang baik ialah kerajaan yang memastikan kita tidak terasa sakit.

Sedangkan kadang-kadang kerajaan yang bertanggungjawab ialah kerajaan yang berani berkata,

“Kalau kita terus begini, lima atau sepuluh tahun lagi kita akan ada masalah yang jauh lebih besar.”

Dan kerajaan yang membuat keputusan seperti itu memang akan nampak jahat hari ini.

JADI SAYA MINTA SATU BENDA SAHAJA.

Jangan sokong Pakatan Harapan kerana saya suruh.

Jangan sokong mana-mana parti kerana TikTok suruh.

Jangan benci UMNO kerana saya marah.

Jangan cinta UMNO kerana seseorang menjerit “Melayu”.

Jangan sokong PAS hanya kerana mereka bercakap tentang Islam.

Jangan sokong PKR hanya kerana Anwar Ibrahim ialah Perdana Menteri.

SOKONG BERDASARKAN REKOD.

Semak.

Banding.

Tanya.

Siapa menambah hutang?

Siapa mengurangkan defisit atau memperbaiki kedudukan hutang mengikut ukuran yang jelas?

Siapa mencipta masalah?

Siapa cuba menyelesaikannya?

Siapa bercakap tentang rasuah ketika menjadi pembangkang tetapi berubah apabila mendapat kuasa?

Siapa berani menyiasat orang sendiri?

Siapa hanya menggunakan bangsa apabila kuasa mereka terancam?

Dan yang paling penting:

SIAPA YANG MAHU NEGARA INI MENJADI LEBIH BAIK SELEPAS MEREKA SUDAH TIADA?

Itu bagi saya definisi sebenar seorang pemimpin.

Bukan siapa yang pandai buat kita marah.

Bukan siapa paling kuat jerit Melayu.

Bukan siapa paling banyak sebut agama.

Bukan siapa paling pandai buat video 30 saat.

Tetapi siapa sanggup melakukan benda yang betul walaupun benda yang betul itu mungkin menyebabkan dia kehilangan undi.

Saya masuk politik dengan banyak idealisme.

Hari ini idealisme itu mungkin sudah calar sedikit.

Saya sudah nampak kelabu.

Saya sudah nampak permainan.

Saya sudah nampak bagaimana kawan boleh menjadi lawan dan lawan boleh menjadi kawan.

Tetapi ada satu benda saya tidak mahu hilang.

Saya tidak mahu hilang kepercayaan bahawa rakyat Malaysia cukup bijak untuk membezakan propaganda dengan fakta.

Kita boleh marah kerajaan.

Malah kita WAJIB marah kalau kerajaan salah.

Kritik kami.

Tekan kami.

Tanya kami.

Jangan beri kami cek kosong.

Tetapi tolonglah.

Jangan jadi bangsa yang begitu mudah lupa sehingga orang yang pernah menyebabkan masalah boleh kembali sebagai hero hanya kerana orang yang sedang membersihkan masalah itu membuat tangan kita kotor.

Kalau Pakatan Harapan gagal, hukum kami berdasarkan kegagalan kami.

Tetapi kalau kami sedang membetulkan kerosakan bertahun-tahun, beri kami tekanan untuk buat lebih baik, bukan amnesia tentang bagaimana kita sampai ke sini.

Kerana kalau setiap lima tahun kita lupa apa yang berlaku lima tahun sebelumnya…

kita tidak sedang memilih masa depan.

Kita cuma sedang mengulangi sejarah.

Dan setiap kali sejarah itu berulang,

rakyatlah yang akhirnya membayar bil.

Saya sayang negara ini.

Sebab itu saya marah.

Dan sebab saya sayang negara ini juga,

saya tidak mahu Malaysia menjadi negara yang mudah dipermainkan hanya kerana kita mempunyai ingatan politik yang pendek.

Baca rekod.

Baca data.

Semak sumber rasmi dan bezakan antara sasaran, angka yang diluluskan, angka yang direalisasikan serta hasil sebenar kepada rakyat.

Kemudian buat keputusan sendiri.

Tetapi jangan lupa.

Kerana dalam politik,

orang yang paling untung apabila rakyat lupa ialah orang yang paling banyak mereka mahu kita lupakan.

Dato’ Hj. Afdlin Shauki bin Aksan
Ketua Cabang
KEADILAN Setiawangsa

Address

Setiawangsa
Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keadilan Setiawangsa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share