27/08/2024
Sekalung ucapan dan tahniah ke atas Presiden KESUPNA di atas pelantikan sebagai Bendahari GAKUM bagi sesi 2024 - 2027.
"Selamat maju jaya dan terbang tinggi serta sukses dalam kehidupan dan pekerjaan".
Ikhlas daripada :MJK dan Ahli KESUPNA UPNM
26/06/2024
Presiden dan MJK KESUPNA telah menziarahi saudara En Anuar bin Hasbullah staff Pusat Pengurusan Akademik dan Pengijazahan UPNM di HKL disebabkan kompilasi jantung terhenti. Alhamdulillah beliau telah sedarkan diri dan masih keadaan masih lemah. Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat bekerja seperti biasa 🤲🤲🤲
25/06/2024
MJK KESUPNA mengucapkan selamat hari lahir kepada semua ahli kesatuan yang lahir pada bulan Jun dan semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T hendaknya. Dipermudahkan segala urusan, dimakbulkan segala doa dan harapan serta diterangi dengan sinar kebahagian..🤲🤲
_admin_
Biro Multimedia & Korporat KESUPNA
24/06/2024
Seusainya berlangsung Pertandingan Tenpin Boling Piala Presiden CUEPACS di Ampang Superbowl, Berjaya Time Square pada 23 Jun 2024 dan sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan KESUPNA yang dianggotai oleh En Hilmi , En Hanafi, Puan Nurul dan Puan Aliza kerana mendapat tempat ke10 daripada 43 pasukan
Ucapan tahniah juga diucapkan kepada En Hilmi dan En Hanafi telah mendapat Top 20 Balingan Peserta Lelaki Terbaik dan Puan Aliza telah mendapat Top 20 Balingan Peserta Wanita Terbaik dari 86 Peserta Lelaki dan 86 Peserta Wanita.
Terima Kasih kerana telah mengharumkan nama KESUPNA di peringkat Kebangsaan.
04/04/2024
Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahtera.
04 April 2024 (Khamis) bersamaan 24 Ramadan 1445H.
Majlis Jawatankuasa KESUPNA menyampaikan Cenderahati Raya sempena ketibaan Syawal yang akan kunjung tiba kepada Pusat Kesihatan UPNM dan Bahagian Keselamatan UPNM.
Sumbangan ini sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang banyak berkorban masa dan tenaga menjaga keselamatan UPNM serta merawat warga UPNM.
Aktiviti seperti ini adalah acara wajib yang setiap tahun pihak KESUPNA raikan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat pada hari ini dan Salam Syawal 1445H.
28/02/2024
Kesatuan Kakitangan Sokongan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (Kesupna Upnm) telah melakukan kunjung hormat kepada Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Terengganu (Kesatuan KUAT, UMT) pada 26 Februari 2024 bertempat di Universiti Malaysia Terenggganu (UMT).
Lawatan Penanda Aras ini bagi membincangkan hala tuju staff pelaksana dalam menggerakkan organisasi serta membincangkan isu-isu berkaitan Kesatuan dan mengeratkan hubungan antara Kesatuan.
BERSATU, UNIVERSITI MAJU #
28/02/2024
Kesatuan Kakitangan Sokongan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (Kesupna Upnm) telah melakukan kunjung hormat kepada Kesatuan Staf PelaksanaUniversiti Malaysia Kelantan (Kespumk Umk) pada 25 Februari 2024 bertempat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Lawatan Penanda Aras ini bagi membincangkan hala tuju staff pelaksana dalam menggerakkan organisasi serta membincangkan isu-isu berkaitan Kesatuan dan mengeratkan hubungan antara Kesatuan.
BERSATU, UNIVERSITI MAJU #
07/12/2023
⛰🏔🗻 Aktivi Penutupan tahun 2023 ☁️🌥🌈
Pihak KESUPNA akan menganjurkan AKTIVITI MENDAKI PUNCAK GEMILANG' pada 15/12/23 terbuka kepada Ahli KESUPNA sahaja. Jom bersama2 kita menjayakan aktiviti ini disamping merapatkan ukhwah, intelek, emosi & sosial sesama kita. Pendaftaran dilakukan melalui QR CODE di bawah dan poster dan penyertaan adalah TERHAD.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdfYZejC-j0myuDR203xEjWPy4lzgldCnk4x9Ht0D9xu5__-Q/viewform?pli=1
07/12/2023
Assalamualaikum wbt
Sedang berlangsung Majlis Istiadat Konvokesyen UPNM Ke-13 (Sidang 2) di Dewan Merdeka, World Trade Center (WTC) Kuala Lumpur boleh ditonton melalui pautan berikut:
Facebook:
https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=304065885939018
Youtube:
https://www.youtube.com/watch?v=5vi73pYakRU
e-Buku Istiadat Konvokesyen Ke-13 UPNM
https://konvokesyen.upnm.edu.my/multimedia/konvo13/mobile/index.html
Jangan lupa untuk share dan like!
konvokesyen.upnm.edu.my
28/11/2023
KESUPNA 'X' MEDIAPRIMA
KUTIPAN KILAT TABUNG PALESTIN
Alhamdulillah jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM2,850.00 telah selamat disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima. Terima kasih atas sumbangan dan keperihatinan seluruh warga UPNM kepada rakyat palestin. Hanya Allah sahaja dapat membalas kebaikan anda semua. Insyallah🤲🏻
Presiden KESUPNA
10/10/2023
Assalamualaikum wbt
Berikut merupakan Barisan Kabinet Kesupna UPNM yang baharu pada penggal Tahun 2023 hingga 2026.