19/05/2026
π’ PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2026
Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Perbadanan Pengurusan Taman Mulia ABG Management Corporation Kali Ke-10 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
ποΈ Tarikh: 24 Mei 2026 (Ahad)
π Pendaftaran: 11.00 pagi
π¦ Mesyuarat Bermula: 11.30 pagi
π Tempat: Dewan Flat Taman Mulia, Persiaran Ikhlas
Semua pemilik petak/unit dijemput hadir bagi bersama-sama membincangkan hal berkaitan pengurusan dan pembangunan komuniti demi kesejahteraan bersama.
Kehadiran anda amat dihargai dan penting dalam memastikan pengurusan Management Corporation terus berjalan dengan baik selaras dengan Akta 757.
π Sila lakukan pengesahan kehadiran melalui QR Code yang disediakan pada poster.
01/05/2026
6 Tiang Lampu Solar, Malam Kini Lebih Bersinar! β¨
Flat Taman Mulia kini lebih ceria dan selamat dengan pemasangan 6 unit tiang lampu solar di sekitar kawasan perumahan ππ‘
Persatuan Penduduk Blok A, B & G Flat Taman Mulia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, khususnya YB Datoβ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atas sumbangan yang amat bermakna ini π
Inisiatif ini bukan sahaja menerangi kawasan pada waktu malam, malah memberi ketenangan dan meningkatkan tahap keselamatan buat seluruh komuniti.
Terima kasih atas keprihatinan demi kesejahteraan penduduk β€οΈ
13/04/2026
MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MERIAHKAN KOMUNITI FLAT TAMAN MULIA
KUALA LUMPUR, 12 April β Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Penduduk Blok A, B & G Flat Taman Mulia bersama Management Corporation telah berlangsung dengan meriah pada 12 April 2026 di Dewan Flat Taman Mulia, dari jam 2.00 hingga 5.00 petang.
Majlis ini berjaya menghimpunkan penduduk setempat dalam suasana penuh keceriaan Aidilfitri, di samping kehadiran pemimpin masyarakat serta wakil-wakil agensi berkaitan yang turut memeriahkan acara. Keharmonian jelas terserlah melalui interaksi mesra, jamuan juadah tradisional serta semangat kebersamaan yang dipupuk sepanjang program berlangsung.
Penganjuran ini mencerminkan komitmen komuniti dalam memperkukuh nilai muhibah dan perpaduan. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir dan menyumbang dalam menjayakan majlis ini.
01/04/2026
Jom meriahkan suasana Aidilfitri! πβ¨
Penduduk-penduduk Flat Taman Mulia dijemput hadir beramai-ramai ke Rumah Terbuka Raya Aidilfitri π‘
π
12 April 2026 (Ahad)
π 2.00 petang β 5.00 petang
π Dewan Flat Taman Mulia
Pelbagai juadah menanti, ukhuwah kita eratkan π€
Jumpa di sana! Jangan lupa ajak keluarga & jiran sekali! π
21/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 /1447 Hijrah buat semua Muslimin dan Muslimat.
Maaf Zahir & Batin
10/03/2026
PROGRAM SUMBANGAN RAMADAN PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK
BANDAR TUN RAZAK 8 Mac β Minggu lepas telah berlangsung Program Sumbangan Ramadan Parlimen Bandar Tun Razak yang berlangsung di Flat Taman Mulia, Blok A,B&G.
Majlis ini dihadiri oleh Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri mewakili YB Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak seterusnya menyampaikan sumbangan kepada penerima.
Seramai 112 orang penerima dari tiga persatuan penduduk dari sekitar komuniti ini hadir bagi menerima sumbangan.
Program ini merupakan antara inisiatif berterusan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dalam menyantuni masyarakat serta membantu meringankan beban perbelanjaan harian rakyat, khususnya dalam menghadapi bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
Pengerusi Persatuan Penduduk, Haji Shaari Kidam dalam ucapan aluannya mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak kerana memilih persatuan ini sebagai lokasi penganjuran program pada hari ini.
βSaya juga mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan terima kasih atas kelulusan projek penggantian tangki air serta penambahbaikan saluran gutter di kawasan perumahan ini dengan kos sekitar RM270,000 telah berjaya dilaksanakanβ.
Dalam majlis sama, Datuk Azman mengumumkan kelulusan pemasangan pendingin hawa (aircond) dalam dewan flat ini bagi keselesaan penduduk-penduduk beraktiviti.
Majlis ini amat istimewa kerana ia membawa mesej keprihatinan dan semangat kebersamaan khususnya dalam bulan yang mulia ini.
Turut hadir Encik Kuek PG, wakil Pejabat Parlimen BTR, Encik Jaafar Ismail, Pengerusi Subzontiga Mpp.
03/12/2025
MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA β PROJEK PENGGANTIAN TANGKI AIR FLAT TAMAN MULIA
KUALA LUMPUR 3 Dis β Satu lagi langkah positif untuk kesejahteraan komuniti! Hari ini, Pengerusi, Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk serta Perbadanan Pengurusan telah menghadiri Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima bagi projek penggantian tangki air di Flat Taman Mulia.
Penyerahan ini disempurnakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri di Pejabat Pembangunan Wilayah Persekutuan.
Projek berimpak tinggi ini akan dilaksanakan oleh Cahaya Yani Enterprise dengan tempoh kerja selama 15 minggu. Inisiatif ini diyakini mampu meningkatkan kualiti bekalan air bersih dan memberikan manfaat langsung kepada para penduduk. π§β¨
Menariknya, ini merupakan penggantian tangki air pertama bagi tiga blok perumahan tersebut sejak ia dibangunkan 30 tahun lalu β satu penambahbaikan penting demi keselesaan komuniti setempat.
Turut hadir Encik Kuek Poh Guan, wakil Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan pihak kontraktor.
13/10/2025
SESI TAKLIMAT BAGI KERJA-KERJA MENGGANTIKAN TANGKI AIR FLAT TAMAN MULIA
KUALA LUMPUR 9 Okt - Telah berlangsung satu sesi Taklimat oleh Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bersama kontraktor di Dewan Flat Taman Mulia pagi ini.
Taklimat ini berkaitan projek penggantian tangki air di tiga blok kediaman ini yang sudah rosak dan uzur.
Hadir sama Pengerusi Persatuan Penduduk, Haji Mohamad Shaari Kidam; Pengerusi MC, Mohd Azlan Zolkapli dan Setiausaha MC, Abdul Manan Abdul Rahim.
Projek ini dijangka akan dimulakan hujung tahun ini. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan demi kebaikan dan kesejahteraan penduduk-penduduk.