23/07/2023
اِنَّالِلَّهِ وَاِنَّآإِلَيْهِ رَٰجِعُوْنَ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Bersama kita Doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang² yang beriman.
Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga Almarhum Dato’ Seri Salahuddin Bin Ayub
Jenazah akan disolatkan di Masjid Al-Badar, Jalan Langgar pada jam 12.00am (Malam Ini)
08/02/2023
"Gerakan yang berada dalam gabungan PN secara praktikal sebenar lebih ‘ekstrem’ satu ketika dahulu berbanding DAP.." - Ahmad Awang
Baca selanjutnya di;
https://harapandaily.com/pas-hanya-tunggang-isu-islam-terancam-33-bulan-tadbir-tak-buat-apa-pun-ulama/
Sila ikuti semua saluran media sosial rasmi kami;
https://linktr.ee/harapandaily
08/02/2023
“Untuk tempoh ini, 18,000 buah tandas awam di seluruh negara akan bertaraf BMW. Ia akan dibersihkan, menawan dan wangi selaras dengan dasar KPKT." - Nga Kor Ming 倪可敏
Baca selanjutnya di;
https://harapandaily.com/awas-lesen-kedai-makan-tidak-akan-disambung-kalau-tandas-kotor/
Sila ikuti semua saluran media sosial rasmi kami;
https://linktr.ee/harapandaily
08/02/2023
Ahli Dewan Negeri Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze 黄美诗 berkata menerusi insiatif ‘sumbangan kasih daripada Subang kepada Turkiye’ orang ramai boleh menghulurkan sumbangan di dua masjid sekitar Subang Jaya.
“Penghantaran sumbangan boleh dibuat di Masjid Al-Falah USJ 9 dan Masjid Al-Irsyad USJ 1 bermula hari ini hingga 15 Februari dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
“Kita tekankan baju sejuk dan selimut kerana ada yang ingin menyumbang tetapi tidak bersesuaian seperti baju lengan pendek.
“Inisiatif ini adalah usaha bersama pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya dan dua masjid berkenaan,” katanya.
Katanya, pihaknya juga bekerjasama dengan syarikat penerbangan Turkish Airlines untuk urusan penghantaran sumbangan ke Turkiye yang dijangka pada 11 dan 16 Februari.
08/02/2023
Pengarah urusan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) berkata penggunaan aplikasi tanpa tunai itu membabitkan 2.18 juta transaksi setakat 31 Disember lalu.
“Jumlah penggunaan aplikasi ini bertambah dari semasa ke semasa. Kita terus mempergiatkan promosi supaya lebih ramai rakyat Selangor memuat turun dan menggunakannya,” kata Ahmad Akmal Hamzah ketika dihubungi.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan memperkenalkan modul pembayaran cukai tanah dan petak sebagai fungsi tambahan dalam aplikasi tersebut.
“Untuk penambahbaikan, kita akan lancarkan modul pembayaran oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS). Di pihak SSDU kita sudah bersedia, cuma menunggu pengumuman PTGS bila ia boleh mula digunakan,” katanya.
05/01/2023
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesyuarat kabinet memutuskan tanpa ragu bahawa masalah kesihatan rakyat adalah hal paling utama dan ia tidak boleh diatasi atas alasan pelancongan atau ekonomi.
Sila ikuti semua saluran media sosial rasmi Harapandaily;
https://linktr.ee/harapandaily
24/12/2022
Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Pulau Pinang memartabatkan pendidikan Islam. Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini menyampaikan inisiatif Bantuan Sekolah Agama Rakyat (SAR) berjumlah RM3,170,138 kepada 333 institusi pendidikan Islam.