Parti Keadilan Rakyat - Shah Alam

Parti Keadilan Rakyat - Shah Alam

Share

Laman rasmi Parti Keadilan Rakyat Cabang Shah Alam

08/05/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat YB Tuan Najwan Halimi, Ketua Cabang KEADILAN Shah Alam merangkap Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor.

Seluruh warga Keadilan Cabang Shah Alam mendoakan agar YB dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang afiyat, serta diberkati segala urusan dunia dan akhirat. Semoga Allah SWT terus memberikan kekuatan dan hikmah kepada YB untuk terus menabur bakti demi kecemerlangan rakyat, khususnya di Shah Alam dan negeri Selangor amnya.

Barakallah Fii Umrik, YB!

16/04/2026

JANGAN TERLEPAS! KEMASKINI STATUS KEANGGOTAAN ANDA SEKARANG πŸ—£οΈ

KEADILAN Cabang Shah Alam menyeru semua anggota untuk segera menyemak status yuran melalui aplikasi ADIL. Pembayaran yuran tahun 2026 adalah penting bagi membolehkan anda memiliki kad digital dan menghadiri MATC 2026.

Mudah sahaja, semuanya di hujung jari melalui bahagian 'Profil' dalam aplikasi.

Muat turun aplikasi ADIL di App Store dan Google Play Store.

Mari kita perkuatkan barisan keanggotaan kita!

Photos from Parti Keadilan Rakyat - Shah Alam's post 10/04/2026

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN WANITA KEADILAN CABANG SHAH ALAM BAGI TAHUN 2026

Tarikh: 19 April 2026 (Ahad)

Masa: 9.00 pagi

Tempat: Pejabat KEADILAN Cabang Shah Alam, G-08, Blok 2, TTDI Adina, Jalan Judo 13/45, Seksyen 13 Shah Alam

Semua anggota Wanita KEADILAN Cabang Shah Alam dijemput hadir!

Photos from Parti Keadilan Rakyat - Shah Alam's post 06/04/2026

MISI KEMANUSIAAN: MALAYSIA KE GAZA MELALUI GLOBAL SUMUD FLOTILLA 2.0 πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ

Didoakan Misi Bantuan Kecemasan ke Gaza yang diterajui oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, selaku Ketua Delegasi bagi pihak Perdana Menteri Malaysia dipermudahkan dan bantuan sampai terus kepada saudara kita di Gaza yang sangat memerlukan 🀲

Misi ini bukan sekadar penghantaran bantuan, tetapi simbol Solidariti Tegas Malaysia menentang kepungan rejim Zionis.

"Dari Sungai ke Segara, Palestin Akan Merdeka!"

04/04/2026

Selamat Ulang Tahun ke-27 Parti Keadilan Rakyat!

KEADILAN Cabang Shah Alam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas perjuangan berterusan parti dalam menegakkan keadilan, reformasi dan suara rakyat sejak tahun 1999.

27 tahun bukan sekadar angka, tetapi lambang ketabahan, pengorbanan dan komitmen dalam membina sebuah Malaysia yang lebih adil dan inklusif.

Semoga KEADILAN terus utuh, progresif dan menjadi harapan rakyat untuk masa depan yang lebih gemilang.

Reformasi! ✊

Photos from Parti Keadilan Rakyat - Shah Alam's post 04/04/2026

Krisis tenaga global bukan lagi isu jauhβ€”ia sedang memberi kesan kepada Malaysia βš‘πŸ‡²πŸ‡Ύ

Konflik di Asia Barat menjejaskan rantaian bekalan tenaga dunia.

Apa langkah terbaik untuk kita hadapi situasi ini? Infografik ini menjelaskan tindakan Kerajaan Madani Malaysia di bawah kepimpinan PMX menghadapi saat genting kini.

Photos from Parti Keadilan Rakyat - Shah Alam's post 03/04/2026

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG SHAH ALAM BAGI TAHUN 2026

Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Camellia Hall, Canopy Club, Setia Ecopark, Setia Alam

31/03/2026

Tahniah dan Syabas! πŸŽ“

KEADILAN Cabang Shah Alam merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar atas pencapaian dalam peperiksaan SPM 2025 yang diumumkan hari ini.

Segala usaha, air mata, dan doa anda selama ini telah membuahkan hasil. Ingatlah, keputusan ini adalah kunci untuk membuka pintu masa depan yang lebih gemilang. Bagi yang cemerlang, teruskan momentum ini. Bagi yang belum mencapai sasaran, perjalanan anda masih jauh dan luas. Jangan sesekali berputus asa!

Ikhlas daripada,
KEADILAN Cabang Shah Alam

31/03/2026

Jemput hadir ke Majlis Santunan Aidil Fitri DUN Kota Anggerik.

Sukacita saya menjemput anda ke Majlis Santunan Aidilfitri DUN Kota Anggerik.

Tarikh: 4 April 2026 (Sabtu)

Masa: 11.00 pagi – 2.00 petang

Tempat: Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam

Jumpa anda Sabtu ini!

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri πŸŒ™βœ¨

Di kesempatan yang mulia ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026/1447H. Semoga Syawal membawa sinar kebahagiaan, keberkatan dan mempereratkan silaturahim sesama kita.

Ampun maaf dipohon, zahir dan batin 🀍
Semoga segala kekhilafan dimaafkan dan kita semua dikurniakan ketenangan serta kesejahteraan.

Ikhlas daripada,
KEADILAN Cabang Shah Alam

Photos from Parti Keadilan Rakyat - Shah Alam's post 19/03/2026

Pada 17 Mac 2026 telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa KEADILAN Cabang Shah Alam di Dewan Kiambang Seksyen 7.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran anggota-anggota KEADILAN sekitar Shah Alam yang terdiri daripada akar umbi di peringkat Ranting yang telah banyak menyumbangkan masa dan tenaga untuk parti.

Ketua KEADILAN Cabang Shah Alam, YB Najwan Halimi juga dalam ucapan beliau menekankan bahawa KEADILAN Cabang Shah Alam haruslah bersatu hati dan menjadikan bulan Ramadan ini tempat permulaan untuk mengenepikan segala sengketa, serta memperkukuhkan kerjasama sesama kita untuk menumpukan kekuatan parti demi menghadapi Pilihanraya yang akan datang.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


301, Lorong Selangor, Taman Melawati
Kuala Lumpur
53100