25/09/2026
β¨KURSUS PEMANTAPAN KEMAHIRAN JAWI DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM BAGI AGENSI-AGENSI KERAJAAN NEGERI JOHOR SIRI 2 TAHUN 2026β¨
Alhamdulillah! Selesai sudah Kursus Kemahiran Jawi yang berlangsung di Tanjong Puteri Golf Resortπ¨
Kursus yang dibahagikan kepada 2 kumpulan
ποΈ22-23 September 2026 Kumpulan 1
ποΈ23-24 September 2026 Kumpulan 2
Para peserta telah mendapat bimbingan pakar daripada penceramah yang juga merupakan Munsyi Dewan Jawi :
1οΈβ£ Ustaz Noor Syahreer Bin Hadi Munir
2οΈβ£ Ustazah Mila Karmila Binti Mat Satar
Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua penceramah atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat, terutamanya dalam memantapkan lagi
β
Kaedah Pemahaman Jawi
β
Sistem Ejaan Jawi Terkini
Bukan sahaja kemahiran tulisan warisan kita semakin mantap, malah ukhuwah dan jalinan kerjasama antara agensi juga semakin erat.
Semoga segala pengisian Program ini dapat memperkasa dan memelihara warisan tulisan Jawi, khususnya dalam kalangan penjawat awam di koridor pentadbiran Negeri Johor.Semoga ilmu yang diperoleh ini pastinya akan diaplikasikan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan demi memartabatkan identiti negeri. Syabas kepada semua yang hadir! πͺππ
Foto oleh: MFBR