“Kuasa Udara, Perisai Negara"
Video Wawancara Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM di program Selamat Pagi Malaysia sempena Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia Ke-68.
Kredit: Selamat Pagi Malaysia (Nadi Seri Pagi)
Tentera Udara Diraja Malaysia
Halaman ini adalah laman rasmi TUDM yang memaparkan info-info semasa, berita dari markas/pangkalan Air Commodore A.V.R.
Sejarah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bermula apabila Ordinan Tentera Udara diluluskan oleh Parlimen pada hari Isnin, 2 Jun 1958 dan semasa ditubuhkan ia dikenali sebagai “Tentera Udara Diraja Persekutuan“. Johnstone seorang pegawai Tentera Udara Diraja British (RAF) telah dipinjamkan untuk menjadi penasihat kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya telah dilantik menjadi Ket
03/06/2026
Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menghadiri wawancara program Selamat Pagi Malaysia sempena Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia Ke-68.
Wawancara ini juga memberi peluang kepada Panglima Tentera Udara berkongsi mengenai peranan, pencapaian serta hala tuju Tentera Udara Diraja Malaysia dalam memperkukuh pertahanan udara negara berteraskan tema “Kuasa Udara, Perisai Negara.”
03/06/2026
𝐊𝐃𝐏𝐌 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐄𝐋𝐈𝐊𝐎𝐏𝐓𝐄𝐑 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟔𝟕(𝐀)/𝟐𝟔
ALOR SETAR, 2 Jun 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia (KDPM) Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Pembukaan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67(A)/26 di Dewan Aeroangkasa, Kolej Tentera Udara (KTU), hari ini.
Keberangkatan baginda disambut oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Muhammad Tarminzi Haji Mustapha TUDM; Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Mejar Jeneral Dato’ Mohd Zahari Dato’ Haji Yahya TUDM serta barisan Pegawai Eksekutif KTU.
Pada majlis tersebut, Panglima Tentera Udara telah menyembahkan simbolik peralatan kursus, iaitu Bondome dan Buku Log Penerbangan kepada KDPM Tengku Mahkota Pahang, sebagai tanda bermulanya kursus tersebut.
Sebagai institusi yang mengendalikan kursus ini, Institut Penerbangan 2 (INSPEN 2) mempunyai rekod cemerlang apabila berjaya melahirkan seramai 331 juruterbang pelbagai perkhidmatan (sejak 1989) dan 504 Kuartermaster Udara (sejak 2004) sehingga tahun 2025, sekali gus mencerminkan sumbangan strategik institusi ini dalam memperkukuh keupayaan pertahanan negara.
02/06/2026
Saksikan temu bual bersama Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dalam program Selamat Pagi Malaysia (SPM) sempena Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia Ke-68.
Ikuti perkongsian mengenai peranan, pencapaian serta hala tuju Tentera Udara Diraja Malaysia dalam memperkukuh pertahanan udara negara berteraskan tema “Kuasa Udara, Perisai Negara.”
🗓 3 Jun 2026 (Rabu)
⏰ 9.10 pagi
Siaran secara langsung menerusi:
📺 TV1
📱 RTMKlik
📺 MYTV Broadcasting
🌐 Facebook Selamat Pagi Malaysia (Nadi Seri Pagi)
02/06/2026
01/06/2026
𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐉𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐊𝐃𝐘𝐌𝐌 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔
Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM serta seluruh warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman dan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail atas pengurniaan Darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N) yang membawa gelaran “Tan Sri”, serta kepada Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang turut membawa gelaran “Tan Sri”.
Dalam majlis yang sama, warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut menerima pengiktirafan atas jasa dan sumbangan cemerlang kepada negara. Juruiring Tentera Udara KDYMM Sultan Ibrahim, Brigedier Jeneral Datuk Amrul bin Yacob TUDM telah dikurniakan Darjah Panglima Setia Diraja (P.S.D.) yang membawa gelaran “Datuk”, manakala Ketua Inspektor Biro Siasatan Kemalangan Udara, Kementerian Pengangkutan, Brigedier Jeneral Tan Chee Kee TUDM telah dikurniakan Johan Setia Mahkota (J.S.M.).
Selain itu, empat anggota TUDM turut menerima Pingat Pangkuan Negara (P.P.N.), iaitu PW U I Razmadi bin Abdul Rahman dari Cawangan Kejuruteraan PU Kuantan; PW U I Asarari bin Barili dari Cawangan Bomba PU Labuan; PW U I Mohd Khlib @ Khalib bin Wahab dari PW Pangkalan PU Gong Kedak dan PW U II Mohd Taufik bin Rohman @ Rahman dari Skuadron PU Subang.
Penganugerahan darjah kebesaran dan pingat tersebut telah disempurnakan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bertempat di Istana Negara.
01/06/2026
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐉𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍, 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔
KUALA LUMPUR, 1 Jun 2026 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan kepada 161 penerima sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda bagi tahun 2026, hari ini.
Istiadat bersejarah pada hari ini menyaksikan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri. Turut hadir adalah isteri Panglima Tentera Udara, Puan Sri Datin Sri Hajah Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor.
𝐏𝐞𝐫𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐧𝐠𝐥𝐢𝐦𝐚 𝐓𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐔𝐝𝐚𝐫𝐚, 𝐉𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐓𝐚𝐧 𝐒𝐫𝐢 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐒𝐫𝐢 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐍𝐨𝐫𝐚𝐳𝐥𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐫𝐢𝐬 𝐓𝐔𝐃𝐌 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐓𝐔𝐃𝐌 𝐊𝐞-𝟔𝟖.
𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐔𝐝𝐚𝐫𝐚, 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐬𝐚𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
𝐒𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐢 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐑𝐚𝐲𝐚
#𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚𝐔𝐝𝐚𝐫𝐚𝐏𝐞𝐫𝐢𝐬𝐚𝐢𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
#𝐇𝐔𝐓𝐓𝐔𝐃𝐌𝟔𝟖
#𝐓𝐔𝐃𝐌
#𝐑𝐌𝐀𝐅
01/06/2026
Sekalung tahniah diucapkan kepada Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, Panglima Tentera Udara di atas penganugerahan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Jalan Padang Tembak
Kuala Lumpur
50634
