09/06/2025
Program Ibadah Qurban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1446H/2025 telah diadakan di Segambut pada 8 Jun 2025 bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.
Program anjuran bersama Puscom Malaysia dan GM2020 menumbangkan empat ekor lembu dengan agihan kepada lebih 200 keluarga adnaf yang layak.
Terima kasih kepada keluarga besar Puscom Malaysia dan GM2020 atas kebersamaan bergotong royong menjayakan program ibadah qurban ini berjalan dengan baik dan jayanya.
26/07/2021
Nak membantu tak payah pergi jauh-jauh. Tak perlu bergaduh sesama sendiri. Dekat negara ni ada golongan manusia yang tidak dapat perhatian kerana mereka bukan warganegara. Mereka seolah-olah tidak wujud. Tapi mereka ada keluarga. Ada anak dan isteri di sini. Jika tidak pun tekak dan perut mereka sendiri perlu diisi.
Mari bersama bantu mereka. Rata-rata mereka seagama kita. Walau ada yang bukan sebangsa. Namun mereka diciptakan tuhan yang sama. Mari pikul tanggungjawab bersama membantu apa yang ada di depan mata. Mereka di negara ini tidak menjadi perhatian dunia.
Mereka kerja mencari sesuap nasi dengan bergaji hari. Namun kini hampir dua tahun mereka hilang punca. Maka mereka menyepi mendiamkan diri kerana khuatir terhadap undang-undang. Sedangkan mereka tiada langsung jalan untuk berikhtiar mencari makan.
Jom bantu mereka. Mari kumpulkan bakul makanan buat mereka. Keperlua 100 bakul diperlukan buat bantu mereka. Hulurkan walau seorang sedikit bagi menyempurnakan tanggungjawab kita bersama.
Bank in / transfer ke akaun :
PERTUBUHAN KEBAJIKAN MASYARAKAT AWAM MALAYSIA
No. Akaun : 105380002050
Nama Bank : Affin Bank Berhad
Reference : Tabung Bukan Warganegara
10/07/2021
TERIMA KASIH PENDERMA - TABUNG PKPD BUKAN WARGANEGARA BERJAYA BANTU 40 KELUARGA DAN DITERUSKAN UNTUK 100 KELUARGA LAIN.
Bersyukur kepada tuhan yang esa atas limpahan kasihNYA dan rahmatNYA serta terima kasih tidak terhingga kepada para penderma yang amat baik hati tanpa disangka dalam masa dua hari kutipan untuk bantu keluarga bukan warganegara dapat sambutan rakan dan sahabat Facebook. Puscom berjaya kumpul sebanyak RM3,215 dan dengan itu 40 keluarga berjaya terima sumbangan barang makanan. Ini satu permulaan yang amat baik dan sangat tidak disangka.
Ia mampu beri sinar kegembiraan wajah penerima. Malah ramai yang mengeluarkan perkataan 'bersyukur ya Allah' tatkala mengambil bungkusan barang makanan sumbangan anda semua. Ini semua amal jariah kalian dan pihak kami hanya menyampaikan kepada yang berhak. Sumbangan kalian membuatkan ramai menitis air mata dan ada yang mengukir senyuman setelah beberapa lama tidak mampu mempamerkan kegembiraan.
Terima kaseh rakan daripada Puscommalaysia - Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Awam Malaysia yang bertungkus lumus turun padang bersusah payah mengedarkan bekalan makanan untuk keluarga kurang bernasib baik ini. Keluarga-keluarga ini hilang punca pendapatan akibat kesan pandemik dan mereka bergantung hidup dengan gaji harian sebelum ini. Terima kaseh juga kepada Ahli Parlimen Segambut Y.B Hannah Yeoh atas sumbangan beras 5kg sebanyak 35 beg.
Disebabkan program pertama ini berjaya. Puscom tetap bercadang teruskan Program Bantu Keluarga Bukan Warganegara Fasa 2 memandangkan terdapat ramai lagi keluarga ini yang belum terima apa-apa bantuan tampil sewaktu rakan mereka terima sumbangan. Ini amat menghibakan hati apabila melihatnya.
Ayuh rakyat Malaysia bersama beramai-ramai kita jayakan usaha ini. Nilai walau pun sumbangan RM5/RM10/RM20/RM30/RM50/RM100 atau berapa sahaja termampu bukan ukuran. Jom kita teruskan usaha mengisi perut mereka walau menderma seorang sedikit. Bank in atau transfer ke :
Nama Akaun : PERTUBUHAN KEBAJIKAN MASYARAKAT AWAM MALAYSIA
No.Akaun : 105380002050
Nama Bank : : Affin Bank Berhad
Reference : 'Bantuan PKPD'
Mohon Whatsapp ke www.wasap.my/+60166345464 untuk kemaskini sumbangan bersama atau tampal di ruangan komen.
JOM KITA KUMPULKAN LAGI RAMAI-RAMAI SEORANG SEDIKIT
07/07/2021
[ KELUARGA TERPINGGIR PERLU BANTUAN UNTUK MENERUSKAN HIDUP ]
Satu golongan yang sering tersasar dan dilupakan ketika keghairahan kita membantu ialah kumpulan bukan warganegara bertaraf Penduduk Tetap, Pemegang Kad Pengenalan Sementara. Pemegang Permit dan ketiadaan dokumen pengenalan diri kekal.
Mereka juga nyawa. Ada keluarga. Ada anak isteri dan tahu lapar. Namun golongan ini sering ketinggalan dalam menerima bantuan hanya kerana status mereka. Sedangkan mereka juga bernyawa. Perlu hidup dan dalam kesusahan.
Keperihatinan kita semua mampu menghentikan air mata. Jom hulur tangan !
Rujuk post :
https://www.facebook.com/825148234236632/posts/4131275233623899/?d=n
07/07/2021
Di Segambut Kuala Lumpur ada penduduk yang berstatus penduduk tetap dan sementara. Mereka terkesan dengan pandemik. Kerja harian mereka terganggu. Maka tiadalah pendapatan mereka untuk sekian lama. Mereka sering tertinggal daripada menerima kebanyakan bantuan yang diperolehi oleh warganegara. Raya Haji juga kian menjelma.
Siapa yang sudi bantu mereka?
Puscom cadang nak bekalkan mereka bantuan untuk 35 keluarga penduduk tetap. Berikut adalah senarai barangan dapur dan anggaran harga yang boleh diberi kepada mereka bagi meringankan beban mereka bukan sahaja PKPD ini tetapi sempena Hari Raya Aidiladha :
1. Beras 10kg - RM23.00
2. Telur 1 Papan - RM8.50
3. Minyak Paket 1kg - RM2.50
4. Gula 1kg - RM2.50
5. Tepung Gandum 1 Paket - RM2.50
6. Mee Hoon 1 bungkus - RM2.50
7. Sardin 3 tin - RM13.50
8. Maggie Kari 6 pcs - RM4.50
9. Susu Pekat 2 tin - RM4.00
10. Biskut Lemak 2 bungkus - RM8.00
11. Serbuk Teh 1 bungkus 250gm - RM7.40
Total Kos anggaran sekeluarga = RM79.00
Total kos anggaran 35 keluarga = RM2,765.00
Rakan taulan yang mahu sama-sama membantu adalah dipelawa seikhlas hati untuk membantu seorang sedikit. Puscom perlukan 35 penyumbang yang mana seorang beri RM80.00 untuk perbelanjaan sebuah keluarga.
Mana-mana individu juga boleh membuat sumbangan seikhlas hati semampu yang boleh. Bank in atau transfer ke akaun khas untuk projek ini :
Nama Akaun : PERTUBUHAN KEBAJIKAN MASYARAKAT AWAM MALAYSIA
No. Akaun : 105380002050
Nama Bank : Affin Bank Berhad
Reference : Tabung PKPD
Mohon whatsapp slip transfer atau slip bank in ke www.wasap.my/+60166345464 atau tepek di komen untuk tujuan update jumlah terkini sumbangan.
Jom kita bantu mereka yang tiada tempat di Malaysia ini. Mereka juga nyawa. Ada anak ada keluarga. Mereka juga berhak hidup!
Foto : Penerima Bantuan PKP tahun lepas yang turut disumbangkan oleh Ikhlas Dot Com
14/04/2021
Tahun ini semoga dapat bersama sekali lagi menghulurkan bantuan Ramadan kepada yang memerlukan seperti tahun-tahun lalu.
Penyertaan semua penentu kejayaan Infaq Ramadan!
05/04/2021
Insiden curahan minyak di atas jalan dan lebuh raya kini semakin menjadi-jadi. Sindiket 'CARI MAKAN' dengan cara mempertaruhkan nyawa orang lain ini amat kejam dan tidak boleh dibiar berterusan.
Saban tahun ratusan pemandu dan penumpang kenderaan dilaporkan mati akibat kemalangan melibatkan jalan licin curahan minyak di permukaan.
Satu langkah drastik dan tegas perlu di ambil segera menyekat kemalangan ciptaan pencari makan jalan raya ini berleluasa. Akibat daripada sifat kesialan begini ramai anak menjadi yatim piatu dan institusi kekeluargaan musnah sama sekali.
Pelaku begini perlu dijejak. Lebuh raya yang mengutip tol perlu membelanjakan wang ringgit hasil kerahan keringat pemilik kenderaan dengan mempergiatkan lagi pemasangan CCTV bagi mengesan dan melihat pelaku bertaraf iblis yang menyebabkan ramai mangsa kemalangan terancang ini mati terbunuh.
Pelaku ini jika dapat dikesan dan didakwa harus dihukum sebatan malah jika melibatkan kematian nyawa. Hukuman gantung harus dilaksanakan kepada pelaku zalim begini. Ini kerana perbuatan mencurah minyak di atas jalan raya menyebabkan kehilangan banyak nyawa boleh ditakrifkan sebagai sengaja menyebabkan kematian dan istilah lainnya membunuh untuk meraih keuntungan.
Apakah perasaan mereka ini yang mencipta keuntungan daripada kematian nyawa orang lain lalu diberikan kepada anak isteri makan hasil perbuatan hina dan keji ini?
Foto di bawah menunjukkan salah satu kes kemalangan beberapa buah kenderaan akibat permukaan lebuh raya yang licin kerana minyak yang ditaburkan. Lokasi adalah di Lebuhraya Karak.
15/03/2021
Punca kemalangan...
-Stiker Cermin Belakang
-Stiker Penuh Di Body
-Cermin gelap
-No plat kecik
-Tayar t'keluar pd fander
-Exzos bising(NLK,OPBR,PAIPON)
-Ubah suai kenderaan