UMNO

UMNO

Share

UMNO Dulu Kini dan Selamanya

01/05/2022

Semua boleh balik ke kampung.

Ada yang dapat bonus dan duit raya. KWSP pun dah terima.

Menyambut ketibaan bulan Syawal dan Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan yang cukup berbeza tahun ini.

Photos from UMNO's post 15/04/2022

Tiap kali balik ke Pekan, saya cuba jumpa seramai mungkin, bantu seberapa banyak yang boleh.

Berikan saya peluang juga untuk mendengar dan melihat sendiri isu-isu yang dihadapi.

Semua boleh beritahu dan bercakap dengan saya terus.

Walaupun saya ada team Parlimen yang bertugas setiap masa di sini.

Ini style saya. Sejak saya mula masuk politik lagi.

Hari ini bertemu warga Felda dan juga meraikan anak-anak yatim dengan sedikit sumbangan dan juadah berbuka puasa.

Semoga anak-anak semua membesar baik-baik, rajin belajar dan cemerlang dalam hidup. -Bossku

15/04/2022

Hari ni Bossku di Bazar Ramadan Bandar Chini p**a.

12/04/2022

Dalam perbicaraan hari ini, Tan Sri Bakke berkata perletakkan jawatan beliau sebagai Pengerusi 1MDB adalah kerana mengesyaki DS Najib Razak terlibat dalam perjanjian palsu antara 1MDB dan Petro Saudi International (PSI) pada 2009.

Kata Bakke, DS Najib minta beliau pertimbangankan keputusan bersama BOD 1MDB bagi mempercepatkan perjanjian kerjasama antara 1MDB-PSI dalam satu panggilan telefon sebelum mesyuarat 26 September 2009.

Selepas perjanjian ini dimuktamadkan, bermulah perancangan Jho Low, Pengarah PSI, Patrick Mahony dan CEO PSI Tarek Obaid Tarek untuk menyelewengkan USD1 bilion duit 1MDB.

Hasilnya, USD700 juta dari pelaburan USD1 bilion ini telah diselewengkan ke Good Star Ltd milik Jho Low.

Disebabkan itu, Bakke mengesyaki DS Najib terlibat setelah SMS beliau tentang hal ini tidak dibalas Najib. Bakke seterusnya mengambil keputusan meletak jawatan 19 October 2009.

Kata kuncinya disini, panggilan telefon DS Najib yang diberi oleh Jho Low kepada Bakke sebelum mesyuarat dan juga SMS kepada Najib.

TS Shafee pertikai panggilan telefon yang dianggap "rushing from DS Najib" oleh Bakke ni tidak dinyatakan dalam minit mesyuarat 1MDB pada 26 September 2009.

Lebih menarik, kehadiran dan penglibatan Jho Low dalam mesyuarat itu turut "dihilangkan" dalam minit mesyuarat.

Sudah pasti kalau DS Najib yang mempengaruhi keputusan BOD mengenai perjanjian ini, Bakke akan bentangkan dalam mesyuarat. Peliknya, ia tidak dinyatakan langsung dalam minit.

Maka, kalau ikut minit tersebut, BOD lah yang buat keputusan mengenai JV 1MDB dan PSI. Bukan DS Najib.

Soal TS Shafee lagi, kenapa Bakee tak jumpa saja DS Najib pasal USD700 juta yang diselewengkan ke Goodstar. Kenapa hanya guna SMS?

Sedangkan kata TS Shafee, masa Bakke di FGV sebagai CEO tiada masalah p**a untuk Bakke berjumpa Najib 2 minggu sekali.

Bila ditanya, adakah Najib dapat SMS tersebut dan membacanya, Bakke jawab tak pasti sebab SMS bukan macam whatsapp ada bluetick.

Nampak Bakke seolah olah meletakkan kesalahan keatas Najib berdasarkan syak wasangka beliau sahaja.

Ini berbeza dengan kenyataan serorang lagi saksi, Tan Sri Ismee yang bersetuju dengan TS Shafee bahawa Shahrol Azral, CEO 1MBD mengelirukan BOD mengenai transaksi USD700 juta ke Goodstar milik Jho Low yang sepatutnya ke akaun 1MDB-PSI.

Ismee bersetuju DS Najib tidak tahu mengenai penyelewengan ini kerana terdapat bukti email dari Pengarah PSI, Patrick Mahony kepada CEO PSI Tarek Obaid Tarek dan Jho Low untuk menyelewengkan USD1 bilion duit 1MDB.

Mereka turut merancang untuk menipu DS Najib untuk songlap lagi USD500 juta duit 1MDB.

Boleh baca di post saya sebelum ini,

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218294899358087&id=1659340877

Kalau saya, saya lebih percaya cakap saksi berdasarkan bukti daripada kenyataan saksi tanpa bukti serta syak wasangka saja. Betul tak?

Rf Lias
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
12 April 2022

12/04/2022

Bossku Melawat Bazar Ramadan Kampung Baru

11/04/2022

MUHYIDDIN MAHU PERLINDUNGAN DIBERIKAN KEPADA PELOMPAT PARTI YANG TERKESAN DENGAN AKTA LOMPAT PARTI

Tadi dalam Dewan Rakyat, Presiden parti PPBM, Muhyiddin Yassin khuatir bahawa Akta Lompat Parti akan memberi tekanan kepada pelompat parti yang kononnya menjadi mangsa apabila mereka menyemak-imbang kepimpinan parti.

Ini berasaskan andaian senario di mana kononnya kepimpinan parti boleh mengambil tindakan memecat ahli-ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengan kepimpinan parti justeru ahli-ahli Parlimen ini akan dipaksa mengosongkan kerusi Parlimen mereka melalui akta tersebut.

Saya lihat Muhyiddin ini keliru tentang tujuan dan semangat akta lompat parti ini dibuat waima interpretasi bagi pelaksanaannya.

Akta ini dibuat untuk mengelakkan ketidakstabilan politik selepas pilihanraya akibat ahli-ahli Parlimen yang telah dipilih rakyat tiba-tiba menukar dan melompat parti, seperti yang telah dibuat oleh hampir semua ahli-ahli Parlimen PPBM yang telah menyebabkan krisis politik kini.

Jika mereka semak imbang parti dan kemudian dipecat dan selepas itu menukar parti, itu bukanlah melompat parti, sebab apabila mereka dipecat mereka bukan lagi ahli parti dan mereka bukan melompat tetapi ditolak keluar. Dan akta ini bukanlah akta gantung tidak bertali.

Yang menjadi isu ialah apabila mereka melompat parti, keluar dengan sendiri, atau mengkhianat parti dahulu. Dan oleh sebab itulah mereka dipecat, bukan sebaliknya.

Sebelum ini selepas PRU-14, ahli-ahli Parlimen yang telah melompat parti (kebanyakan mereka masuk PPBM) ini telah melompat bukan sebab mereka jadi mangsa semak-imbang parti mereka, tetapi sebab kepentingan politik diri mereka sendiri.

Ahli-ahli Parlimen yang telah melompat ini membuat keputusan tersebut secara sukarela (own volition), dan/atau atas pujukan parti lain terlebih dahulu, bukan kerana mereka dipaksa keluar oleh partinya yang sedia ada. Mereka mengkhianat dahulu sebelum dipecat, bukan sebaliknya.

Contohnya, semasa Langkah Sheraton, Azmin dan Zuraida telah dipecat dari PKR setelah mereka mengkhianat parti mereka (PKR/PH) apabila mereka menjatuhkan kerajaan PH mereka sendiri dengan menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dalam gabungan lain.

Sebelum itu, Hamzah Zainuddin bersama 14 lagi ahli Parlimen UMNO p**a telah dipecat dari parti setelah mereka menyatakan sokongan kepada PPBM dan melompat parti. Tidak ada sebab untuk UMNO pecat mereka ini jika mereka tidak terlebih dahulu khianat dan lompat parti.

Apabila melompat, mereka sering beri alasan bahawa mereka kononnya tidak bersetuju dengan halatuju parti dan kepimpinan parti dan kononnya sebab itu mereka "terpaksa" melompat parti.

Namun semasa mereka ingin dicalonkan dalam pilihanraya hanya beberapa bulan sebelum itu, dan apabila menggunakan jentera, dana, dan bendera parti untuk menang, mereka sanggup bersetuju dengan apa sahaja yang parti tentukan. Tetapi apabila sudah menang, lain p**a ceritanya. Inilah tabiat pengkhianat.

Walaupun demikian, sebab utama akta ini dibuat bukanlah untuk melindungi hak parti, tetapi ianya adalah untuk melindungi hak rakyat. Iaitu hak rakyat untuk mengekalkan wakil rakyat yang dipilih oleh mereka bersama parti yang dipilih dan diberi mandat untuk memerintah.

Hak rakyat di atas adalah lebih penting daripada hak individu ahli-ahli Parlimen untuk melompat parti atas alasan hak kebebasan untuk berpersatuan. Sebab rakyat mengundi mereka kerana didorong oleh faktor dan komitmen mereka untuk mentadbir bersama parti, bukan atas kapasiti mereka sebagai individu.

Dalam pilihanraya umum (PRU) mahupun pilihanraya negeri (PRN), rata-rata rakyat memilih faktor parti lebih daripada mereka memilih faktor calon. Sebab mereka tahu dalam PRU dan PRN, parti yang dipilih yang akan membentuk kerajaan.

Sebab itu di PRN Melaka dan PRN Johor baru-baru ini, Barisan Nasional telah menang dua-per-tiga majoriti, walaupun kebanyakan calon-calon yang ditampilkan adalah calon-calon muda yang tidak dikenali oleh pengundi.

Oleh sebab itu sumbangan parti dalam kemenangan sesuatu kerusi itu adalah jauh lebih besar dari sumbangan calon. Sebab itu juga jika calon yang sama bertanding bebas, kebarangkalian besar mereka akan tewas.

Saya percaya kebanyakan ahli-ahli Parlimen dalam parti Muhyiddin yang telah melompat parti sebelum ini tahu akan hal ini, tetapi kini mereka buat-buat tidak faham.

Mereka malu dan takut kerana kesempatan yang mereka telah ambil untuk kepentingan diri mereka sendiri dahulu akhirnya tiba ke penghujungan dan mereka perlu tanggung akibatnya apabila perlu berhadapan dengan rakyat semula.

Seperkara lagi, tadi ada ahli Parlimen PAS/PN dari Pasir Mas (YB Fadhil) kata yang kepersetujuan antara kerajaan dan PH dalam Akta Anti Lompat parti ini menunjukkan yang kestabilan boleh dicapai, oleh itu tidak perlu buat pilihanraya untuk capai kestabilan. Kita tahu dia dan rakan-rakannya dalam PN mahu tangguh pilihanraya sampai habis penggal tahun depan.

Saya ingat dia (Fadhil) ini pun sama ada keliru atau cuba pusing (spin) perkara ini seakan menegak benang yang basah seperti Muhyiddin juga.

Apa yang dia tidak kata ialah: Pertama, akta ini dibuat sebagai persediaan atau quasi pra-syarat sebelum pilihanraya. Lebih cepat akta ini dibuat, lebih segera pilihanraya boleh diadakan untuk mencapai kestabilan seperti yang rakyat mahukan. Akta ini dibuat bukan untuk menangguh pilihanraya, malah ia adalah sebaliknya.

Kedua, tentu sekali PH setuju dengan akta lompat parti ini sebab antara yang terkesan dahulu dengan ahli-ahli parlimen yang melompat parti ini adalah mereka (PH) sehingga kerajaan mereka sendiri telah jatuh akibat pelompat-pelompat parti ini.

Akhir sekali, kepada Tan Sri Muhyiddin, pengkhianat tidak perlu diberi perlindungan. Sebaliknya, mereka perlu bertanggungjawab ke atas tindakan mereka.

Dan, kita tidak perlu ikut kehendak segelintir ahli-ahli politik yang berjawatan kerajaan untuk tangguh pilihanraya dan memanjangkan jangkahayat jawatan mereka.

Lebih lama pilihanraya ditangguh, lebih lama politik tidak stabil, pelabur tidak masuk, dan rakyat tiada kerja.

Salam, dan selamat berbuka puasa.

ISHAM JALIL
11 April 2022

09/04/2022

Bossku Bersama peniaga dan pengunjung di Grand Bazaar Hang Tuah Mall

06/04/2022

DEBAT: ANWAR TUMPANG POPULARITI NAJIB
Oleh: Ariffaizal Mohd Nor Ariffin

Minggu ni agak sedikit hangat tentang cabaran Rafizi terhadap Najib untuk berdebat isu Sapura. Jawapan selamba Najib agar Rafizi membawa Anwar Ibrahim sekali dalam perdebatan tersebut. Sebenarnya Rafizi tidak setaraf Najib untuk diajak berdebat. Dengan adanya penyertaan Anwar maka ia menjadikan debat ini lebih menarik perhatian ramai lagi.

Matlamat debat ini bukanlah tentang pihak mana kalah atau menang. Kerana jika dilihat tajuk yang diberi, jelas kemenangan akan berpihak kepada Najib walau apapun hujah yang akan diberikan oleh Rafizi dan Anwar nanti. Apatah lagi dengan beberapa siri jawapan dan ulasan yang Najib berikan sebelum ini berkenaan masalah dan penyelesaian terhadap Sapura.

Kita juga menilai bahawa dengan mengadakan sesi berdebat seperti ini, ia akan menjadi satu isu sensasi yang membolehkan pop**ariti BOSSKU digunakan sebagai batu loncatan kepada pihak-pihak lain dalam meraih pop**ariti. Oleh itu, perdebatan ini juga sekadar satu usaha mencari peluang untuk dapatkan semula momentum sokongan dari ahli bawahan bagi hadapi PRU15 kelak.

Di antara salah satu strategi pemasaran, seseorang yang berjaya mencuri perhatian akan menjadi tumpuan ramai. Sama ada jualan itu laris atau tidak, ia tidak menjadi persoalan. Begitulah juga dengan strategi Rafizi ini. Pentaksub beliau akan menilai Rafizi seorang yang berani mencabar Najib dan layak diangkat sebagai pemimpin kerana berani bersuara. Soal fakta itu betul atau tidak, hanya sedikit sahaja pentaksub yang akan berfikir mengenainya.

Bagi Anwar p**a, ini juga adalah kesempatan terbaik buatnya. Iaitu peluang untuk kembali menonjolkan diri setelah wujud desas desus dalaman PKR yang mahukan pucuk kepemimpinan ditukar atau digantikan segera. Dan dikhabarkan juga, krisis ini jugalah di antara punca Rafizi kembali ke dunia politik.

Strategi pemasaran sebegini amat mudah dimengertikan, bahkan sebagai contohnya..

Sekiranya admin adalah seseorang yang menjual produk kesihatan atau kecantikan. Jika admin ingin segera dikenali ramai, sebagai CONTOH admin hanya sekadar “menyerang” Datuk Seri Vida. Pastinya akan ramai yang ingin tahu siapakah sebenarnya admin yang berani bertindak sedemikian.

Dengan serangan tersebut, maka pasti mampu menarik sokongan daripada golongan yang tidak menyukai Datuk Seri Vida. Secara tidak langsung bermakna admin telahpun mula dikenali ramai.

Admin tak kisahpun samada yang sokong admin itu taksub atau berniat lain. Paling penting ialah matlamat atau strategi pertama admin untuk lekas dikenali telahpun tercapai. Jadi admin hanya perlu untuk ke langkah seterusnya sahaja lagi.

Begitulah strategi cabaran Rafizi kepada Najib. Tetapi dalam dunia politik ini, pancing memancing itu adalah lumrah.

Tanpa disedari, dalam Rafizi begitu teruja memancing Najib untuk berdebat, akhirnya Najib berjaya memancing Anwar turut serta. Sudah pasti ramai yang pelik dan tertanya-tanya.

Kenapa Najib pelawa Anwar sekali?

Ahmad Zahid Fail Saman Fitnah Terhadap Muhyiddin 05/04/2022

Ahmad Zahid Fail Saman Fitnah Terhadap Muhyiddin

Ahmad Zahid Fail Saman Fitnah Terhadap Muhyiddin Ahmad Zahid Fail Saman Fitnah Terhadap Muhyiddin 5 APRIL : Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam memfa...

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Kuala Lumpur