Bank Negara Malaysia

Call Directions Website Contact the organization

Bank Negara Malaysia As Malaysia's Central Bank, we promote monetary & financial stability conducive to sustainable growth

20/10/2026

Kestabilan kewangan bukan bermaksud mengelak kejutan tetapi memastikan sistem kewangan mampu menangani kejutan.

Sistem kewangan yang berdaya tahan membantu memastikan isi rumah dan perniagaan dapat terus bergerak maju walaupun berdepan cabaran.

Tonton perbualan penuh di sini bnm.gov.my/sasanasymposium
__

Financial stability is not about avoiding shocks but it’s about being able to withstand them.

A resilient financial system helps ensure households and businesses can keep moving even when conditions are challenging.

Watch the full conversation here bnm.gov.my/sasanasymposium

Dalam menghadapi ekonomi global dengan persekitaran perdagangan yang semakin berubah dan tidak menentu, daya tahan kekal...
20/10/2026

Dalam menghadapi ekonomi global dengan persekitaran perdagangan yang semakin berubah dan tidak menentu, daya tahan kekal menjadi elemen penting untuk ekonomi kecil dan terbuka.

Di Istanbul Economic Forum baru-baru ini, Gabenor Rasheed membincangkan cara sesebuah ekonomi dapat memperkukuh daya tahan dengan mempelbagai sumber pertumbuhan, melaksanakan pembaharuan struktur serta mengekalkan persekitaran makroekonomi yang stabil.

Walaupun cabaran luaran terus ketara, perubahan dalam corak perdagangan dan rantaian bekalan turut mewujudkan peluang untuk meningkatkan produktiviti, memperkukuh keupayaan pengeluaran, serta menyokong pertumbuhan mampan dalam jangka panjang.

Bagi ekonomi seperti Malaysia, daya tahan bukan sekadar tentang mengharungi kejutan dan cabaran. Bahkan, daya tahan meletakkan negara pada kedudukan yang baik untuk merebut peluang masa hadapan.

Tonton perbincangan forum penuh melalui pautan ini: https://youtu.be/Fx1CC39rE1A
__

As the global economy navigates a more fragmented and uncertain trade environment, resilience remains essential for small open economies.

At the Istanbul Economic Forum, Governor Abdul Rasheed Ghaffour discussed how economies can strengthen resilience by diversifying sources of growth, advancing structural reforms and maintaining a stable macroeconomic environment.

While external challenges remain significant, changing trade and supply chain patterns also create opportunities to boost productivity, strengthen productive capacity, and support sustainable long-term growth.

For economies like Malaysia, resilience is not just about weathering shocks. It is about positioning for future opportunities.

Watch the full forum discussion through this link: https://youtu.be/Fx1CC39rE1A

Ooooo...som!!!   Apabila melibatkan penipuan perisian hasad (malware), jangan biarkan penipu menguasai permainan. Penipu...
16/10/2026

Ooooo...som!!!

Apabila melibatkan penipuan perisian hasad (malware), jangan biarkan penipu menguasai permainan.

Penipu boleh menyembunyikan perisian hasad dalam fail ZIP yang kelihatan seperti:
🏦 Dokumen perbankan
📄 Invois
👤 Seseorang yang anda kenali

Jangan biarkan satu klik mendedahkan peranti dan maklumat peribadi anda kepada risiko.
__

Ooooo…som!!!

When it comes to malware scams, don't let the scammers win the game.

Scammers often hide malware in ZIP files and disguise them as:
🏦 Bank documents
📄 Invoices
👤 Someone you know

Don't let one click compromise your device and personal information.

Langgan perkhidmatan makluman e-mel kami melalui pautan bnm.gov.my/subscribe untuk menerima perkembangan terkini yang di...
14/10/2026

Langgan perkhidmatan makluman e-mel kami melalui pautan bnm.gov.my/subscribe untuk menerima perkembangan terkini yang dihantar terus ke e-mel anda.
__

Subscribe to our email alert service via bnm.gov.my/subscribe to receive the latest updates directly in your inbox.

Ketegangan perdagangan dan perubahan rantaian bekalan sedang membentuk semula rangkaian pengeluaran global. Hubungan per...
13/10/2026

Ketegangan perdagangan dan perubahan rantaian bekalan sedang membentuk semula rangkaian pengeluaran global. Hubungan perdagangan Malaysia yang pelbagai serta peranan negara dalam ekosistem E&E telah membantu kita kekal berdaya tahan setakat ini.

Cabaran seterusnya adalah untuk menjadi pautan penting yang terus menjadi pilihan rantaian bekalan global.

Baca artikel penuh, Merungkai Rantaian Nilai Malaysia dalam Era Ketidaktentuan, menerusi bnm.gov.my/emr25b1


__

Trade tensions and shifting supply chains are reshaping global production networks. Malaysia's diversified trade links and role in the E&E ecosystem have helped us remain resilient thus far.

The next challenge is to become an indispensable link that global supply chains continue to rely on.

Read the full article, Disentangling Malaysia's Value Chains in the Age of Turbulence, at bnm.gov.my/emr25b1

Awas terhadap penipuan menggunakan teknologi "deepfake" dan penyamaran identiti! Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanj...
13/10/2026

Awas terhadap penipuan menggunakan teknologi "deepfake" dan penyamaran identiti!

Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak akan sekali-kali mempromosikan atau mengesyorkan skim pelaburan persendirian. Sentiasa sahkan maklumat melalui sumber rasmi sebelum membuat sebarang pelaburan.

Layari bnm.gov.my/sahkan untuk melihat contoh kandungan "deepfake" dan penyamaran identiti yang melibatkan BNM. Untuk maklumat lanjut, baca notis awam kami di bnm.gov.my/-/scamalert.
__

Beware of deepfakes and impersonation scams!

Bank Negara Malaysia (BNM) and Securities Commission Malaysia do not promote or recommend private investment schemes. Always verify information through official sources before you invest.

Head over to bnm.gov.my/verify for examples of deepfake content and impersonations related to BNM, and read our public notice at bnm.gov.my/-/scamalert for more information.

Berikut ialah mengenai inisiatif BNM dan industri kewangan daripada ucapan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri dan Ment...
09/10/2026

Berikut ialah mengenai inisiatif BNM dan industri kewangan daripada ucapan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Sila baca siaran akhbar kami melalui bnm.gov.my/-/belanjawan27
___

Here are some key initiatives by Bank Negara Malaysia and the financial industry annouced in the Belanjawan 2027 speech by the Prime Minister and Minister of Finance, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim today.

Read the full press release via bnm.gov.my/-/belanjawan27

Penipu sering menyamar sebagai pegawai bank, agensi penguatkuasaan undang-undang dan pegawai kerajaan untuk menimbulkan ...
09/10/2026

Penipu sering menyamar sebagai pegawai bank, agensi penguatkuasaan undang-undang dan pegawai kerajaan untuk menimbulkan ketakutan serta mendesak mangsa supaya bertindak dengan cepat.

Ketahui cara mengenal pasti tanda-tanda amaran yang biasa dikaitkan dengan panggilan scam sebelum terlambat.

Ingat: pihak berkuasa yang sah tidak akan menyambungkan panggilan anda antara agensi atau meminta maklumat perbankan dan OTP anda melalui telefon.

Jika anda rasa anda telah menjadi mangsa scam, hubungi bank anda dan NSRC melalui talian 997.
__

Scammers often impersonate banks, law enforcement agencies and government officials to create fear and pressure victims into acting quickly.

Learn how to identify common red flags that may indicate a scam call before it is too late.

Remember: legitimate authorities will not transfer your call between agencies or ask for your banking credentials and OTP over the phone.

If you think you have fallen victim to scam, call your bank and NSRC at 997.

08/10/2026

Alami kesukaran dengan institusi kewangan? Tapi tidak pasti apa langkah yang boleh diambil?

Sebagai pengguna kewangan, anda mempunyai hak. Bank Negara Malaysia memastikan perlindungan dan saluran bantuan tersedia supaya anda tidak perlu menghadapi kesukaran ini sendiri.

Ketahui langkah-langkah yang tepat dan jika isu anda masih belum diselesaikan, dapatkan bantuan melalui 🔗 bnmlink.bnm.gov.my

Seiring dengan risiko berkaitan iklim yang semakin ketara, sektor kewangan memainkan peranan penting dalam menyokong mas...
08/10/2026

Seiring dengan risiko berkaitan iklim yang semakin ketara, sektor kewangan memainkan peranan penting dalam menyokong masa depan yang lebih berdaya tahan dan mampan. Semasa majlis penutup Persidangan JC3 Journey to Zero 2026, Dato' Sri Abdul Rasheed Ghaffour, Gabenor Bank Negara Malaysia menekankan kepentingan untuk mempercepat usaha peralihan iklim melalui penggemblengan modal, sokongan terhadap inovasi dan kerjasama yang lebih kukuh. Beliau turut menegaskan keperluan institusi kewangan untuk mengambil kira risiko berkaitan alam semula jadi dalam pengurusan risiko dan proses membuat keputusan perniagaan.

Baca ucapan penuh di sini: bnm.gov.my/-/g-spch-jc326

__

As climate-related risks become increasingly evident, the financial sector has a critical role to play in supporting a resilient and sustainable future. During the closing ceremony of the JC3 Journey to Zero Conference 2026, Dato' Sri Abdul Rasheed Ghaffour, Governor of Bank Negara Malaysia, emphasised the importance of mobilising capital, supporting innovation, and strengthening collaboration to accelerate climate transition efforts. He also underscored the need for financial institutions to integrate nature-related risks into risk management and business decision-making.

Read the full special remarks here: bnm.gov.my/-/g-spch-jc326

Address

Jalan Dato' Onn
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601300885465

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bank Negara Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bank Negara Malaysia:

Share