PAS Lembah Pantai - P121

Directions Contact the organization

PAS Lembah Pantai - P121 Page Rasmi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Lembah Pantai (P121)

🏃🏻‍♀️💨 *LET’S RUN, BESTIE!*🫶🏻✨Bestie, weekend kali ni jangan scroll je! 👀Jom turun padang, gerakkan badan & create good ...
05/10/2026

🏃🏻‍♀️💨 *LET’S RUN, BESTIE!*🫶🏻✨

Bestie, weekend kali ni jangan scroll je! 👀
Jom turun padang, gerakkan badan & create good vibes bersama! 🌿☀️

✨ *FUN RUN PASTI LEMBAH PANTAI 2026* ✨

📅 14 November 2026 | Sabtu
⏰ 7.00 pagi
📍 IWK Eco Park, Kuala Lumpur
💰 RM50 / seorang

*ADA HARGA ISTIMEWA UNTUK KORANG YG BAWA GENG TAU🤩 Potongan RM5* bagi penyertaan 2 orang dan keatas!

Tak kisah nak lari laju, jog santai atau jalan sambil borak — yang penting kita enjoy sampai ke garisan penamat! 🏁💜

Dengan hanya RM50, bestie akan dapat:

👕 Baju Fun Run
🥇 Medal
🔢 Bib Number
📜 E-Sijil

🌿 Fresh air. Good vibes. Best company.
Ajak geng, ajak family, ajak bestie — kita jadikan Sabtu pagi ni satu memori yang best! 🫶🏻

🚨 SAVE THE DATE & DAFTAR SEKARANG!

Jangan sampai tengok story orang lain nanti sambil cakap…
“Eh, kenapa aku tak join?” 😭

📲 DAFTAR DI SINI OKIEE
https://forms.gle/yfgWVWLhoDKq6KiU6

LET’S RUN, BESTIE! 🏃🏻‍♀️💨
See you at the starting line! 🏁✨





Ziarah Syifa’Bersama YDP PAS Kawasan Lembah Pantai, LAr Haji Fauzi Abu Bakar serta barisan kepimpinan PAS Kawasan Lembah...
04/10/2026

Ziarah Syifa’

Bersama YDP PAS Kawasan Lembah Pantai, LAr Haji Fauzi Abu Bakar serta barisan kepimpinan PAS Kawasan Lembah Pantai, menziarahi Sdra Hafifi, mantan Pengarah PRU15 PAS Lembah Pantai, di kediaman beliau di Kg. Sungai Penchala, Segambut.

Beliau dijadualkan menjalani pembedahan pada hari Rabu ini bagi membuang kira-kira dua pertiga pankreas.

Sama-sama kita mendoakan agar segala urusan pembedahan beliau dipermudahkan, berjalan dengan lancar dan selamat, serta dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

Semoga Allah SWT mengangkat segala kesakitan dan mengurniakan kesembuhan yang sempurna. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

4 Oktober 2026

Jom anak-anak dan warga Lembah Pantai! 📣Yang tinggal berdekatan Kampung Limau, Pantai Ria, Pantai Permai, Blok 100, Sri ...
30/09/2026

Jom anak-anak dan warga Lembah Pantai! 📣
Yang tinggal berdekatan Kampung Limau, Pantai Ria, Pantai Permai, Blok 100, Sri Angkasa dan PPR Kerinchi, jom kita Solat Subuh berjemaah bersama-sama esok di Surau Ibadurrahman, Kg Limau, Lembah Pantai..

Sama-sama kita imarahkan Subuh berjemaah. Semoga dengan langkah kecil kita menuju rumah Allah, Allah menjaga kehidupan kita, memelihara amalan kita dan memberkati setiap urusan kita. 🤲

Insya-Allah, Datuk Muqharabbin Mokhtarrudin, Pendaki Everest dan Penjelajah Grand Slam Pertama Negara (orang Lembah Pantai) akan turut bersama dan ada sedikit duit belanja sekolah juga untuk adik-adik yang hadir.

Jadi, jangan lupa…

KITA JUMPA ESOK WAKTU SUBUH! 💪

Ajak kawan-kawan sekali. Kita penuhkan saf! ❤️

28/09/2026
🌿 ZIARAH ALMALAK | MEMPERKUKUH UKHUWAH, MENYUBURKAN PERJUANGAN 🌿Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT.Pada petang 27...
27/09/2026

🌿 ZIARAH ALMALAK | MEMPERKUKUH UKHUWAH, MENYUBURKAN PERJUANGAN 🌿

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT.

Pada petang 27 September 2026, telah berlangsung Program Ziarah Almalak bersama Puan Jamilah Omar, Ketua Muslimat Surau Arshadiah, Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Program ini turut disertai oleh Hajah Zainon, TKM Cawangan Kerinchi, bersama barisan kepimpinan Muslimat Lembah Pantai iaitu Puan Zaharah (TKM), Puan Siti Aishah (NKM), Cik Hafiza (SU) dan Puan Kholillah (PSU).

Ziarah ini bukan sekadar sebuah kunjungan, tetapi menjadi jambatan yang menghubungkan hati, mempererat silaturahim dan memperkukuhkan ukhuwah sesama Muslimat.

Dalam suasana penuh kemesraan, pelbagai perkara turut dikongsikan khususnya berkaitan aktiviti-aktiviti surau, gerak kerja kemasyarakatan serta pengalaman dalam membina kekuatan Muslimat di peringkat akar umbi.

Sesi perkongsian pandangan dan pengalaman ini menjadi ruang knowledge sharing yang amat bermakna. Setiap pengalaman adalah ilmu, setiap pandangan adalah nilai, dan setiap pertemuan menjadi kekuatan untuk kita melangkah lebih jauh dalam medan khidmat dan perjuangan.

Insya-Allah, Program Ziarah Almalak akan diteruskan ke cawangan-cawangan lain di sekitar Lembah Pantai.

Semoga usaha kecil ini menjadi sebahagian daripada gerak kerja memperkukuh kepimpinan, menyantuni masyarakat dan menyuburkan ukhuwah, demi membina sebuah masyarakat yang lebih dekat dengan nilai-nilai Islam.

🤝 Bersatu dalam ukhuwah.
🌱 Bergerak dalam tarbiah.
💪 Berjuang dengan penuh istiqamah.

“Kembali Kepada Penyelesaian Islam.”

Insya-Allah, kita terus melangkah bersama.




YDP PAS Kawasan LP, Haji Fauzi Abu Bakar Memenuhi jemputan majlis perkahwinan warga   hari ini bersama AJK Kawasan Datuk...
27/09/2026

YDP PAS Kawasan LP, Haji Fauzi Abu Bakar Memenuhi jemputan majlis perkahwinan warga hari ini bersama AJK Kawasan Datuk Qobin dan Haji Ismail..

Turut berkesempatan bertemu dengan YM DSU Raja Nong Chik serta Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai, Datuk Tengku Haji Abdul Aziz, yang turut hadir memeriahkan majlis.

Semoga kedua-dua mempelai dikurniakan.. kebahagiaan, keberkatan dan rumah tangga yang berkekalan hingga ke Jannah. آمين يا رب العالمين 🤲

Selamat Pengantin Baru! 💐

Address

Kuala Lumpur
59200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Lembah Pantai - P121 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS Lembah Pantai - P121:

Shortcuts

Share