31/05/2026
Lensa Qurban PAS Kawasan Lembah Pantai
30/6/2026 | Sabtu | Markas PAS LP kg Pasir
Page Rasmi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Lembah Pantai (P121)
31/05/2026
Lensa Qurban PAS Kawasan Lembah Pantai
30/6/2026 | Sabtu | Markas PAS LP kg Pasir
26/05/2026
✨Selamat Menunaikan Ibadah Haji & Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447-H✨
Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi madrasah hati🤍
Tentang haji yang menghimpunkan jutaan manusia menuju Allah.
Tentang korban yang mengajar erti memberi.
Tentang sirah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS yang penuh dengan keikhlasan dan ketaatan.
“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah.”
(Surah Al-An’am : 162)
Semoga Aidiladha ini menjadikan kita hamba yang lebih tunduk, lebih ikhlas dan lebih dekat kepada-Nya🤍
16/05/2026
30/04/2026
✨Selamat Hari Pekerja 2026✨
Dalam setiap usaha dan keringat, ada nilai ibadah yang mungkin kita tak sedar.
Bekerja bukan sekadar mencari rezeki, tetapi satu amanah yang Allah titipkan untuk kita jalankan sebaiknya.
Setiap penat, setiap sabar, setiap keikhlasan — semuanya tidak sia-sia di sisi-Nya.
“Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang itu melakukan pekerjaan, dia melakukannya dengan itqan (bersungguh-sungguh & terbaik).”
Semoga segala usaha kita menjadi asbab keberkatan hidup, dilapangkan rezeki, dan dikira sebagai amal soleh.
Selamat Hari Pekerja 🤍
Teruskan berusaha kerana Allah, dan percayalah setiap usaha itu ada nilainya di sisi-Nya.
-Ikhlas dari PAS Kawasan Lembah Pantai
26/04/2026
🕋Majlis Meraikan Bakal Haji PAS WP 2026M / 1447H
Alhamdulillah, pada 25 April 2026 (Sabtu) yang lalu, telah berlangsung dengan penuh keberkatan Majlis Meraikan Bakal Haji PAS Wilayah Persekutuan di Markaz PAS Kg. Pasir.
Majlis anjuran PAS Lembah Pantai bersama Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial ini bertujuan menghargai serta mendoakan para jemaah yang bakal menjadi tetamu Allah. Kehadiran barisan pimpinan utama menyerikan lagi majlis, antaranya Ustaz Azhar Yahya selaku Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Saudara Abu Bakar Sedek, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Wilayah dan Yang Dipertua PAS Kawasan Lembah Pantai LAr. Hj Fauzi Abu Bakar.
Pengisian seperti doa selamat dan penyampaian cenderahati menambahkan lagi suasana penuh makna dan ukhuwah.
Semoga semua bakal haji dipermudahkan urusan dan dikurniakan haji mabrur🌙
14/04/2026
MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG SERENTAK CAWANGAN DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI
LEMBAH PANTAI 14 FEBRUARI 2026
✨LEMBAH PANTAI BERSATU, SAF DIPERKUKUH✨
Alhamdulillah!
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Serentak Cawangan & Jamuan Hari Raya Aidilfitri berlangsung dengan penuh kemeriahan dan semangat ukhuwah pada 14 April 2026 yang lalu di Markaz PAS Kg. Pasir.
Disempurnakan oleh Ustaz Dr. Nazri Mansor Timb. Pesuruhjaya 2 PAS Wilayah Persekutuan, ucapan beliau bukan sekadar perasmian — tetapi suntikan semangat untuk terus istiqamah, menyebarkan dakwah, memperkukuh saf dan melangkah lebih jauh dalam perjuangan.
LAr. Hj. Fauzi Bin Abu Bakar Yang Dipertua PAS Kawasan Lembah Pantai juga menyuntik semangat kesatuan, penekanan isu semasa dan istiqamah dalam perjuangan Islam.
Dari perasmian ke jamuan, dari bicara ke tawa — semuanya menyatu dalam satu rasa, kita bersama, kita kuat 💚
Inilah kekuatan sebenar — bila ukhuwah bukan sekadar kata, tapi dirasai.
Semoga kebersamaan ini terus memperkukuh saf dan gerak kerja kita semua 🤝💚
✨Ukhuwah Diperkasa, Perjuangan Diperkukuh
20/03/2026
Assalaamualaikum wbth 🕌🕌🕌
Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita telah berjaya menamatkan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan yang penuh rahmat, keampunan dan pembebasan daripada api neraka.
Dengan berjayanya menjalini tarbiyah Ramadhan dapat mendidik jiwa kita menjadi lebih sabar, lebih ikhlas dan lebih hampir kepada-Nya.
Dengan ketibaan Syawal ini menjadi saksi kemenangan bagi orang-orang yang beriman. Kemenangan melawan hawa nafsu, mendidik hati dan kembali kepada fitrah yang suci kearah ketaqwaan yang di redhoi dan dirahmati Allah SWT.
Andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara, atau terguris hati sesiapa, saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf zahir dan batin. Sesungguhnya kita hamba yang serba lemah tidak kurang nya ada kesilapan dan kelemahan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H.
Ingatan daripada:
Haji Fauzi Abu Bakar
Yang Dipertua
PAS Lembah Pantai merangkap
Setiausaha Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan
1 Syawal 1447 H
21 hb Mac 2026
🔰*Rangkuman Program Iftar Jamaie PAS*🔰
Alhamdulillah, pada 14 Mac 2025 telah berlangsung program Iftar Jamaie PAS bersama asnaf dan ibu tunggal di Markas PAS Lembah Pantai, Kampung Pasir.
Majlis ini diadakan bagi mengeratkan ukhuwwah melalui berbuka puasa bersama serta menyampaikan bantuan Ramadan kepada golongan yang memerlukan.
Semoga sedikit sumbangan ini membawa kegembiraan dan keberkatan buat semua.
01/03/2026
*Ramadan On The Go! 🥣 Bubur Lambuk & Kurma Percuma Di PETRONAS✨*
Alhamdulillah pada 11 Ramadan 1447-H, telah diadakan Program Edaran Bubur Lambuk & Kurma di Petronas NPE Pantai Permai anjuran Lajnah Kebajikan PAS Lembah Pantai✨
Turut dihadiri Tuan Hj. Fauzi Abu Bakar, YDP PAS Lembah Pantai bagi mengedar juadah dan menyantuni rakyat yang singgah di Petronas✨
Bubur lambuk dan kurma diagihkan kepada pengguna jalan raya serta masyarakat setempat sebagai juadah berbuka puasa. Suasana penuh ceria dan semangat kebersamaan jelas terasa sepanjang program berlangsung☺️
Agak-agak program apa seterusnya? Stay tuned😎
22/02/2026
KENYATAAN MEDIA
PN SELESAI MEMILIH PENGERUSI BAHARU
1. Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi Perikatan Nasional telah diadakan pada hari ini jam 3.00 petang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
2. Mesyuarat dihadiri oleh semua ahli-ahli Majlis Tertinggi PN, termasuk empat Presiden Parti-parti Anggota iaitu Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (Presiden BERSATU), Tan Sri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), Datuk Dr. Dominic Lau (Presiden Gerakan) dan P.Punithan (Presiden MIPP).
3. Agenda mesyuarat yang utama adalah untuk meluluskan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin selaku Pengerusi PN berkuatkuasa mulai 1 Januari 2026 dan melantik Pengerusi PN yang baharu.
4. Adalah dimaklumkan mesyuarat meluluskan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin selaku Pengerusi PN berkuatkuasa mulai 1 Januari 2026.
5. Mesyuarat seterusnya dengan sebulat suara melantik YAB. Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar sebagai Pengerusi PN yang baharu berkuat kuasa serta merta.
6. Perkara-perkara lain akan dibawa untuk dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang akan datang.
TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN (PRESIDEN BERSATU)
TAN SRI ABDUL HADI AWANG (PRESIDEN PAS)
DATUK DR. DOMINIC LAU (PRESIDEN GERAKAN)
P. PUNITHAN (PRESIDEN MIPP)
Bertarikh: 22 Februari 2026