Agensi Angkasa Malaysia - MYSA

Directions Website Contact the organization

Agensi Angkasa Malaysia - MYSA Welcome to our official page of the Malaysian Space Agency (MYSA), Ministry of Science, Technology, Innovation (MOSTI), Malaysia

The Malaysian Space Agency (MYSA) is responsible in leading and governing the space sector in Malaysia.

08/07/2026
Tahniah kepada lima (5) pakar Malaysia yang  diterima sebagai ahli baharu International Astronomical Union (IAU) bagi ta...
07/07/2026

Tahniah kepada lima (5) pakar Malaysia yang diterima sebagai ahli baharu International Astronomical Union (IAU) bagi tahun 2026! ๐Ÿ‘

Pencapaian membanggakan ini bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan kepakaran tempatan dalam bidang astronomi dan sains angkasa, malah turut mengangkat nama Malaysia dalam komuniti astronomi antarabangsa. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak penyelidikan berimpak tinggi, pembangunan bakat saintifik serta kerjasama strategik yang akan terus memacu kemajuan bidang astronomi negara. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Ÿค
IAU merupakan badan profesional astronomi terulung dunia yang menghimpunkan ahli astronomi dan penyelidik dari lebih 100 negara bagi memperkukuh kerjasama saintifik antarabangsa. Melalui IAU, negara anggota dapat memperluas jaringan kerjasama global, berkongsi kepakaran serta meningkatkan penglibatan dalam penyelidikan dan pembangunan bidang astronomi. ๐Ÿ”ญ
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) merupakan agensi rasmi Malaysia (Adhering Organisation) dalam IAU yang bertanggungjawab menyelaras penyertaan dan keahlian negara dalam organisasi tersebut. Pada masa ini, Malaysia mempunyai seramai 33 ahli IAU (Individual Member: 21; Junior Member: 12).


Pada tahun 2026, fenomena Aphelion akan berlaku pada 7 Julai 2026 sekitar 1:30 pagi (waktu Malaysia). Ketika itu, jarak ...
06/07/2026

Pada tahun 2026, fenomena Aphelion akan berlaku pada 7 Julai 2026 sekitar 1:30 pagi (waktu Malaysia). Ketika itu, jarak antara Bumi dan Matahari dianggarkan 152,087,775 kilometer. Sebaliknya, fenomena Perihelion telah berlaku pada 3 Januari 2026, apabila Bumi berada pada jarak kira-kira 147,104,593 kilometer daripada Matahari.

Walaupun terdapat perbezaan jarak sekitar 5 juta kilometer antara Aphelion dan Perihelion, perubahan musim dan cuaca di Bumi bukan disebabkan oleh perubahan jarak tersebut. Sebaliknya, musim berlaku akibat kecondongan paksi putaran Bumi sebanyak 23.5ยฐ terhadap satah orbitnya. Oleh sebab itu, ketika Aphelion berlaku, Hemisfera Utara sedang mengalami musim panas, manakala Hemisfera Selatan sedang mengalami musim sejuk

๐—ก๐—ข๐—ง๐—” ๐—ž๐—”๐—ž๐—œ
Perbezaan jarak di antara Bumi dengan Matahari semasa Aphelion/Perihelion boleh berubah sedikit setiap tahun (beberapa ribu kilometer) kerana gangguan graviti planet lain.

๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐—ฅ๐—จ๐—๐—จ๐—ž๐—”๐—ก
โœ…https://www.timeanddate.com/astronomy/perihelion-aphelion-solstice.html
โœ…https://sciencenotes.org/perihelion-and-aphelion-closest-and-farthest-points-from-the-sun/
โœ…https://www.space.com/astronomy/earth/earth-is-farthest-from-the-sun-today-so-why-is-it-so-hot


YBhg. Datoโ€™ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), telah menerima kunjungan horma...
03/07/2026

YBhg. Datoโ€™ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), telah menerima kunjungan hormat daripada YB Tuan Rushdan bin Rusmi, Ahli Parlimen Padang Besar, pada 2 Julai 2026 di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur. Hadir sama ialah YBrs. Ir. Dr. Irfan bin Abd. Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif, Al Jazari Center of Excellence.
Sesi perbincangan memberi tumpuan bagi mendapatkan kepakaran dan panduan daripada MYSA berkaitan penggunaan teknologi angkasa yang dapat menyokong pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Angkasa untuk semua | Space for all
๐ŸŒŽ๐Ÿ“ก๐Ÿ”ญ๐Ÿš€๐Ÿ›ฐ๏ธ


Technical Talk MYSA Space Buzz dengan topik "AI-Powered Image Processing: Innovations & Applications for Remote Sensing ...
02/07/2026

Technical Talk MYSA Space Buzz dengan topik "AI-Powered Image Processing: Innovations & Applications for Remote Sensing oleh syarikat TechSource Systems dan Ascendas Systems Group telah berlangsung pada 30 Jun 2026, secara dalam talian. Topik memberi pendedahan mengenai aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam mempercepatkan analisis data satelit bagi pemantauan bencana, pemetaan guna tanah, dan pengurusan alam sekitar. Turut dibentangkan demonstrasi penggunaan MATLAB dan Simulink dalam pemprosesan imej satelit yang merangkumi teknik pengekstrakan ciri, segmentasi imej dan latihan model AI yang berpotensi menyokong keperluan operasi MYSA.
Angkasa untuk Semua | Space for All
๐ŸŒŽ๐Ÿ“ก๐Ÿ”ญ๐Ÿš€๐Ÿ›ฐ๏ธ


YBhg. Datoโ€™ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menerima kunjungan hormat...
02/07/2026

YBhg. Datoโ€™ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Marc Abensour, Duta Besar Perancis ke Malaysia pada 2 Julai 2026 bertempat di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur. Perbincangan tertumpu kepada potensi kerjasama kedua-dua negara dalam sektor angkasa. ๐Ÿค
Angkasa untuk Semua | Space for All
๐ŸŒŽ๐Ÿ“ก๐Ÿ”ญ๐Ÿš€๐Ÿ›ฐ๏ธ


๐Ÿ…บ๐Ÿ…ฐ๐Ÿ…ป๐Ÿ…ด๐Ÿ…ฝ๐Ÿ…ณ๐Ÿ…ฐ๐Ÿ† ๐Ÿ…ฐ๐Ÿ†‚๐Ÿ†ƒ๐Ÿ†๐Ÿ…พ๐Ÿ…ฝ๐Ÿ…พ๐Ÿ…ผ๐Ÿ…ธ ๐—๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ”ธ๐Ÿณ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ”ธ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—”๐—ฝ๐—ต๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ผ๐—ปBumi berada pada kedudukan aphelion (jarak paling jauh dari...
01/07/2026

๐Ÿ…บ๐Ÿ…ฐ๐Ÿ…ป๐Ÿ…ด๐Ÿ…ฝ๐Ÿ…ณ๐Ÿ…ฐ๐Ÿ† ๐Ÿ…ฐ๐Ÿ†‚๐Ÿ†ƒ๐Ÿ†๐Ÿ…พ๐Ÿ…ฝ๐Ÿ…พ๐Ÿ…ผ๐Ÿ…ธ ๐—๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿ”ธ๐Ÿณ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ”ธ
๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—”๐—ฝ๐—ต๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ผ๐—ป
Bumi berada pada kedudukan aphelion (jarak paling jauh dari Matahari) iaitu sejauh 152,087,775 km

๐Ÿ”ธ๐Ÿด ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ”ธ
๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ / ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ด๐—ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan sukuan akhir pada jam 3:29 pagi.

๐Ÿ”ธ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ”ธ
๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ด๐—ฒ๐—ฒ
Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi, iaitu pada jarak 359,114 km.

๐Ÿ”ธ๐Ÿญ๐Ÿฐ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ”ธ
๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚
Bulan memasuki fasa Bulan baru pada jam 5:43 pm.

๐Ÿ”ธ๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ”ธ
๐—œ๐˜€๐˜๐—ถ๐˜„๐—ฎ' ๐—”๐—ฑ๐˜‡๐—ฎ๐—บ
Fenomena astronomi apabila kedudukan Matahari berada tepat di atas Kaabah di Mekah. Pada waktu tersebut, bayang-bayang objek yang tegak di permukaan bumi akan menunjukkan arah yang tepat ke Kaabah. Ini adalah salah satu daripada dua kesempatan dalam setahun untuk memeriksa arah kiblat dengan ketepatan maksimum tanpa memerlukan alat tambahan.

๐Ÿ”ธ๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ”ธ
๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—”๐˜„๐—ฎ๐—น
Bulan memasuki fasa Bulan sukuan awal pada jam 7:05 petang.

๐Ÿ”ธ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ”ธ
๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—”๐—ฝ๐—ผ๐—ด๐—ฒ๐—ฒ
Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dari Bumi, iaitu pada jarak 405,548 km.

๐Ÿ”ธ๐Ÿฎ๐Ÿต ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ”ธ
๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ต / ๐—ฃ๐˜‚๐—ฟ๐—ป๐—ฎ๐—บ๐—ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan penuh pada jam 10:35 malam

๐Ÿ”ธ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ”ธ
๐—›๐˜‚๐—ท๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ผ๐—ฟ ๐—ฆ๐—ผ๐˜‚๐˜๐—ต๐—ฒ๐—ฟ๐—ป ๐——๐—ฒ๐—น๐˜๐—ฎ-๐—”๐—พ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ถ๐—ฑ๐˜€
Aktif dari 18 Julai hingga 21 Ogos 2026. Kemuncaknya pada malam 30-31 Julai 2026 dengan sehingga 15-20 meteor sejam. Kenampakan dijangka terganggu oleh cahaya Bulan Purnama.

**๐˜’๐˜ข๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ ๐˜ˆ๐˜ด๐˜ต๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ซ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ต ๐˜ธ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ต๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ด๐˜ช ๐˜’๐˜ถ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข ๐˜“๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ณ.
**๐˜ž๐˜ข๐˜ฌ๐˜ต๐˜ถ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ณ ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ป๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ธ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ต๐˜ถ ๐˜ด๐˜ช๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ด๐˜ช.

๐—ก๐—ข๐—ง๐—” ๐—ž๐—”๐—ž๐—œ

๐—œ๐˜€๐˜๐—ถ๐˜„๐—ฎ' ๐—”๐—ฑ๐˜‡๐—ฎ๐—บ โ€“ Fenomena apabila Matahari berada tepat di atas Kaabah ketika waktu istiwaโ€™ (tengah hari) di Mekah. Pada waktu tersebut, bayang-bayang objek yang tegak akan menunjuk secara tepat ke arah Kaabah. Peluang keemasan bagi umat Islam di Malaysia untuk menyemak ketepatan arah kiblat secara tradisional dengan sangat mudah dan tepat.

๐—›๐˜‚๐—ท๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ผ๐—ฟ โ€“ Fenomena ketika garis cahaya terang seperti โ€œbintang jatuhโ€ kelihatan di langit malam. Ia berlaku apabila Bumi melintasi serpihan kecil dari komet atau asteroid, dan serpihan itu terbakar semasa masuk ke atmosfera Bumi dengan kelajuan yang tinggi.

๐—ฆ๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฅ๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป:
โœ…Perisian The SkyX Professional Edition
โœ…Aplikasi Stellarium
โœ…https://astropixels.com/almanac/almanac21/almanac2026gmt.html
โœ…http://www.seasky.org/astronomy/astronomy-calendar-2026.html
โœ…https://www.timeanddate.com/moon/phases/?year=2026
โœ…https://www.timeanddate.com/astronomy/moon/distance.html?year=2026
โœ…https://www.timeanddate.com/astronomy/perihelion-aphelion-solstice.html
โœ…https://www.muftiselangor.gov.my/2026/04/27/20-taudhih-al-falak-penentuan-arah-kiblat-berdasarkan-lintasan-harian-matahari/
โœ…https://www.amsmeteors.org/meteor-showers/meteor-shower-calendar/

Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi bulan Jun telah diadakan pada 26 Jun 2026 di Kompleks Tek...
26/06/2026

Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi bulan Jun telah diadakan pada 26 Jun 2026 di Kompleks Teknologi Angkasa, MYSA, Banting, Selangor. YBhg. Datoโ€™ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA, telah menyampaikan amanat yang menyentuh beberapa perkara utama.
โ–ช๏ธPermintaan terhadap penggunaan teknologi angkasa bagi menyokong urus tadbir dan operasi kementerian, jabatan serta agensi Kerajaan merentas pelbagai sektor semakin meningkat. Perkembangan ini mencerminkan keyakinan dan kepercayaan yang semakin kukuh terhadap kepakaran serta keupayaan MYSA, sekali gus membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik.
โ–ช๏ธJusteru, warga MYSA perlu sentiasa bersedia mendepani peningkatan permintaan tersebut dengan memperkukuh penguasaan teknologi, meningkatkan kompetensi serta memanfaatkan teknologi terkini bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan memberi impak tinggi kepada pelanggan, pemegang taruh dan rakyat.
โ–ช๏ธKekal fokus dalam merealisasikan aspirasi Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030). Sasaran menjelang tahun 2030, termasuk mewujudkan sehingga 5,000 peluang pekerjaan baharu dan menyumbang sekurang-kurangnya 1% atau RM10 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), memerlukan komitmen, kesungguhan dan tindakan bersepadu seluruh warga MYSA.
โ–ช๏ธSetiap program dan aktiviti perlu selaras dengan dasar semasa Kerajaan, disokong oleh pengurusan kewangan yang berhemah melalui langkah penjimatan serta perkongsian sumber dan kos bersama rakan strategik tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan.
Mengakhiri amanatnya, beliau turut menekankan kepentingan amalan inovasi dan kreativiti, di samping berdisiplin, berintegriti, bertanggungjawab serta sentiasa bersedia untuk berubah ke arah kecemerlangan, kerana kejayaan organisasi bermula dengan nilai dan sikap setiap warga kerja.
Angkasa untuk Semua | Space for All
๐ŸŒŽ๐Ÿ“ก๐Ÿ”ญ๐Ÿš€๐Ÿ›ฐ๏ธ


Transforming the Aerospace Industry with the Low Altitude Economy โ€“ Challenges, Regulations and Cross-Border Collaborati...
26/06/2026

Transforming the Aerospace Industry with the Low Altitude Economy โ€“ Challenges, Regulations and Cross-Border Collaborations Forum sempena MyAERO Summit 2026 pada 26 Jun 2026 bertempat di MAEPS, Serdang.
YBhg. Datoโ€™ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) sebagai barisan panel dalam forum tersebut. Beliau telah berkongsi aspirasi dan hala tuju Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) yang selari dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) dan Malaysian Aerospace Industry Blueprint 2030.
Penyertaan MYSA di MyAERO Summit 2026 mencerminkan sinergi antara teknologi angkasa dan industri aeroangkasa dalam memacu inovasi, pembangunan teknologi , pertumbuhan ekonomi dan kemajuan ilmu untuk kesejahteraan rakyat.
Angkasa untuk Semua | Space for All
๐ŸŒŽ๐Ÿ“ก๐Ÿ”ญ๐Ÿš€๐Ÿ›ฐ๏ธ


Penyertaan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di Malaysia Aerospace Summit 2026 (MyAERO Summit 2026), 26 Jun 2026. Program m...
26/06/2026

Penyertaan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di Malaysia Aerospace Summit 2026 (MyAERO Summit 2026), 26 Jun 2026. Program menjadi platform bagi memperkenalkan fungsi, kepakaran dan perkhidmatan MYSA kepada pengunjung dan pemain industri menerusi pameran dan sesi Tech Talk.
โ–ช๏ธpameran pembangunan sistem aplikasi berasaskan teknologi angkasa yang dibangunkan oleh MYSA bagi menyokong tadbir urus dan operasi Kementerian/jabatan/ Agensi Kerajaan merentas pelbagai sektor melalui penggunaan data geospatial dan teknologi angkasa.
โ–ช๏ธ pameran aset Unmanned Aircraft System (UAS) MYSA yang terkini; dan penggunaan dalam pengoperasian pertahanan, perisikan keselamatan serta pengurusan bencana.
โ–ช๏ธTechnomart Malaysia Talk Series: Dr. Elena Woo Lai Leng, Pegawai Penyelidik MYSA telah berkongsi mengenai Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian (Assembly, Integration and Test - AIT), MYSA di pentas Technomart Malaysia Talk Series - "Advancing Malaysia's Environmental Testing Infrastructure for Space & High-Reliability Industries".

๐Ÿ“ŒAIT merupakan sebuah fasiliti yang dibangunkan untuk menguji ketahanan satelit dalam persekitaran yang ekstrem seperti sewaktu pelancaran mahupun sewaktu beroperasi di angkasa. Fasiliti yang sofiskated ini bukan sahaja sesuai digunakan oleh sektor angkasa, tetapi juga untuk sektor aeroangkasa dan sektor-sektor lain yang giat membangunkan produk berteknologi tinggi. Pemain industri yang ingin mendapatkan perkhidmatan AIT boleh emel terus ke [email protected].

๐Ÿ—“๏ธ MyAERO Summit 2026 berlangsung dari 25 hingga 27 Jun 2026, MAEPS, Serdang. Esok merupakan hari terakhir dan dibuka kepada orang awam. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi reruai MYSA dan mengetahui dengan lebih dekat bagaimana teknologi angkasa dimanfaatkan untuk kesejahteraan negara.
Angkasa untuk Semua | Space for All
๐ŸŒŽ๐Ÿ“ก๐Ÿ”ญ๐Ÿš€๐Ÿ›ฐ๏ธ


Address

No. 13, Jalan Tun Ismail
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Friday 08:00 - 12:30
14:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Agensi Angkasa Malaysia - MYSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Agensi Angkasa Malaysia - MYSA:

Shortcuts

Share