Ilaj Home JAWI

Directions

Ilaj Home JAWI Ilaj Home merupakan sebuah rumah perlindungan sementara bagi Orang yang Hidup Dengan HIV/AIDS (ODHA/PLHIV) yang beragama Islam.

KUNJUNG HORMAT โ€˜ILAJ HOME KE PUSPEN SERENDAH, SELANGOR28 September 2026 | IsninJabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (...
06/10/2026

KUNJUNG HORMAT โ€˜ILAJ HOME KE PUSPEN SERENDAH, SELANGOR

28 September 2026 | Isnin

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan โ€˜Ilaj Home, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan kunjung hormat ke PUSPEN Serendah, Selangor sebagai usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara agensi dalam aspek perlindungan, rawatan, pemulihan dan kebajikan golongan sasar.

Delegasi โ€˜Ilaj Home telah diketuai oleh YBrs. Encik Mohamad Saidi bin Jaafar, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan โ€˜Ilaj Home, Bahagian Pengurusan Dakwah, mewakili Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah serta disertai oleh barisan pegawai Cawangan โ€˜Ilaj Home.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Puan Amirah binti Mohd Arip, Pengarah PUSPEN Serendah bersama barisan pegawai PUSPEN Serendah.

Kunjung hormat ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi pandangan, pengalaman dan pendekatan dalam pengurusan serta pemulihan klien, di samping meneroka potensi kerjasama yang boleh dilaksanakan secara bersama.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah potensi rujukan klien PUSPEN Serendah yang telah menamatkan program pemulihan untuk mendapatkan perlindungan, rawatan dan pemulihan lanjutan di โ€˜Ilaj Home secara sukarela, khususnya bagi individu beragama Islam yang hidup dengan HIV/AIDS serta memerlukan sokongan susulan selepas tamat program.

Perbincangan turut menyentuh keperluan memberi perhatian kepada golongan asnaf, individu yang tidak mempunyai tempat tinggal, kurang sokongan keluarga atau memerlukan persekitaran yang lebih tersusun bagi meneruskan proses pemulihan dan membina semula kehidupan dengan lebih baik.

Pihak PUSPEN Serendah menyambut baik cadangan tersebut dan menyatakan kesediaan untuk mengenal pasti klien yang berpotensi serta memenuhi kriteria berkaitan untuk dirujuk ke โ€˜Ilaj Home.

Selain itu, delegasi โ€˜Ilaj Home turut mendapatkan penjelasan berhubung mekanisme rujukan ke PUSPEN sekiranya program menyantuni masyarakat yang dilaksanakan oleh JAWI menemui individu gelandangan yang turut berhadapan dengan penyakit HIV dan masalah ketagihan dadah.

Pihak PUSPEN Serendah menjelaskan bahawa kemasukan ke PUSPEN melibatkan dua kategori utama, iaitu klien yang ditempatkan melalui perintah mahkamah dan klien yang hadir secara sukarela. Bagi individu yang tidak tertakluk kepada perintah mahkamah, kemasukan ke PUSPEN hendaklah dibuat atas persetujuan dan kerelaan individu berkenaan.

Kunjung hormat ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara JAWI melalui โ€˜Ilaj Home dan PUSPEN Serendah, khususnya dalam memperkukuh jaringan rujukan, perkongsian kepakaran serta pelaksanaan program kolaboratif yang memberi manfaat kepada golongan sasar.

Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh YBrs. Encik Mohamad Saidi bin Jaafar kepada Puan Amirah binti Mohd Arip sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan.



Alhamdulillah selesai sudah sambutan Maulidur Rasul dan juga Sesi Perkongsian Ilmu bersama Imam Muda Hassan.E-sijil cera...
02/10/2026

Alhamdulillah selesai sudah sambutan Maulidur Rasul dan juga Sesi Perkongsian Ilmu bersama Imam Muda Hassan.

E-sijil ceramah juga telah selesai diemelkan kepada para peserta.

Jika tuan/puan ada masalah dengan e-Sijil tersebut, boleh segera hubungi kami, dm atau emel [email protected]

Insya-Allah jumpa di lain program p**a ๐Ÿ’ซ

๐Ÿ”ด Ikuti siaran langsung sesi perkongsian ilmu bertajuk *"Akhlak Rasulullah: Suri Teladan Ummahโ€* yang akan disampaikan o...
30/09/2026

๐Ÿ”ด Ikuti siaran langsung sesi perkongsian ilmu bertajuk *"Akhlak Rasulullah: Suri Teladan Ummahโ€* yang akan disampaikan oleh *tetamu istimewa* melalui Facebook Rasmi โ€˜Ilaj Home JAWI pada:

๐Ÿ—“๏ธ 30 September 2026 (Rabu)
โฒ๏ธ 9.00 pagi

โœจ Tajuk menarik, penceramah berwibawa, pengisian penuh ilmu & inspirasi! โœจ

e-Sijil disediakan kepada peserta! ๐Ÿฅณ

PROGRAM KEMBARA ILMU SIRI 7 SEMPENA BULAN KEBANGSAAN TAHUN 20269 September 2026 / 27 Rabiulawal 1448H (Rabu)Program Kemb...
11/09/2026

PROGRAM KEMBARA ILMU SIRI 7 SEMPENA BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2026

9 September 2026 / 27 Rabiulawal 1448H (Rabu)

Program Kembara Ilmu Siri 7 sempena Bulan Kebangsaan Tahun 2026 telah dianjurkan oleh Cawangan โ€˜Ilaj Home, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI dengan kerjasama Surau Al-Sofa dan disertai oleh klien serta warga kerja โ€˜Ilaj Home.

Program ini bertujuan mewujudkan suasana pembelajaran yang santai dan menyeronokkan, di samping menggalakkan interaksi, kerjasama serta semangat kekitaan dalam kalangan peserta. Selain itu, program turut memberi peluang kepada peserta menzahirkan kreativiti serta mempersembahkan bakat melalui aktiviti yang telah disediakan.

Program turut diserikan dengan pelbagai pengisian bersempena Bulan Kebangsaan, termasuk persembahan puisi dan nyanyian oleh klien serta aktiviti Sukan Rakyat. Acara kemuncak program adalah ucapan perasmian oleh Ketua Penolong Pengarah, YBrs. Puan Norhayati binti Zainudin, yang turut menyempurnakan gimik cantuman terakhir Jalur Gemilang sebagai simbolik semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara.

Sebagai penutup, rumusan program telah disampaikan oleh Pegawai Psikologi, Encik Mohd Hafiz bin Halim, yang turut menekankan nilai kebersamaan, kerjasama dan semangat cintakan negara dalam kalangan peserta.

Secara keseluruhannya, Program Kembara Ilmu Siri 7 telah mencapai objektif yang ditetapkan dengan penglibatan yang baik daripada klien dan warga kerja โ€˜Ilaj Home. Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan bukan sahaja mewujudkan suasana pembelajaran yang santai dan bermakna, malah turut memupuk semangat kerjasama, kebersamaan serta menyemarakkan kecintaan terhadap negara dalam kalangan peserta sempena Bulan Kebangsaan.

๐‹๐€๐๐Ž๐‘๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐Š๐’๐€๐๐€๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐Œ๐„๐Œ๐๐”๐€๐“ ๐’๐€๐๐”๐ ๐‡๐€๐๐ƒ๐Œ๐€๐ƒ๐„ ๐Š๐‘๐„๐€๐“๐ˆ๐…(Dari Asas ke Produk Siap)๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต: 11 dan 12 Ogos 2026๐—ง...
27/08/2026

๐‹๐€๐๐Ž๐‘๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐Š๐’๐€๐๐€๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐Œ๐„๐Œ๐๐”๐€๐“ ๐’๐€๐๐”๐ ๐‡๐€๐๐ƒ๐Œ๐€๐ƒ๐„ ๐Š๐‘๐„๐€๐“๐ˆ๐…
(Dari Asas ke Produk Siap)

๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต: 11 dan 12 Ogos 2026
๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜: Ilaj Home JAWI Kuala Lumpur
๐—”๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป: Unit Pengukuhan Klien, Ilaj Home JAWI Kuala Lumpur

๐๐„๐๐ƒ๐€๐‡๐”๐‹๐”๐€๐
Bengkel Membuat Sabun Handmade Kreatif (Dari Asas ke Produk Siap) telah dilaksanakan pada 11 dan 12 Ogos 2026 sebagai salah satu usaha Unit Pengukuhan Klien, Ilaj Home JAWI Kuala Lumpur dalam menyediakan kemahiran praktikal dan asas keusahawanan kepada para klien.
Program ini memberi pendedahan kepada klien berkaitan proses menghasilkan sabun buatan tangan secara kreatif, bermula daripada pengenalan kepada bahan dan peralatan, kaedah penyediaan, teknik mencampurkan bahan, penggunaan pewangi dan pewarna, pembentukan sabun, sehinggalah kepada proses kemasan dan pembungkusan produk.
Program berbentuk kemahiran seperti ini diharap dapat menjadi salah satu medium kepada klien untuk membina keyakinan diri, meningkatkan kreativiti serta memperoleh kemahiran yang berpotensi dikembangkan sebagai aktiviti menjana pendapatan pada masa akan datang.
Sepanjang pelaksanaan program, para klien telah mendapat pengalaman secara langsung dalam menghasilkan produk sabun handmade. Aktiviti amali yang dijalankan membolehkan peserta memahami proses penghasilan produk dengan lebih jelas dan teratur.

๐Š๐„๐Š๐”๐€๐“๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ
Antara kekuatan utama program ialah pendekatan pembelajaran secara teori dan amali yang membolehkan peserta memahami sesuatu kemahiran melalui penerangan serta pengalaman secara langsung.
Selain itu, aktiviti menghasilkan produk secara fizikal memberi kepuasan kepada peserta kerana mereka dapat melihat hasil kerja yang dihasilkan sendiri. Program ini juga menggalakkan interaksi, kerjasama dan perkongsian pengalaman dalam kalangan peserta.

๐‘๐”๐Œ๐”๐’๐€๐
Secara keseluruhannya, Bengkel Membuat Sabun Handmade Kreatif (Dari Asas ke Produk Siap) yang dilaksanakan pada 11 dan 12 Ogos 2026 telah memberikan pengalaman dan pendedahan kemahiran yang bermanfaat kepada para klien Ilaj Home JAWI Kuala Lumpur.
Program ini bukan sahaja memberi pengetahuan berkaitan penghasilan sabun handmade, malah turut membantu membentuk sikap positif, meningkatkan kreativiti, membina keyakinan diri serta memberikan pendedahan awal kepada peluang menjana pendapatan melalui kemahiran yang dipelajari.
Pelaksanaan program kemahiran secara berterusan amat wajar diteruskan sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan klien dengan kemahiran yang praktikal, bersesuaian dan mempunyai potensi untuk dimanfaatkan selepas tamat menjalani program di Ilaj Home.

๐๐„๐๐”๐“๐”๐
Diharapkan pelaksanaan program seumpama ini dapat diteruskan dan diperkasakan pada masa akan datang dengan pengisian yang lebih komprehensif dan berorientasikan kemahiran serta keusahawanan.
Program yang dilaksanakan merupakan salah satu usaha Unit Pengukuhan Klien dalam membantu membina potensi diri klien melalui pendekatan pembangunan kemahiran, kreativiti dan produktiviti, selaras dengan hasrat untuk melahirkan klien yang lebih berdikari dan bersedia menghadapi kehidupan selepas meninggalkan Ilaj Home JAWI Kuala Lumpur.

Disediakan oleh:
๐™๐™‰๐™„๐™ ๐™‹๐™€๐™‰๐™‚๐™๐™†๐™๐™ƒ๐˜ผ๐™‰ ๐˜พ๐˜ผ๐™’๐˜ผ๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™‰ โ€˜๐™„๐™‡๐˜ผ๐™… ๐™ƒ๐™Š๐™ˆ๐™€

๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐๐€๐Œ๐๐€๐‡๐๐€๐ˆ๐Š๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐’๐„๐ƒ๐”๐‘ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐๐„๐๐†๐‡๐”๐๐ˆ โ€˜๐ˆ๐‹๐€๐‰ ๐‡๐Ž๐Œ๐„ ๐‰๐€๐–๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”KUALA LUMPUR, 20 Ogos 2026 โ€“ Jabatan Agama...
21/08/2026

๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐๐€๐Œ๐๐€๐‡๐๐€๐ˆ๐Š๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐’๐„๐ƒ๐”๐‘ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐๐„๐๐†๐‡๐”๐๐ˆ โ€˜๐ˆ๐‹๐€๐‰ ๐‡๐Ž๐Œ๐„ ๐‰๐€๐–๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

KUALA LUMPUR, 20 Ogos 2026 โ€“ Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) telah menganjurkan Bengkel Penambahbaikan Prosedur Pengurusan Penghuni โ€˜Ilaj Home JAWI Tahun 2026 pada 19 hingga 20 Ogos 2026 di โ€˜Ilaj Home, Seputeh, Kuala Lumpur.

Bengkel telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Imlah binti Abd. Aziz, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Turut hadir YBrs. Puan Norhayati binti Zainudin, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan โ€˜Ilaj Home.

Penganjuran bengkel ini bertujuan menyemak, memperkemas dan menambah baik prosedur pengurusan penghuni agar lebih jelas, praktikal, sistematik serta selaras dengan keperluan semasa pengoperasian โ€˜Ilaj Home.

Bengkel turut mendapat kerjasama strategik Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melalui penglibatan enam orang pegawai sebagai fasilitator dan pakar rujuk, iaitu:
๐Ÿ”น Dr. Muhammad Abduh Munauwar bin Khairuddin, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Rawatan Perubatan;
๐Ÿ”น ChM Amirah binti Mohd Arip, Pengarah PUSPEN Serendah, Selangor;
๐Ÿ”น ChM Siti Hasnah binti Hussin, Penolong Pengarah, Cawangan Dasar dan Pembangunan Pemulihan;
๐Ÿ”น Puan Khoirunnisa binti Ismail, Penolong Pengarah, Cawangan Pengurusan Institusi;
๐Ÿ”น SM Nor Hazlee bin Zakaria, Cawangan Keselamatan, Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan; dan
๐Ÿ”น Encik Ahmad Fauzan bin Mohd Arif, Penolong Pegawai, Cawangan Pengurusan Institusi.

Lima skop utama yang diberi perhatian ialah:
๐Ÿ”น Prosedur Kemasukan Klien
๐Ÿ”น Prosedur Pengurusan Klien
๐Ÿ”น Prosedur Rawatan Kesihatan
๐Ÿ”น Prosedur Pelaksanaan Program
๐Ÿ”น Prosedur Keselamatan

Sepanjang bengkel, peserta bersama fasilitator meneliti proses kerja semasa, mengenal pasti isu dan ruang penambahbaikan serta memurnikan prosedur dan aliran kerja untuk diselaraskan bersama.

JAWI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada AADK atas perkongsian kepakaran dan komitmen yang diberikan. Semoga kerjasama strategik ini terus diperkukuhkan dalam usaha memantapkan pengurusan serta memperkasakan proses pemulihan penghuni โ€˜Ilaj Home secara holistik.

02/07/2026

๐—ง๐—”๐—จ๐—ฆ๐—œ๐€๐‡ ๐— ๐—จ๐—™๐—ง๐—œ ๐—ช๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—จ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก

Ikuti rakaman tausiah yang telah disampaikan oleh ๐—ฌ๐—•๐—ต๐—ด. ๐—ฆ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฏ๐˜‚๐˜€ ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ต ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ต๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—™๐—ฎ๐˜‚๐˜„๐—ฎ๐˜‡ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—™๐—ฎ๐—ฑ๐˜‡๐—ถ๐—น, Mufti Wilayah Persekutuan, sempena ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐— ๐—ฒ๐˜€๐—ฟ๐—ฎ ๐— ๐˜‚๐—ณ๐˜๐—ถ ๐—ช๐—ถ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ '๐—œ๐—น๐—ฎ๐—ท ๐—›๐—ผ๐—บ๐—ฒ.

Semoga setiap nasihat dan peringatan yang dikongsikan menjadi pedoman dalam memperkukuh keimanan, membina sahsiah serta menyemarakkan nilai kasih sayang dan keinsafan dalam kehidupan.

18/06/2026
SESI PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK BAGI PROGRAM PENGUBATAN ISLAM PENGHUNI โ€˜ILAJ HOME15 Jun 2026 / 29 Zulhijjah 1447H ...
16/06/2026

SESI PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK BAGI PROGRAM PENGUBATAN ISLAM PENGHUNI โ€˜ILAJ HOME

15 Jun 2026 / 29 Zulhijjah 1447H (Isnin)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit โ€˜Ilaj & Rawatan Fizikal, Cawangan โ€˜Ilaj Home, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan sesi perbincangan strategik bersama Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifaโ€™), sebuah pertubuhan yang berteraskan perubatan, pengubatan dan kebajikan Islam.

Perbincangan ini diadakan bagi meneroka peluang kerjasama dalam pelaksanaan Program Pengubatan Islam yang dapat memberi manfaat kepada penghuni โ€˜Ilaj Home secara holistik, khususnya dalam aspek kerohanian, kesejahteraan emosi dan pembangunan diri. Melalui perkongsian kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh kedua-dua pihak, pelbagai inisiatif dan program berimpak tinggi dapat dirancang bagi menyokong proses pemulihan serta pengukuhan jati diri penghuni.

Sesi perbincangan diketuai oleh Encik Afifuddin Abdulmuiz bin Hamid, Timbalan Penguasa 1 'Ilaj Home bersama Tuan Haji Mohd. Albar Bin Mohd Noor, Timbalan Ketua Penerangan & Komunikasi Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifaโ€™).

Semoga perbincangan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang berterusan dan memberi manfaat kepada penghuni โ€˜Ilaj Home dalam usaha melahirkan individu yang lebih sejahtera, berdaya saing dan mampu kembali berfungsi dalam masyarakat dengan lebih positif.



SESI PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA MAJLIS AIDS MALAYSIA (MAC)15 Jun 2026 / 29 Zulhijjah 1447H (Isnin)Jabatan ...
16/06/2026

SESI PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA MAJLIS AIDS MALAYSIA (MAC)

15 Jun 2026 / 29 Zulhijjah 1447H (Isnin)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit โ€˜Ilaj & Rawatan Fizikal, Cawangan โ€˜Ilaj Home, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan sesi perbincangan strategik bersama Majlis AIDS Malaysia (MAC), sebuah organisasi yang berperanan menyokong dan menyelaras usaha badan bukan kerajaan serta pelbagai pihak yang terlibat dalam isu HIV/AIDS di Malaysia.

Sesi perbincangan ini diketuai oleh Puan Norhayati binti Zainudin selaku Penguasa โ€˜Ilaj Home bersama delegasi MAC yang terdiri daripada Encik Yusralhakim bin Yusoff, Pengarah Program dan Puan Noor Zahra binti Zamalik, Pengurus Kanan Perhubungan Strategik & Kelestarian.

Perbincangan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak melalui perkongsian kepakaran, pengalaman dan sumber yang tersedia. Melalui kerjasama strategik yang dirancang, akses Orang Dengan HIV/AIDS (ODHA) kepada pelbagai perkhidmatan sokongan seperti kaunseling, bantuan kebajikan, pendidikan kesihatan dan program pembangunan diri dapat dipertingkatkan secara lebih menyeluruh dan berkesan.

Selain itu, pelaksanaan program secara kolaboratif dijangka memberi manfaat kepada klien dari aspek fizikal, psikologi, sosial dan kerohanian. Program-program yang dirancang turut berpotensi meningkatkan pengetahuan, kemahiran hidup serta motivasi klien dalam meneruskan rawatan dan proses pemulihan secara berterusan.

Pengukuhan jaringan sokongan komuniti melalui penglibatan pelbagai agensi dan organisasi berkaitan juga dilihat mampu mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif, inklusif dan menyokong kesejahteraan ODHA. Sokongan berterusan ini penting dalam membantu mereka mengekalkan kepatuhan terhadap rawatan, meningkatkan kualiti hidup serta memudahkan proses reintegrasi sosial ke dalam masyarakat.

Di samping itu, aspek pencegahan HIV/AIDS turut dijangka dapat diperkasakan melalui pelaksanaan program pendidikan kesihatan, advokasi dan kempen kesedaran kepada komuniti sasaran. Inisiatif ini dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai kaedah pencegahan HIV, mengurangkan salah faham dan stigma terhadap ODHA serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan tingkah laku berisiko rendah. Penyebaran maklumat yang tepat dan berterusan juga dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan saringan awal, rawatan segera dan pematuhan terhadap rawatan, sekali gus menyumbang kepada usaha mengurangkan penularan jangkitan HIV dalam komuniti.

Semoga perbincangan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih mantap dan berimpak tinggi dalam memperkasa usaha pencegahan, rawatan, pemulihan serta sokongan kepada ODHA demi kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya.



Address

Lorong Syed Putra Kiri, Bukit Seputeh
Kuala Lumpur
50460

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ilaj Home JAWI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share