Munsyi Muda Bahasa

Directions

Munsyi Muda Bahasa Laman Facebook Munsyi Muda Bahasa merupakan platform maklumat bagi Munsyi Muda Bahasa Sektor Awam dan hebahan berkaitan bahasa yang relevan.

Ini merupakan laman Facebook kedua Munsyi Muda Bahasa.

Selamat Hari Malaysia 2026
16/09/2026

Selamat Hari Malaysia 2026

10/07/2026
𝗦𝗨π—₯𝗔𝗧 π—˜π——π—”π—₯π—”π—‘π—£π—˜π—‘π—˜π—žπ—”π—‘π—”π—‘ π—£π—˜π—‘π—šπ—šπ—¨π—‘π—”π—”π—‘ 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔 π— π—˜π—Ÿπ—”π—¬π—¨ π——π—”π—Ÿπ—”π—  π—¦π—˜π— π—¨π—” 𝗨π—₯𝗨𝗦𝗔𝗑 π—₯π—”π—¦π— π—œ
09/07/2026

𝗦𝗨π—₯𝗔𝗧 π—˜π——π—”π—₯𝗔𝗑
π—£π—˜π—‘π—˜π—žπ—”π—‘π—”π—‘ π—£π—˜π—‘π—šπ—šπ—¨π—‘π—”π—”π—‘ 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔 π— π—˜π—Ÿπ—”π—¬π—¨ π——π—”π—Ÿπ—”π—  π—¦π—˜π— π—¨π—” 𝗨π—₯𝗨𝗦𝗔𝗑 π—₯π—”π—¦π— π—œ

09/07/2026

unakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Celik Ejaan Bilangan 4 Tahun 2026: legenda
07/07/2026

Celik Ejaan Bilangan 4 Tahun 2026: legenda

Celik Ejaan Bilangan 3 Tahun 2026: Bulan dalam kalendar Hijrah
17/06/2026

Celik Ejaan Bilangan 3 Tahun 2026: Bulan dalam kalendar Hijrah

Minda Munsyi Muda |   PANDUAN RINGKAS SUSUNAN GELARAN DI MALAYSIAKami perhatikan penyedia dokumen rasmi sering keliru ba...
11/06/2026

Minda Munsyi Muda | PANDUAN RINGKAS SUSUNAN GELARAN DI MALAYSIA

Kami perhatikan penyedia dokumen rasmi sering keliru bagaimana hendak menyusun gelaran rasmi yang panjang berjela? Tan Sri, Profesor, Ir., Ts., Dr. β€” yang mana satu patut berada di depan? Menulis gelaran dengan susunan yang betul bukan sahaja melambangkan profesionalisme, malah ia menggambarkan tanda hormat kita kepada protokol rasmi kerajaan dan panduan sedia ada.

Prinsip Utama Susunan Gelaran

Secara asasnya, susunan gelaran rasmi di Malaysia mestilah bermula dengan Kata Panggilan Hormat, diikuti gelaran kurniaan darjah kebesaran, jawatan akademik tertinggi, gelaran profesional (ikhtisas), kelayakan akademik, gelaran keagamaan dan akhir sekali barulah nama penuh individu tersebut.

Formula umumnya begini:
Kata Panggilan Hormat > Gelaran Kehormatan > Jawatan Akademik > Gelaran Profesional Awalan (pre-nominal)> Kelayakan Akademik > Gelaran Keagamaan > Nama Penuh > Gelaran Profesional Akhiran (Post-nominal).

Empat peraturan penting yang sering terkhilaf oleh penyedia dokumen:

1. Profesor Mendahului Gelaran Profesional: Gelaran jawatan akademik tertinggi seperti Profesor atau Profesor Madya wajib diletakkan sebelum gelaran profesional seperti Ir., Ts., Ar., atau Sr. Jadi, susunan yang betul ialah Prof. Ir. Dr., bukannya Ir. Prof. Dr.

2. Kedudukan 'Dr.' Selepas Gelaran Profesional:
Ramai penulis yang gemar menulis Ts. Dr. atau Ir. Dr. dan hal tersebut tidaklah merupakan satu masalah. Namun, jika digabungkan bersama gelaran Profesor, pastikan 'Dr.' berada di paling kanan sebelum nama. Contohnya: Prof. Ts. Dr. Burhan.

3. Gelaran Pascanama (Post-nominal):
Tidak semua gelaran profesional diletakkan di hadapan nama. Sebagai contoh, gelaran akauntan profesional iaitu C.A. (M) diletakkan di belakang nama penuh dan bukannya di hadapan bersama-sama Ts. atau Ir.

4. Isu Lambakan Gelaran (Ts. dan Ir.): Jika seseorang individu mempunyai kedua-dua kelayakan daripada MBOT (Ts.) dan BEM (Ir.), mereka biasanya digalakkan memilih satu sahaja yang paling dominan mengikut konteks majlis atau skop tugas. Namun, jika mahu ditulis kedua-duanya atas keperluan biografi, gelaran Ir. (yang lebih senior dari segi akta) akan mendahului Ts. menjadi Ir. Ts. Dr.

Contoh Penulisan Rasmi yang Tepat:

Contoh 1 (Lengkap semua gelaran): YBhg. Tan Sri Prof. Ir. Dr. Haji Yusri bin Yusof

Contoh 2 (Gabungan Kehormatan dan Teknologis): YBhg. Dato' Ts. Dr. Hisham bin Ali

Contoh 3 (Bagi Ahli Akauntan): YBrs. Dr. Wahida bin Abu, C.A. (M).

Contoh 4 (Tiada gelaran kehormatan): Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad bin Ali

Rujukan Autoritatif:

1. Surat Pekeliling Am Bil. 4 Tahun 2014 (JPM/BIUPA)
Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya β€” rujukan tertinggi kerajaan berkaitan panggilan hormat, gelaran kehormat, ahli akademik dan kaedah penggunaannya dalam urusan rasmi.

2. Panduan atau ketetapan badan profesional yang berkaitan
Contohnya:
* MBOT (Ts.)
* BEM (Ir.)
* LAM (Ar.)
* RISM (Sr.)
* IKM (ChM.)
Kerana badan profesional ialah sumber autoritatif terhadap penggunaan gelaran profesional masing-masing.

3. Khidmat Nasihat DBP
Digunakan sebagai rujukan bahasa dan konvensi penulisan apabila tiada ketetapan khusus daripada kerajaan atau badan profesional. Contohnya DBP pernah mengesahkan bentuk β€œIr. Dr.” dalam jawapan rasmi khidmat nasihat.

Semoga panduan ringkas ini dapat membantu kita semua menulis surat rasmi, e-mel korporat, atau menyediakan poster jemputan dengan lebih yakin dan patuh protokol selepas ini.

Nota: Disertakan beberapa cuplikan poster jabatan yang menggunakan gelaran yang betul.

Nota 2: Kami mempelawa anda untuk kongsikan poster yang mengandungi gelaran di bahagian komen supaya para Munsyi Muda boleh memberi ulasan percuma.



Celik Istilah Bil. 9/2026: eksaltasi
08/06/2026

Celik Istilah Bil. 9/2026: eksaltasi

Address

KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Munsyi Muda Bahasa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share