Balai Seni Negara

Balai Seni Negara

Share

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN)

Menjadi Pusat Terunggul Pengembangan Serta Pengumpulan Hasil Seni Visual Tanah Air dan Pemegang Amanah Warisan Seni Negara

02/06/2026

Gone from our sight, but never from our hearts.

Our deepest condolences on the passing of Mr. Khoo Sui Hoe, a dedicated artist who inspired many with his creativity and passion. May his soul rest in peace, and may his family and loved ones find strength during this time of loss.





#МуМОТАС

02/06/2026

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026, Balai Seni Negara membawakan khas kepada anda wacana “Lepak Kartun - Dari Sosiobudaya ke Budaya Kecerdasan AI”.

Ya! Buat semua peminat kartun tempatan, rebut peluang terbaik ini untuk bertemu & mendengar perkongsian dari panel-panel yang berpengalaman luas dalam dunia komik pada 7 Jun 2026 (Ahad), 4.00-5.00 petang di Pentas Utama, Aras 2 World Trade Centre, Kuala Lumpur.

Jumpa anda disana!





02/06/2026

Anda merupakan peminat, pencinta dan pengumpul setem?

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 ini, Balai Seni Negara membawakan khas kepada anda “Sesi Temu & Ramah bersama PELUKIS Setem Koleksi Khazanah Seni Visual Negara 3”.

Temui pelukis hebat dan rebutlah peluang istimewa ini. Anda boleh dapatkan tandatangan eksklusif mereka pada 6 Jun 2026 (Sabtu), 2.00-5.00 petang di Reruai 403 (Balai Seni Negara), World Trade Centre, Kuala Lumpur.

Peluang yang baik tidak datang selalu. Jangan lupa ya!





01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim daripada seluruh warga kerja Balai Seni Negara.







01/06/2026

Selamat menyambut Hari Gawai kepada rakan-rakan masyarakat Dayak dan seluruh keluarga besar Malaysia yang turut meraikannya!

Perayaan ini bukanlah sekadar pesta menuai, ia adalah simbol kebersamaan dan penghormatan tinggi terhadap adat resam yang membentuk identiti kita hari ini. Keunikan tradisi inilah yang mewarnai potret kepelbagaian kaum di Malaysia, mengajar kita hidup saling melengkapi dalam sebuah keluarga besar Malaysia.

Semoga sambutan tahun ini akan terus mengeratkan kemesraan antara kaum dan menyalakan azam untuk kita terus hidup bersatu padu mempertahankan warisan berzaman.

“Gayu Guru Gerai Nyamai”





31/05/2026

Balai Seni Negara mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha yang meraikannya di seluruh negara.

Hari yang penuh bermakna ini mengingatkan kita tentang pentingnya hidup harmoni, saling menghormati dan bersatu padu dalam sebuah negara yang berbilang budaya.

Semoga sambutan Wesak pada tahun ini terus memperkasakan jalinan perpaduan, menyemai benih kasih sayang sesama insan dan membawa kemakmuran yang berpanjangan buat Malaysia tercinta.

Selamat Hari Wesak daripada kami!





31/05/2026

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.

Balai Seni Negara mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh masyarakat di Sabah dan semua yang turut meraikannya.

Perayaan ini bukan sekadar tanda kesyukuran atas rezeki hasil tuaian yang melimpah-ruah, malah ia merupakan cerminan keindahan budaya yang menjadi tunjang identiti negara kita. Semoga keunikan perayaan ini terus menganyam benang perpaduan, memperkukuh keharmonian sesama kita dan merapatkan lagi ikatan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan!







Photos from Balai Seni Negara's post 29/05/2026

Aktiviti Menarik Di Reruai 403 Balai Seni Negara Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.

Ayuh singgah ke reruai Balai Seni Negara dan sertai pelbagai aktiviti menarik seperti Lakaran Doodle & Karikatur, ‘Knitted Wire Art’, Kaligrafi: Dari Jari ke Hati, serta demo menghasilkan “Pressed Flower Keychain & Frame”.

Kepada peminat dan pencinta seni visual, jangan lepaskan peluang mendapatkan buku-buku dan cenderamata eksklusif terbitan Balai Seni Negara dengan pelbagai diskaun menarik hanya di PBAKL 2026!

📍 Reruai 403, Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2
📅 29 Mei – 7 Jun 2026
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam
📌 World Trade Centre, Kuala Lumpur
🎟️ Masuk PERCUMA!

Jumpa anda di sana!





Photos from Balai Seni Negara's post 29/05/2026

Kemeriahan di reruai Balai Seni Negara pada Hari Pertama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.

Jom ke reruai Balai Seni Negara dan raikan dunia buku, seni serta kreativiti dalam suasana yang penuh inspirasi.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seperti Lakaran Doodle & Karikatur, ‘Knitted Wire Art’, Kaligrafi: Dari Jari ke Hati, serta demo menghasilkan “Pressed Flower Keychain & Frame”. Turut diadakan ialah sesi Bicara Seni yang pastinya memberi pengalaman ilmiah buat semua.

Buat pengunjung PBAKL 2026, jangan lepaskan peluang mendapatkan buku-buku dan cenderamata eksklusif terbitan Balai Seni Negara dengan pelbagai diskaun menarik!

📍 Reruai 403, Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2
📅 29 Mei – 7 Jun 2026
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam
📌 World Trade Centre, Kuala Lumpur
🎟️ Masuk PERCUMA!

Jumpa anda di sana!






28/05/2026
Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

https://www.artgallery.gov.my/

Address


Jalan Temerloh
Kuala Lumpur
53200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00