KL Park Festival
17 - 26 October 2025 | Taman Tasik Titiwangsa
Organized by : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Official Hashtag: #klparkfestival2025
https://linktr.ee/KLPF2025
KL Park Festival is a brainchild of the Ministry of Federal Territories and Kuala Lumpur City Hall (DBKL) following the success of the previous editions of KL Orchid and Bonsai Show (KLOBS). The rebranding of KLOBS to KL Park Festival aims to promote gardening culture and wellbeing among the urbanites; educating public on how to put a piece of greenery to their living space; and promoting the great outdoor through the many usages of parks, outdoor activities, and nature appreciation.
14/11/2025
KL Park Festival 2025 telah menutup tirainya dengan jayanya!
Festival ini merupakan manifestasi komitmen Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) dalam memperkukuh agenda kehijauan dan kelestarian bandar melalui pendekatan 4P – Public, Private, People, Partnership, bagi merealisasikan aspirasi menjadikan Kuala Lumpur sebuah “Liveable and Lovable City.”
Terima kasih kepada semua penaja, rakan strategik, komuniti dan warga kota yang bersama menjayakan inisiatif hijau ini.
Semoga kita bertemu lagi di edisi yang akan datang!
Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pengunjung, vendor, agensi, syarikat dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan KL Park Festival 2025.
Acara 10 hari ini telah mendapat sambutan yang meriah bukan sahaja dari warga Malaysia, tetapi menarik dari pengunjung dari pelbagai negara juga.
Kami berharap dapat memberikan anda pengalaman dan kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Akhir kata, jika ada apa-apa cadangan untuk acara akan datang boleh disuarakan di ruang komen ataupun mesej kami.
Semoga bertemu di KL Park Festival yang akan datang 💐🥰
29/10/2025
TIADA AGIHAN POKOK BUNGA PERCUMA DI TAMAN TASIK TITIWANGSA
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan dalam beberapa hantaran di media sosial yang menyatakan kononnya terdapat pemberian pokok bunga secara percuma di kawasan Taman Tasik Titiwangsa selepas penganjuran KL Park Festival 2025.
Untuk makluman, kerja-kerja pembersihan dan pengalihan tanaman hiasan sedang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik sebagai sebahagian daripada proses penutupan acara tersebut. Tiada sebarang agihan pokok bunga kepada orang awam dibenarkan.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak memasuki kawasan berkenaan tanpa kebenaran serta tidak mengambil sebarang tanaman atau bahan hiasan di tapak festival. Tindakan ini bagi memastikan keselamatan awam dan kelancaran kerja-kerja pembersihan.
DBKL turut menasihatkan agar warga kota tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih, dan hanya merujuk kepada saluran rasmi DBKL bagi mendapatkan pengesahan atau maklumat terkini.
27/10/2025
Tahniah kepada semua penerima hadiah Pasport KL Park Festival 2025!
Anda sememangnya gigih dan penuh semangat! 🌟
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menganjurkan Peraduan Pasport KL Park Festival yang menampilkan 9+1 pusat checkpoint di sekitar Taman Tasik Titiwangsa, termasuk komponen koridor KL Park Festival di Rain Tree Plaza, TRX.
Antara hadiah menarik yang telah disampaikan seperti barangan daripada SERBAJADI, VOLTRA, serta tiket ke Mystical Titiwangsa.
Terima kasih atas penyertaan semua, dan sekali lagi tahniah kepada para pemenang! 🎉
DAY 10 VIBES☘️
KL Park Festival 2025 melabuhkan tirai, jumpa lagi bai bai 👋🏻
Terima kasih semua kerana telah mewarnakan memori di setiap sudut Taman Tasik Titiwangsa.
Insha’Allah kita berjumpa lagi di masa akan datang 💐
Untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Terimalah ucapan terima kasih daripada pengunjung yang sangat menghargai segala usaha dan kerja keras anda menjayakan KL Park Festival yang gah ini.
Semoga dengan ucapan mereka ini buat team DBKL tersenyum 😍
Manisnya gula, manis lagi senyuman pengunjung di KL Park Festival 2025! 🍭
Terima kasih buat semua pengunjung yang hadir. Ini hanya hadiah kecil dari Min. Biar pun kecil tapi senyuman kalian penuh makna.
Tahniah para pemenang tournament E- sport x HomeBois anjuran DBKL sempena KL Park Fest 2025!
Korang memang sempoi ~ Sampai jumpa next di tournament E- Sport DBKL yang lain!
26/10/2025
Momen indah sepanjang KL Park Festival 2025 😍
Terima kasih buat semua pengunjung berpusu-pusu datang meriahkan KL Park Festival 2025 dari hari pertama 17 Oktober hingga 26 Oktober 2025. Korang memang terbaik dan sporting🥳
Kalau nak lagi acara KL Park Festival 2025 ini komen '☘️🌸'
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Website
Address
Taman Tasik Titiwangsa
Kuala Lumpur
