DOSM Wilayah Persekutuan

Call Directions Website Contact the organization

DOSM Wilayah Persekutuan DOSM Wilayah Persekutuan

09/10/2026

Program bacaan Surah Yasin dan Surah Al-Kahfi minggu DOSM WP

03/10/2026
03/10/2026

๐ŸŽฌ Jom intai momen-momen sekitar Gotong-Royong Perdana & Sesi โ€œKick Offโ€ Sambutan Hari Statistik Negara (HSN) 2026! โœจ

๐Ÿ“น Nak tahu macam mana meriahnya? Jom tengok! ๐Ÿ‘€

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA & SESI โ€œKICK-OFFโ€ HARI STATISTIK NEGARA 2026Warga Jabatan Perangkaan Malaysia Wilayah Pers...
03/10/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA & SESI โ€œKICK-OFFโ€ HARI STATISTIK NEGARA 2026

Warga Jabatan Perangkaan Malaysia Wilayah Persekutuan (DOSM WP) berganding bahu dalam menjayakan Program Gotong-Royong Perdana dan Sesi โ€œKick-Offโ€ Sambutan Hari Statistik Negara (HSN) 2026.

Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga DOSM WP, malah turut menjadi langkah awal dalam menyemarakkan Sambutan Hari Statistik Negara 2026. ๐Ÿ“Š๐Ÿ’™

Dengan semangat โ€œBersama, Berganding Bahu, Menjayakan HSN 2026โ€, setiap sumbangan dan penglibatan warga DOSM WP amat bermakna dalam memastikan sambutan tahun ini lebih meriah dan bermakna.

PENYAMPAIAN INSENTIF & FAEDAH KEBAJIKAN KEPP-STATSKesatuan Pembantu Perangkaan (KEPP-STATS) meneruskan komitmen dalam me...
01/10/2026

PENYAMPAIAN INSENTIF & FAEDAH KEBAJIKAN KEPP-STATS

Kesatuan Pembantu Perangkaan (KEPP-STATS) meneruskan komitmen dalam menjaga kebajikan warga Jabatan melalui penyampaian insentif dan faedah kebajikan kepada penerima yang layak.

๐ŸŽ“ Insentif Pendidikan
โ€ข Puan Zuraida binti Abdul Razak
โ€ข Puan Mariyana binti Awang
โ€ข Encik Mohd Hussaini bin Awang

๐Ÿฅ Faedah Hospital
โ€ข Puan Wan Nor Azlini binti Wan Omar

๐Ÿ‘ถ Faedah Kelahiran
โ€ข Encik Malik bin Mustakim

Penyampaian telah disempurnakan oleh wakil AJK KEPP-STATS, Puan Zamzulia binti Li @ Pak Li.

Semoga sumbangan yang diberikan dapat memberi manfaat dan sedikit sebanyak membantu para penerima. ๐Ÿค

KEPP-STATS |
Prihatin โ€ข Kebajikan โ€ข Bersama

๐Ÿ“ข ๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐’๐“๐€๐“๐ˆ๐’๐“๐ˆ๐Š ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ (๐‡๐’๐) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ“ขJabatan Perangkaan Malaysia menjemput penyertaan bagi:๐Ÿ“Š ๐’๐ญ๐š๐ญ๐ฌ ๐’๐œ...
30/09/2026

๐Ÿ“ข ๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐’๐“๐€๐“๐ˆ๐’๐“๐ˆ๐Š ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ (๐‡๐’๐) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ“ข

Jabatan Perangkaan Malaysia menjemput penyertaan bagi:

๐Ÿ“Š ๐’๐ญ๐š๐ญ๐ฌ ๐’๐œ๐ข๐ž๐ง๐ญ๐ข๐Ÿ๐ข๐œ ๐๐จ๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ
Terbuka kepada pelajar Tingkatan 4, 5 & 6 di Sekolah Menengah Harian Kerajaan.
๐Ÿ† ๐‰๐ฎ๐š๐ซ๐š ๐‘๐Œ๐Ÿ—๐ŸŽ๐ŸŽ | ๐๐š๐ข๐› ๐‰๐ฎ๐š๐ซ๐š ๐‘๐Œ๐Ÿ”๐ŸŽ๐ŸŽ | ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐Š๐ž๐ญ๐ข๐ ๐š ๐‘๐Œ๐Ÿ‘๐ŸŽ๐ŸŽ

๐Ÿ’ป ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐Ÿ๐จ๐ ๐ซ๐š๐Ÿ๐ข๐ค
Terbuka kepada murid Darjah 4, 5 & 6 di Sekolah Rendah Kerajaan.
๐Ÿ† ๐‰๐ฎ๐š๐ซ๐š ๐‘๐Œ๐Ÿ‘๐ŸŽ๐ŸŽ | ๐๐š๐ข๐› ๐‰๐ฎ๐š๐ซ๐š ๐‘๐Œ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ | ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐Š๐ž๐ญ๐ข๐ ๐š ๐‘๐Œ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ

๐ŸŽ Tambahan 10 hadiah saguhati bagi setiap kategori
๐Ÿ“œ Sijil pemenang & e-sijil penyertaan disediakan.

๐Ÿ“… Tarikh tutup dilanjutkan sehingga 7 Oktober 2026

Kalau ada guru, ibu bapa atau kenalan yang mempunyai anak/pelajar dalam kategori berkenaan, mohon bantu kongsikan hebahan ini. ๐Ÿ˜Š

๐Ÿ“ง Maklumat & penyertaan:
[email protected]

๐Ÿ“Œ Poster pertandingan dilampirkan untuk maklumat lanjut.

๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ง๐—”๐—ž๐—ญ๐—œ๐—”๐—›Dengan penuh rasa dukacita, Warga Jabatan Perangkaan Malaysia Wilayah Persekutuan merakamkan ucapan takziah...
28/09/2026

๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ง๐—”๐—ž๐—ญ๐—œ๐—”๐—›

Dengan penuh rasa dukacita, Warga Jabatan Perangkaan Malaysia Wilayah Persekutuan merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026 (Isnin), bersamaan 16 Rabiulakhir 1448H.

Pemergian Allahyarhamah yang dikenali sebagai seorang tokoh wanita yang penuh kelembutan, kasih sayang serta banyak mencurahkan bakti kepada masyarakat dan negara pastinya meninggalkan kesan yang mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia. Jasa, sumbangan dan keperibadian Allahyarhamah akan sentiasa dikenang dan menjadi inspirasi buat generasi akan datang.

Warga Jabatan Perangkaan Malaysia Wilayah Persekutuan mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Semoga Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat penuh kedukaan ini.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.
Al-Fatihah. ๐Ÿค

Daripada:
Warga Jabatan Perangkaan Malaysia
Wilayah Persekutuan

27/09/2026

Address

Tingkat 14 & 15, Wisma FGV
Kuala Lumpur
50350

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00

Telephone

0322672400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DOSM Wilayah Persekutuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to DOSM Wilayah Persekutuan:

Shortcuts

Share