MARDI Terengganu

Directions Website Contact the organization

MARDI Terengganu Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

🌟 MAJLIS AMANAT PENGARAH MARDI NEGERI TERENGGANU, PENYAMPAIAN ANUGERAH ASCB & MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS 🌟  ​Alhamdulilla...
04/10/2026

🌟 MAJLIS AMANAT PENGARAH MARDI NEGERI TERENGGANU, PENYAMPAIAN ANUGERAH ASCB & MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS 🌟

​Alhamdulillah, Majlis Amanat Pengarah MARDI Negeri Terengganu bersama warga kerja MARDI Kuala Terengganu dan MARDI Besut telah selesai diadakan dengan jayanya pada 1 Oktober 2026 yang lalu.

​Majlis ini turut menyaksikan penyampaian Anugerah ASCB serta Majlis Serah Terima Tugas bagi Pengurus MARDI Kuala Terengganu, MARDI Besut, dan Pengurus MARDI Jerangau.

​Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah serta barisan pengurusan yang baharu. Semoga terus bersemangat dalam memacu kecemerlangan perkhidmatan jabatan ke tahap yang lebih gemilang!






SEKALUNG TAHNIAH: KURSUS PENGURUSAN RISIKO HAZARD DI TEMPAT KERJA  ​Alhamdulillah telah berlangsung Kursus Pengurusan Ri...
04/10/2026

SEKALUNG TAHNIAH: KURSUS PENGURUSAN RISIKO HAZARD DI TEMPAT KERJA

​Alhamdulillah telah berlangsung Kursus Pengurusan Risiko Hazard di Tempat Kerja bagi warga kerja MARDI Kuala Terengganu dan MARDI Besut telah pun selesai pada 24 September 2026 dengan jayanya!

​Program ini telah diadakan bagi memperkukuh pengetahuan, mendedahkan teknik mengenal pasti dan menilai hazard, serta membudayakan amalan kerja yang selamat dalam kalangan warga kerja demi kesejahteraan bersama di tempat kerja.

​Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu dan pendedahan yang diperoleh dapat terus dipraktikkan untuk memastikan persekitaran kerja yang sentiasa selamat, sihat, dan produktif.






🌾 AGORA-47 ZON TIMUR🗓️ 26–28 September 2026  📍MARDI Cherating, PahangProgram Agropreneur Muda MARDI di bawah Pusat Pemin...
29/09/2026

🌾 AGORA-47 ZON TIMUR

🗓️ 26–28 September 2026
📍MARDI Cherating, Pahang

Program Agropreneur Muda MARDI di bawah Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan (TE) telah menganjurkan AGORA-47 Zon Timur yang berlangsung di MARDI Cherating, Pahang.

Seramai 37 orang peserta Agropreneur Muda yang terdiri dari Negeri Pahang, Terengganu, Kelantan dan beberapa negeri lain telah menyertai program ini.

Program ini bertujuan memberi penekanan terhadap konsep keusahawanan moden, asas penyediaan rancangan perniagaan serta perkongsian teknologi berkaitan tanaman dan pemprosesan makanan dalam bidang industri asas tani.

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Encik Abu Bakr bin Mohd Hanim, Timbalan Pengarah Program Agropreneur Muda MARDI.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan urus setia serta pihak pengurusan MARDI Cherating atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam membantu menjayakan program ini.




📌 𝖡𝖤𝖭𝖦𝖪𝖤𝖫 𝖳𝖤𝖪𝖭𝖮𝖫𝖮𝖦𝖨 𝖯𝖤𝖬𝖯𝖱𝖮𝖲𝖤𝖲𝖠𝖭 𝖡𝖴𝖭 𝖬𝖠𝖭𝖨𝖲 𝖣𝖠𝖭 𝖱𝖮𝖳𝖨 𝖫𝖮𝖥 𝖡𝖤𝖱𝖠𝖲𝖠𝖲𝖪𝖠𝖭 𝖪𝖤𝖫𝖤𝖣𝖤𝖪 🍞🍠📅 𝟤𝟣 𝖲𝖾𝗉𝗍𝖾𝗆𝖻𝖾𝗋 𝟤𝟢𝟤𝟨  📍 𝖬𝖠𝖱𝖣𝖨 𝖡𝖾𝗌𝗎𝗍, 𝖳𝖾𝗋𝖾𝗇𝗀𝗀𝖺...
22/09/2026

📌 𝖡𝖤𝖭𝖦𝖪𝖤𝖫 𝖳𝖤𝖪𝖭𝖮𝖫𝖮𝖦𝖨 𝖯𝖤𝖬𝖯𝖱𝖮𝖲𝖤𝖲𝖠𝖭 𝖡𝖴𝖭 𝖬𝖠𝖭𝖨𝖲 𝖣𝖠𝖭 𝖱𝖮𝖳𝖨 𝖫𝖮𝖥 𝖡𝖤𝖱𝖠𝖲𝖠𝖲𝖪𝖠𝖭 𝖪𝖤𝖫𝖤𝖣𝖤𝖪 🍞🍠

📅 𝟤𝟣 𝖲𝖾𝗉𝗍𝖾𝗆𝖻𝖾𝗋 𝟤𝟢𝟤𝟨
📍 𝖬𝖠𝖱𝖣𝖨 𝖡𝖾𝗌𝗎𝗍, 𝖳𝖾𝗋𝖾𝗇𝗀𝗀𝖺𝗇𝗎

𝖲𝖾𝗅𝖾𝗌𝖺𝗂 𝗌𝗎𝖽𝖺𝗁 𝖡𝖾𝗇𝗀𝗄𝖾𝗅 𝖳𝖾𝗄𝗇𝗈𝗅𝗈𝗀𝗂 𝖯𝖾𝗆𝗉𝗋𝗈𝗌𝖾𝗌𝖺𝗇 𝖡𝗎𝗇 𝖬𝖺𝗇𝗂𝗌 𝖽𝖺𝗇 𝖱𝗈𝗍𝗂 𝖫𝗈𝖿 𝖡𝖾𝗋𝖺𝗌𝖺𝗌𝗄𝖺𝗇 𝖪𝖾𝗅𝖾𝖽𝖾𝗄 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝗍𝖾𝗅𝖺𝗁 𝖽𝗂𝖺𝖽𝖺𝗄𝖺𝗇 𝖽𝗂 𝖬𝖠𝖱𝖣𝖨 𝖡𝖾𝗌𝗎𝗍, 𝖳𝖾𝗋𝖾𝗇𝗀𝗀𝖺𝗇𝗎, 𝖽𝖾𝗇𝗀𝖺𝗇 𝗉𝖾𝗇𝗒𝖾𝗋𝗍𝖺𝖺𝗇 𝗌𝖾𝗋𝖺𝗆𝖺𝗂 𝟥𝟩 𝗈𝗋𝖺𝗇𝗀 𝗉𝖾𝗌𝖾𝗋𝗍𝖺.

𝖢𝖾𝗋𝖺𝗆𝖺𝗁 𝖻𝖾𝗋𝗄𝖺𝗂𝗍𝖺𝗇 𝗍𝖾𝗄𝗇𝗈𝗅𝗈𝗀𝗂 𝗉𝖾𝗆𝗉𝗋𝗈𝗌𝖾𝗌𝖺𝗇 𝖻𝗎𝗇 𝗆𝖺𝗇𝗂𝗌 𝖽𝖺𝗇 𝗋𝗈𝗍𝗂 𝗅𝗈𝖿 𝖻𝖾𝗋𝖺𝗌𝖺𝗌𝗄𝖺𝗇 𝗄𝖾𝗅𝖾𝖽𝖾𝗄 𝗍𝖾𝗅𝖺𝗁 𝖽𝗂𝗌𝖺𝗆𝗉𝖺𝗂𝗄𝖺𝗇 𝗈𝗅𝖾𝗁 𝖳𝗌.𝖠𝗌𝗁𝖺𝖽𝗂 𝖡𝗂𝗇 𝖸𝖺𝖺𝖼𝗈𝖻@ 𝖱𝖺𝗆𝗅𝗂, 𝗆𝖺𝗇𝖺𝗄𝖺𝗅𝖺 𝖿𝖺𝗌𝗂𝗅𝗂𝗍𝖺𝗍𝗈𝗋 𝖽𝗂𝗄𝖾𝗍𝗎𝖺𝗂 𝗈𝗅𝖾𝗁 𝖤𝗇. 𝖬𝗎𝗁𝖺𝗆𝗆𝖺𝖽 𝖥𝗂𝗄𝗋𝗂 𝖽𝖺𝗇 𝖽𝗂𝖻𝖺𝗇𝗍𝗎 𝗈𝗅𝖾𝗁 𝖯𝗇. 𝖠𝗓𝗆𝖺𝗁, 𝖯𝗇.𝖠𝗒𝗎𝗇𝗂 𝗌𝖾𝗋𝗍𝖺 𝖯𝗇. 𝖧𝖺𝗇𝗂𝗌𝖺𝗁.

𝖡𝖾𝗇𝗀𝗄𝖾𝗅 𝗂𝗇𝗂 𝗆𝖾𝗆𝖻𝖾𝗋𝗂 𝗉𝖾𝗇𝖽𝖾𝖽𝖺𝗁𝖺𝗇 𝗄𝖾𝗉𝖺𝖽𝖺 𝗉𝖾𝗌𝖾𝗋𝗍𝖺 𝖻𝖾𝗋𝗄𝖺𝗂𝗍𝖺𝗇 𝗄𝖺𝖾𝖽𝖺𝗁 𝗉𝖾𝗆𝗉𝗋𝗈𝗌𝖾𝗌𝖺𝗇 𝖽𝖺𝗇 𝗉𝖾𝗇𝗀𝗁𝖺𝗌𝗂𝗅𝖺𝗇 𝗉𝗋𝗈𝖽𝗎𝗄 𝖻𝖺𝗄𝖾𝗋𝗂 𝖻𝖾𝗋𝖺𝗌𝖺𝗌𝗄𝖺𝗇 𝗄𝖾𝗅𝖾𝖽𝖾𝗄, 𝖽𝗂 𝗌𝖺𝗆𝗉𝗂𝗇𝗀 𝗆𝖾𝗇𝗂𝗇𝗀𝗄𝖺𝗍𝗄𝖺𝗇 𝗉𝖾𝗇𝗀𝖾𝗍𝖺𝗁𝗎𝖺𝗇 𝖽𝖺𝗇 𝗄𝖾𝗆𝖺𝗁𝗂𝗋𝖺𝗇 𝖽𝖺𝗅𝖺𝗆 𝗆𝖾𝗇𝗀𝗁𝖺𝗌𝗂𝗅𝗄𝖺𝗇 𝗉𝗋𝗈𝖽𝗎𝗄 𝗆𝖺𝗄𝖺𝗇𝖺𝗇 𝖻𝖾𝗋𝗇𝗂𝗅𝖺𝗂 𝗍𝖺𝗆𝖻𝖺𝗁.

𝖲𝖾𝗍𝗂𝗇𝗀𝗀𝗂-𝗍𝗂𝗇𝗀𝗀𝗂 𝗉𝖾𝗇𝗀𝗁𝖺𝗋𝗀𝖺𝖺𝗇 𝖽𝖺𝗇 𝗍𝖾𝗋𝗂𝗆𝖺 𝗄𝖺𝗌𝗂𝗁 𝗄𝖾𝗉𝖺𝖽𝖺 𝗉𝗂𝗁𝖺𝗄 𝗉𝖾𝗇𝗀𝗎𝗋𝗎𝗌𝖺𝗇 MARDI Besut 𝖺𝗍𝖺𝗌 𝗄𝖾𝗋𝗃𝖺𝗌𝖺𝗆𝖺 𝖽𝖺𝗇 𝗌𝗈𝗄𝗈𝗇𝗀𝖺𝗇 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝖽𝗂𝖻𝖾𝗋𝗂𝗄𝖺𝗇, 𝗌𝖾𝗋𝗍𝖺 𝗄𝖾𝗉𝖺𝖽𝖺 𝗌𝖾𝗆𝗎𝖺 𝗉𝗂𝗁𝖺𝗄 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝗍𝖾𝗋𝗅𝗂𝖻𝖺𝗍 𝖽𝖺𝗅𝖺𝗆 𝗆𝖾𝗇𝗃𝖺𝗒𝖺𝗄𝖺𝗇 𝖻𝖾𝗇𝗀𝗄𝖾𝗅 𝗂𝗇𝗂.

#𝖬𝖠𝖱𝖣𝖨𝖡𝖾𝗋𝗂𝗇𝗈𝗏𝖺𝗌𝗂
#𝖢𝗎𝗄𝗎𝗉𝖣𝖺𝗇𝖳𝖾𝗋𝗃𝖺𝗆𝗂𝗇
#𝗉𝖾𝗇𝖾𝗋𝖺𝗃𝗎𝗂𝗇𝗈𝗏𝖺𝗌𝗂𝖺𝗀𝗋𝗈𝗍𝖾𝗄𝗇𝗈𝗅𝗈𝗀𝗂
#𝖻𝖾𝗍𝗍𝖾𝗋𝖬𝖠𝖱𝖣𝖨
#𝖬𝖺𝗅𝖺𝗒𝗌𝗂𝖺𝖬𝖺𝖽𝖺𝗇𝗂
#𝖳𝖺𝖺𝗍𝖲𝖾𝗍𝗂𝖺

KUNJUNGAN HORMAT URUS SETIA WANITA TERENGGANU (USWa) KE MARDI📅 14 September 2026  📍 MARDI Kuala TerengganuMARDI Kuala Te...
14/09/2026

KUNJUNGAN HORMAT URUS SETIA WANITA TERENGGANU (USWa) KE MARDI

📅 14 September 2026
📍 MARDI Kuala Terengganu

MARDI Kuala Terengganu menerima kunjungan hormat daripada Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) bagi membincangkan potensi kerjasama dalam pelaksanaan Program Lamanita Terengganu 2026, khususnya melibatkan projek penternakan ayam penelur.

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada aspek teknologi, pembangunan projek serta bentuk kerjasama yang bersesuaian bagi menjayakan program.

Semoga kerjasama strategik antara MARDI dan USWa dapat terus diperkukuh bagi memperkasa wanita serta menyokong pembangunan komuniti setempat.

PENYERTAAN MARDI TERENGGANU SEMPENA MARKET INNOVATION SHOWCASE 2026📅 10 – 12 September 2026  📍 Pusat Dagangan Terengganu...
13/09/2026

PENYERTAAN MARDI TERENGGANU SEMPENA MARKET INNOVATION SHOWCASE 2026

📅 10 – 12 September 2026
📍 Pusat Dagangan Terengganu (TTC)

MARDI Terengganu turut menyertai Market Innovation Showcase 2026 dan Peluncuran Studio TikTok Shop Live @ Hab Digital yang berlangsung di Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu.

Program ini melibatkan Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Ariffin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, mewakili YAB Menteri Besar Terengganu.

Sepanjang program berlangsung, MARDI Terengganu berpeluang memperkenalkan pelbagai teknologi, inovasi, program dan perkhidmatan MARDI kepada para usahawan serta pengunjung yang hadir.

Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan dan peluang yang diberikan. Semoga penyertaan ini dapat terus memperkukuh jaringan kerjasama serta memperkasa usahawan melalui pemindahan teknologi dan inovasi.

📍 Jangan lupa singgah ke Booth MARDI! Dapatkan informasi serta ketahui pelbagai tawaran, program dan perkhidmatan yang d...
08/09/2026

📍 Jangan lupa singgah ke Booth MARDI! Dapatkan informasi serta ketahui pelbagai tawaran, program dan perkhidmatan yang disediakan oleh MARDI.

03/09/2026

LAWATAN YAB MENTERI BESAR TERENGGANU KE PAVILION TERENGGANU
​Pavilion Terengganu berbesar hati menerima kunjungan YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu dalam satu lawatan ke Pavilion Terengganu.
​Kunjungan ini turut menjadi ruang untuk melihat dengan lebih dekat pelbagai produk, hasil pertanian, agro makanan serta keunikan identiti Terengganu yang diketengahkan sepanjang penganjuran MAHA 2026.
​Terima kasih YAB Dato' Seri atas kesudian meluangkan masa berkunjung ke Pavilion Terengganu.
​Terengganu — Kaya Dengan Warisan, Subur Dengan Potensi! 🌾✨
​

Selamat Bersara, Dato’ Dr. Haji Mohamad ZabawiSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dato’ Dr. Ha...
01/09/2026

Selamat Bersara, Dato’ Dr. Haji Mohamad Zabawi

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dato’ Dr. Haji Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI, atas 38 tahun penuh dedikasi, khidmat bakti dan sumbangan bermakna kepada MARDI serta pembangunan sektor agromakanan negara.

Segala jasa, kepimpinan dan komitmen yang dicurahkan akan sentiasa dikenang dan menjadi inspirasi buat seluruh warga MARDI.

Semoga Dato’ terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam melangkah ke fasa kehidupan yang baharu.

Selamat bersara dan terima kasih atas segala jasa dan bakti.






Terima kasih tak terhingga kepada yang tak putus-putus datang membeli dan support kami hari ni! Korang bila lagi nak mer...
31/08/2026

Terima kasih tak terhingga kepada yang tak putus-putus datang membeli dan support kami hari ni!

Korang bila lagi nak merasai sendiri penangan rosel Terengganu ni? ✨

Jangan lupa singgah ke booth jualan produk hasilan rosel Terengganu dari MARDI KUALA TERENGGANU.

Nak mudah terus roger kami?
Klik je link ni: https://wa.link/8ng47z





Address

Kuala Manir
21200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MARDI Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MARDI Terengganu:

Shortcuts

Share