KEMAS Parlimen Padang Terap

Directions

KEMAS Parlimen Padang Terap Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KEMAS Parlimen Padang Terap, Government Organization, Kuala Nerang.

Tabika KEMAS Tunas Istimewa (Autisme)
01/10/2026

Tabika KEMAS Tunas Istimewa (Autisme)


🌈 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π 𝐀𝐖𝐀𝐋 π”ππ“π”πŠ π€ππ€πŠ-π€ππ€πŠ π€π”π“πˆπ’πŒπ„ πƒπˆ π“π€ππˆπŠπ€ πŠπ„πŒπ€π’ 𝐓𝐔𝐍𝐀𝐒 πˆπ’π“πˆπŒπ„π–π€ πƒπˆ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡! 🌈

Bermula Sesi 2027, sebanyak 12 TABIKA KEMAS Tunas Istimewa (Autisme) akan beroperasi di seluruh Negeri Kedah bagi menyediakan pendidikan serta intervensi awal dalam persekitaran pembelajaran yang inklusif dan kondusif. πŸ’™πŸ§©

πŸ“’ Permohonan kini dibuka!
πŸ“… 1 hingga 16 Oktober 2026
πŸ‘§πŸ»πŸ‘¦πŸ» Terbuka kepada kanak-kanak autisme / mild autisme berumur 5 dan 6 tahun pada tahun 2027.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem KEMAS EduCeria:

🌐 ceria.kemas.gov.my
πŸ“§ Pertanyaan: [email protected]

πŸ“ Senarai 12 TABIKA KEMAS Tunas Istimewa (Autisme) Negeri Kedah adalah seperti yang tertera pada poster.

Ayuh ibu bapa dan penjaga, rebut peluang ini untuk memberikan ruang kepada anak-anak istimewa kita belajar, berkembang dan membina keyakinan diri. ✨

πŸ’™ Setiap anak istimewa, setiap potensi bermakna.
🌟 Pendidikan Awal Untuk Masa Depan Yang Lebih Cerah.


KURSUS KEPIMPINAN BERASASKAN IMAN, INTEGRITI DAN AMANAHPADANG TERAP, 28 September 2026 – Kursus Kepimpinan Berasaskan Im...
29/09/2026

KURSUS KEPIMPINAN BERASASKAN IMAN, INTEGRITI DAN AMANAH

PADANG TERAP, 28 September 2026 – Kursus Kepimpinan Berasaskan Iman, Integriti dan Amanah telah diadakan pada 28 September 2026, bertempat di Dewan Utama Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) KEMAS Padang Terap.

Kursus yang berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang ini melibatkan seramai 302 orang kakitangan KEMAS seluruh Negeri Kedah secara bersemuka dan dalam talian.

Program telah disampaikan oleh En. Ahmad Shukri bin Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, yang mengupas kepentingan nilai iman, integriti dan amanah sebagai asas dalam membentuk kepimpinan yang beretika, bertanggungjawab serta berwibawa.

Penganjuran kursus ini diharap dapat memperkukuh penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan warga KEMAS serta meningkatkan komitmen dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.


KURSUS JANGKA PANJANG MIFTAHUL QURAN KEMAS PARLIMEN PADANG TERAPPADANG TERAP, 22 September 2026 – KEMAS Parlimen Padang ...
29/09/2026

KURSUS JANGKA PANJANG MIFTAHUL QURAN KEMAS PARLIMEN PADANG TERAP

PADANG TERAP, 22 September 2026 – KEMAS Parlimen Padang Terap telah menganjurkan Kursus Jangka Panjang Miftahul Quran bertempat di Dewan KEDA Bukit Kura, yang melibatkan seramai 100 orang peserta.

Program yang berlangsung selama tiga bulan ini bertujuan membantu peserta mempertingkatkan kemahiran membaca al-Quran melalui pembelajaran ilmu tajwid, pembetulan makhraj huruf serta penghayatan dan penguasaan bacaan al-Quran dengan lebih baik.

Sepanjang tempoh kursus, peserta akan dibekalkan modul pembelajaran yang lengkap, al-Quran serta latihan dan soalan bagi memastikan kefahaman terhadap ilmu yang dipelajari dapat dipertingkatkan secara berperingkat.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Komuniti KEMAS Parlimen Padang Terap merangkap KEMAS Negeri Kedah, dengan turut dihadiri Encik Al-Firdaus bin Muhamad
Penolong Pengarah Kanan Unit Pembangunan Komuniti Dan Pendidikan Kemahiran KEMAS Negeri Kedah dan Puan Hajah Afifah binti Haji Omar,
Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

Program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada peserta dalam memperkemaskan bacaan al-Quran serta membudayakan pembelajaran al-Quran secara berterusan dalam kalangan masyarakat setempat.


15/09/2026
Terima kasih protac insurance Brokers Sdn Bhd..
15/09/2026

Terima kasih protac insurance Brokers Sdn Bhd..


πŸ’ˆ JOM SERTAI KURSUS JURUGAYA RAMBUT (BARBER)! πŸ’ˆπŸ”₯ Nak tambah kemahiran? Nak jana pendapatan tambahan? Inilah peluang anda...
06/09/2026

πŸ’ˆ JOM SERTAI KURSUS JURUGAYA RAMBUT (BARBER)! πŸ’ˆ

πŸ”₯ Nak tambah kemahiran? Nak jana pendapatan tambahan? Inilah peluang anda!

KEMAS Parlimen Kuala Kedah kini membuka permohonan Kursus Kemahiran Quick Win Dandanan Diri – Jurugaya Rambut (Barber) Tahun 2026. βœ‚οΈπŸ’‡β€β™‚οΈ
Kursus ini sesuai untuk komuniti B40 berumur 18 hingga 45 tahun yang berminat untuk mempelajari kemahiran asas gunting rambut serta membina peluang perniagaan dalam bidang barber.
✨ Apa yang anda akan dapat? βœ… Latihan praktikal kemahiran barber
βœ… Belajar teknik gunting & sikat
βœ… Teknik potongan rambut moden
βœ… Penjagaan rambut & kulit kepala
βœ… Bimbingan dan sokongan sepanjang kursus
βœ… Sijil disediakan
πŸ‘₯ Penyertaan TERHAD kepada 10 orang sahaja!
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki kemahiran yang boleh menjadi sumber pendapatan dan peluang kerjaya masa depan.

πŸ“’ PERMOHONAN DIBUKA SEKARANG!
πŸ“ž Untuk maklumat lanjut: Pn. Misbah: 011-10575334
Pn. Zailiawati: 012-5431639

πŸ‘‰ Jom daftar sekarang! Tempat terhad – siapa cepat, dia dapat! βœ‚οΈπŸ”₯
β€œKemahiran Anda, Masa Depan Anda!”
Bersama KEMAS, Membina Komuniti Sejahtera.


KURSUS KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN KEMAS PADANG TERAP PERKASA PERANAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK.PADANG TERAP,...
06/09/2026

KURSUS KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN KEMAS PADANG TERAP PERKASA PERANAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK.

PADANG TERAP, 5 SEPTEMBER 2026 – KEMAS Padang Terap telah menganjurkan Kursus Kemahiran Keibubapaan bertempat di Dewan Seri Mahawangsa, KEMAS Padang Terap, yang melibatkan penyertaan seramai 100 orang waris kanak-kanak Tabika KEMAS dari seluruh daerah Padang Terap.

Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti KEMAS Negeri Kedah. Turut hadir ialah Pengarah KEMAS Negeri Kedah, Encik Mohd Ali Hanafiah bin Abu Hassan, serta Cik Zuraidah binti Mohamad Husni, Penolong Pegawai Komuniti dan Kemahiran KEMAS Padang Terap.
Penganjuran kursus ini merupakan antara usaha KEMAS dalam memperkukuh peranan ibu bapa sebagai rakan strategik dalam pendidikan awal kanak-kanak, khususnya melalui peningkatan pengetahuan, kemahiran dan kefahaman berkaitan aspek keibubapaan.

Melalui program seumpama ini, para waris diberi pendedahan serta panduan yang bersesuaian bagi membentuk persekitaran keluarga yang positif, kondusif dan menyokong perkembangan holistik kanak-kanak.

KEMAS Padang Terap komited untuk terus memperkasa golongan ibu bapa serta komuniti setempat melalui pelaksanaan program pembangunan keluarga yang berimpak dan berterusan, selaras dengan usaha melahirkan generasi yang berkualiti, berdaya saing dan mempunyai nilai sahsiah yang tinggi.


12/05/2026

🌸🩺 π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓 πŸπŸŽπŸπŸ” 🩺🌸

Masih belum terlambat rasanya untuk kami mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada seluruh jururawat di Malaysia, khususnya jururawat yang saban tahun hadir ke TABIKA KEMAS untuk memeriksa kesihatan kanak-kanak, memantau tumbesaran mereka, memberi ubat cacing, serta mengajar anak-anak cara memberus gigi dengan betul. 🩺

Terima kasih atas segala jasa, kasih sayang dan kesabaran dalam memastikan anak-anak TABIKA KEMAS sentiasa sihat, ceria dan membesar dalam keadaan yang baik. ❀️

Kehadiran anda bukan sekadar menjalankan tugas, tetapi turut memberi didikan awal tentang pentingnya penjagaan kesihatan kepada anak-anak kecil. 🌸

Selamat Hari Jururawat 2026!
Terima kasih wira kesihatan negara. πŸ‡²πŸ‡Ύ

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


PROGRAM PROMOSI UNIT PKEM KEMAS PADANG TERAP.PADANG TERAP 12 Mei – Program Promosi Unit PKEM telah berlangsung dengan ja...
12/05/2026

PROGRAM PROMOSI UNIT PKEM KEMAS PADANG TERAP.

PADANG TERAP 12 Mei – Program Promosi Unit PKEM telah berlangsung dengan jayanya di Pekan Nat, Kuala Nerang pada hari ini bagi memperkenalkan peranan serta perkhidmatan yang disediakan oleh Unit PKEM kepada masyarakat setempat.

Program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung Pekan Nat yang hadir untuk mendapatkan maklumat serta bertanya secara terus berkaitan pelbagai inisiatif dan program yang ditawarkan. Selain itu, aktiviti promosi ini turut menjadi platform untuk merapatkan hubungan antara pihak KEMAS dan komuniti setempat.

Pihak KEMAS berharap program seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai fungsi dan kepentingan Unit PKEM dalam membantu golongan yang memerlukan.

19/04/2026

Address

Kuala Nerang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEMAS Parlimen Padang Terap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share