Pemuda PAS Kuala Nerus

Contact the organization

Pemuda PAS Kuala Nerus Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus

13/11/2026
12/11/2026
KEJADIAN BARU BERLAKU 5 MINIT LEPASSalah satu emas di Batu 6 kene rompak, pelaku naik kereta seperti gambar menuju ke Ge...
12/11/2026

KEJADIAN BARU BERLAKU 5 MINIT LEPAS

Salah satu emas di Batu 6 kene rompak, pelaku naik kereta seperti gambar menuju ke Gemuroh/Setiu.

TOLONG TAHAN/PEGANG SEKIRANYA JUMPA!

💚💚💚💙💙💙
11/11/2026

💚💚💚💙💙💙

10/11/2026
10/11/2026
DARI HOSPITAL KE DUNIA KORPORAT, KENALI 5 CALON PN MELAKA!Ramai melihat calon pilihan raya hanya dari sudut parti politi...
10/11/2026

DARI HOSPITAL KE DUNIA KORPORAT, KENALI 5 CALON PN MELAKA!

Ramai melihat calon pilihan raya hanya dari sudut parti politik. Namun, lima calon Perikatan Nasional Melaka ini datang daripada pelbagai latar belakang profesional. Ada doktor perubatan, pakar kesihatan persekitaran, jurutera, tokoh korporat dan usahawan.

Di Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub bukan sekadar seorang doktor. Beliau pernah berkhidmat di Hospital Melaka dan merawat masyarakat selama 12 tahun di Poliklinik Hidayah. Kini sebagai penyandang ADUN Bemban dan Ketua Pembangkang DUN Melaka, beliau turut memiliki pengalaman dalam pentadbiran kerajaan tempatan serta pembangunan ekonomi.

Haji Rafie Ahmad p**a membawa pengalaman lebih dua dekad sebagai pengarah syarikat. Berkelulusan MBA dengan latar belakang kejuruteraan dan komunikasi korporat, beliau juga aktif memimpin NGO kebajikan serta institusi pendidikan Islam. Beliau diketengahkan sebagai calon di Paya Rumput.

Di Bukit Katil, Ridzuan Sarif tampil dengan pengalaman hampir 20 tahun dalam perkhidmatan awam. Kepakaran beliau merangkumi kesihatan persekitaran, penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan pekerjaan, selain pernah mengetuai Unit Inspektorat dan Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.

Kejuruteraan mekanikal, automasi dan pengurusan korporat merupakan antara bidang yang melatari Albert Kok, calon di Kesidang. Beliau memiliki kelulusan dalam pengajian perniagaan dan kejuruteraan daripada UTM, selain pengalaman dalam kepimpinan organisasi politik.

Seorang usahawan berusia 66 tahun dan pemegang Doktor Kehormat dalam Sains Politik, Michael Gan p**a merupakan calon di Ayer Keroh. Pengalaman beliau dalam dunia perniagaan menambah satu lagi dimensi kepada kepelbagaian latar belakang barisan ini.

Lima calon dengan pengalaman berbeza. Ada yang merawat pesakit, menguatkuasakan undang-undang, mengurus syarikat, memimpin organisasi masyarakat dan membawa suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri.

Inilah antara latar belakang Calon Perikatan Nasional yang wajar diketahui dan dinilai oleh rakyat Melaka menjelang PRN 2026.

10/11/2026

Tahniah BTR FC (Bukit Tok Ris FC) atas kejayaan merangkul kejuaraan Piala YBZ ADUN Bukit Tunggal 2026 dengan kemenangan 6–1 ke atas SBT FC.

Syabas kepada kedua-dua pasukan atas aksi dan semangat kesukanan yang ditampilkan.

10/11/2026

Address

Kompleks Tarbiyah At-Taqwa (KOMTAQ)
Kuala Nerus
21200KUALATERENGGANU

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Kuala Nerus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda PAS Kuala Nerus:

Shortcuts

Share