UPPM N33 KUALA PENYU

Directions

UPPM N33 KUALA PENYU Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from UPPM N33 KUALA PENYU, Government Organization, Kuala Penyu.

PEMBUKAAN PEJABAT BAHARU SABAH ELECTRICITY DI KUALA PENYU, PERMUDAH URUSAN 8,729 PENGGUNA ELEKTRIK16 OCT, KUALA PENYU | ...
17/10/2026

PEMBUKAAN PEJABAT BAHARU SABAH ELECTRICITY DI KUALA PENYU, PERMUDAH URUSAN 8,729 PENGGUNA ELEKTRIK

16 OCT, KUALA PENYU | YB Datuk Limus Jury telah menghadiri majlis pembukaan dan merasmikan pejabat baharu Sabah Electricity di Kuala Penyu.

Pembukaan pejabat baharu ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 8,729 pengguna elektrik, khususnya penduduk di kawasan Kuala Penyu dan Menumbok, dengan menyediakan kemudahan yang lebih dekat serta memudahkan urusan perkhidmatan dan pelanggan.

Inisiatif ini diharap dapat meningkatkan kemudahan akses kepada perkhidmatan elektrik, sekali gus memberikan keselesaan kepada masyarakat setempat.

UPPM – Sentiasa Mendekati dan Berkhidmat untuk Rakyat.





17/10/2026

Pembukaan pejabat baharu Sabah Electricity di Kuala Penyu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 8,729 pengguna elektrik, sekali gus memudahkan urusan pelanggan di kawasan Kuala Penyu dan Menumbok.

Pautan berita penuh diruangan komen

17/10/2026

Pengarah UPPM Sabah, Datuk Awang Kadin Tang, berkata sesi berkenaan menjadi platform bagi kedua-dua pihak berkongsi maklumat, menyelaraskan tindakan dan meningkatkan kefahaman mengenai isu bekalan elektrik yang melibatkan kepentingan rakyat.

Pautan berita penuh diruangan komen

15 Oktober | Program Libat Urus Sabah ElectricityUPPM N.33 Kuala Penyu telah menghadiri Program Libat Urus Sabah Electri...
17/10/2026

15 Oktober | Program Libat Urus Sabah Electricity

UPPM N.33 Kuala Penyu telah menghadiri Program Libat Urus Sabah Electricity bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Negeri Sabah yang berlangsung di Ballroom, Level 3, The Gem Hotel, Beaufort.

Program ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan kerjasama serta meningkatkan komunikasi dan penyelarasan antara Sabah Electricity dengan pihak UPPM demi memastikan penyampaian maklumat dan perkhidmatan berkaitan bekalan elektrik kepada masyarakat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.





πŸ“ TUAN PPM JEPINUS KIMUIN RASMIKAN MAJLIS PENUTUP PROGRAM CILI LESTARIMENUMBOK 14 OCTOBER | Tuan PPM Jepinus Kimuin tela...
17/10/2026

πŸ“ TUAN PPM JEPINUS KIMUIN RASMIKAN MAJLIS PENUTUP PROGRAM CILI LESTARI

MENUMBOK 14 OCTOBER | Tuan PPM Jepinus Kimuin telah menghadiri seterusnya merasmikan majlis penutupan Program Cili Lestari: Proses Sistem Fertigasi Lada Bara yang berlangsung di Dewan Terbuka Kampung Manggis Daerah Kecil Menumbok.

Program anjuran Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan ini merupakan satu inisiatif dalam memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai kaedah penanaman cili menggunakan sistem fertigasi.

Diharapkan program seumpama ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang pertanian, di samping menggalakkan pengusahaan tanaman cili sebagai salah satu usaha menjana pendapatan serta meningkatkan ekonomi komuniti setempat.

Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha seumpama ini dapat diteruskan demi manfaat masyarakat setempat.






UPACARA SEMBAHYANG DAN PERARAKAN PARA DEWA GABUNGAN PERSATUAN TOKONG DATUK KONG SABAHTuan Jepinus Kimuin, PPM N.33 Kuala...
10/10/2026

UPACARA SEMBAHYANG DAN PERARAKAN PARA DEWA GABUNGAN PERSATUAN TOKONG DATUK KONG SABAH

Tuan Jepinus Kimuin, PPM N.33 Kuala Penyu, telah mewakili YB Datuk Limus Jury bagi menghadiri Upacara Sembahyang dan Perarakan Para Dewa anjuran Gabungan Persatuan Tokong Datuk Kong Sabah, dengan Persatuan Jawatankuasa Hock Teck Sabah dan W.P. Labuan sebagai penganjur utama.

Program yang berlangsung di Daerah Kecil Menumbuk ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat. Kehadiran orang ramai serta penyertaan persatuan-persatuan dari pelbagai daerah di seluruh negeri Sabah turut menyerlahkan semangat perpaduan, keharmonian dan kerjasama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan budaya.

Program seumpama ini bukan sahaja memelihara tradisi dan warisan budaya, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.



PENGHORMATAN TERAKHIR BUAT MENDIANG PN. MARGARETH TAGANGYB Datuk Limus Jury bersama Tuan PPM Jepinus Kimuin, DO PDKP ser...
30/09/2026

PENGHORMATAN TERAKHIR BUAT MENDIANG PN. MARGARETH TAGANG

YB Datuk Limus Jury bersama Tuan PPM Jepinus Kimuin, DO PDKP serta kakitangan UPPM hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Pn. Margareth Tagang di kediaman keluarga di Kampung Asam Jawa, Batu Empat.

Rombongan kemudiannya mengiringi jenazah mendiang ke Gereja St. Peter, Bundu bagi upacara penghormatan terakhir.

Seluruh warga UPPM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi saat dukacita ini.

Salam takziah buat seluruh keluarga mendiang.

Al-Fatihah / Semoga roh mendiang dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beroleh kedamaian.



γ‚šviralγ‚·

Tuan Jepinus Kimuin, PPM N.33 Kuala Penyu telah hadir merasmikan Pertandingan Badminton Wanita & Kanak-Kanak, Melastik d...
28/09/2026

Tuan Jepinus Kimuin, PPM N.33 Kuala Penyu telah hadir merasmikan Pertandingan Badminton Wanita & Kanak-Kanak, Melastik dan E-Football yang berlangsung di Kampung Manggis.

Program ini dianjurkan oleh KRT Kampung Manggis dengan kerjasama JKKK Kampung Manggis dan DE' Manggis E-Sport Clubs.
Penganjuran program ini bukan sahaja bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk, malah turut memberi ruang kepada golongan belia untuk bergiat aktif dalam aktiviti sukan, mengembangkan bakat serta memupuk semangat kerjasama, disiplin dan kesukanan.

Penglibatan golongan wanita, kanak-kanak dan belia dalam program seumpama ini juga mencerminkan semangat perpaduan serta komitmen komuniti dalam mewujudkan suasana kampung yang aktif, harmoni dan sejahtera.

Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini.


πŸŽ‰ SELAMAT HARI LAHIR πŸŽ‰YBhg. Datuk Awang Kadin Tang, JPPengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) SabahSetinggi...
28/09/2026

πŸŽ‰ SELAMAT HARI LAHIR πŸŽ‰

YBhg. Datuk Awang Kadin Tang, JP
Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Lahir daripada seluruh warga kerja UPPM N.33 Kuala Penyu buat YBhg. Datuk.

Semoga dengan pertambahan usia ini, YBhg. Datuk sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki serta diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai Pengarah UPPM.

Semoga segala usaha dan khidmat bakti YBhg. Datuk dalam memimpin serta memperkasakan pembangunan masyarakat di Negeri Sabah sentiasa dipermudahkan dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Barakallahu fi umrik, YBhg. Datuk.
Semoga terus istiqamah dalam setiap amal kebaikan dan sentiasa berada dalam lindungan serta rahmat-Nya.

πŸŽ‚ Selamat Hari Lahir, Datuk!
πŸ’ Ikhlas daripada seluruh warga kerja UPPM N.33 Kuala Penyu.




Tuan Jepinus Kimuin, PPM N.33 Kuala Penyu, telah mewakili YB Datuk Limus Jury bagi merasmikan Program Saringan Kesihatan...
27/09/2026

Tuan Jepinus Kimuin, PPM N.33 Kuala Penyu, telah mewakili YB Datuk Limus Jury bagi merasmikan Program Saringan Kesihatan dan Pergigian yang dianjurkan oleh Kelab Lions Kota Kinabalu melalui Projek Kesihatan Luar Bandar.

Program yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Melampai ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada warga Kuala Penyu, dengan kehadiran masyarakat yang amat memberangsangkan.

Program seperti ini amat bermanfaat kepada masyarakat, khususnya dalam meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan pergigian serta memberi peluang kepada penduduk mendapatkan saringan kesihatan secara percuma.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kelab Lions Kota Kinabalu, para petugas kesihatan, sukarelawan serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan dan kesihatan masyarakat di kawasan Kuala Penyu.


#π–²π–Ίπ–»π–Ίπ—π–¬π–Ίπ—ƒπ—Žπ–©π–Ίπ—’π–Ί

Address

Kuala Penyu

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPPM N33 KUALA PENYU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share