19/10/2026
๐๐ผ๐๐ฝ๐ถ๐๐ฎ๐น ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ถ๐บ๐ฎ ๐๐ป๐๐ด๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐ฑ๐ถ ๐ฆ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐ป๐ฑ๐๐ฐ๐ฎ๐ฝ๐ฒ ๐๐ฟ๐ฐ๐ต๐ถ๐๐ฒ๐ฐ๐๐๐ฟ๐ฒ ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฑ๐ (๐ฆ๐๐๐) ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Hospital Kuala Penyu telah menerima Honour Award untuk sektor awam (kerajaan) sempena Sabah Landscape Architecture Awards (SLAA) 2026 pada 16 Oktober 2026.
Majlis penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr Haji Mohd Arifin bin Datuk Hj Mohd Arif, JP, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.
Turut hadir, - YBhg Datuk Dr. Maijol Mahap, Pembantu Menteri II, KKTP dan YBhg Datuk Jumain Abdul Ghani Setiausaha Tetap KKTP.
Dalam majlis tersebut, Majlis Daerah Kuala Penyu juga menerima anugerah 1st runner up untuk Pihak Berkuasa Tempatan Terbaik manakala pelukis mural pekan Kuala Penyu, Le Sibs Art, menerima anugerah untuk kategori individu.
Pembentangan bagi pihak Hospital Kuala Penyu telah disampaikan oleh Penolong Jurutera Operasi Hospital, Puan Dg Fettry Ag Samara.
Pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan Hospital Kuala Penyu dalam mewujudkan persekitaran hospital yang kondusif, menarik dan lestari demi kesejahteraan pesakit, warga kerja serta komuniti setempat.