Hospital Tuanku Ampuan Najihah

Call Directions Website Contact the organization

Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah Hospital is located at KM 3, Jalan Melang, Kuala Pilah 72000, is a District Hospital wit

18/09/2026

🌿 𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐑 𝐏𝐀𝐆𝐈 | 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐎𝐅𝐓𝐀𝐋𝐌𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 👁️
👁️

Sesi Senaman Mata bersama PPP Muhammad Aiman.

Aktiviti ringkas untuk menyegarkan mata dan memulakan pagi dengan lebih bertenaga. ✨

Mata Sihat, Hari Lebih Ceria

𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 (𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐑 𝐏𝐀𝐆𝐈) 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔📅 18 September 2026 (Jumaat)📍 Dewan Sri Nukleus, Hospital Tuank...
18/09/2026

𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 (𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐑 𝐏𝐀𝐆𝐈) 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔

📅 18 September 2026 (Jumaat)
📍 Dewan Sri Nukleus, Hospital Tuanku Ampuan Najihah

𝐀𝐥𝐡𝐚𝐦𝐝𝐮𝐥𝐢𝐥𝐥𝐚𝐡, Perhimpunan Bulanan (Jom Segar Pagi) Bulan September 2026 telah berlangsung dengan lancar dan meriah, anjuran Jabatan Oftalmologi, Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN).

Antara pengisian program adalah:

🇲🇾 Nyanyian Lagu Negaraku
🏥 Nyanyian Lagu KKM – Kami Sedia Membantu
🤝 Bacaan Ikrar
🤲 Bacaan Doa
✨ Tayangan Video Tour Klinik Mata di Bangunan Baharu
✨ Ucapan Ketua Jabatan Oftalmologi
✨ Tayangan Video Pengenalan Staf Klinik Mata
✨ Tayangan Video Pengenalan Jabatan Oftalmologi
✨ Tayangan Video Jabatan Oftalmologi
👁️ Senaman Mata
🎤 Amanat Pengarah HTAN
🎁 Cabutan Bertuah

☕ Turut melengkapkan kemeriahan program, sajian Kopi ZUS yang dinikmati bersama warga HTAN dalam suasana santai dan penuh ukhuwah.

Program turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan, Pakar-Pakar, Ketua-Ketua Unit serta warga kerja Hospital Tuanku Ampuan Najihah.

👏 Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dr. Nor Masniwati binti Saidin, Ketua Jabatan Oftalmologi HTAN, serta seluruh warga Jabatan Oftalmologi atas komitmen, kreativiti dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada YBrs. Dr. Noor Fakhrul Azman bin Mohd Ali, Pengarah Hospital Tuanku Ampuan Najihah, atas amanat dan sokongan yang diberikan.

Semoga Jom Segar Pagi terus menjadi platform untuk memperkukuh semangat kebersamaan, menyemarakkan budaya kerja positif serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga HTAN.

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat. 👏✨

🧡 WORLD PATIENT SAFETY DAY 2026 🧡Sempena World Patient Safety Day 2026 yang disambut pada 17 September setiap tahun, Hos...
18/09/2026

🧡 WORLD PATIENT SAFETY DAY 2026 🧡

Sempena World Patient Safety Day 2026 yang disambut pada 17 September setiap tahun, Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) turut bersama-sama menyatakan sokongan terhadap usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan pesakit dalam setiap aspek penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Pada tahun ini, World Patient Safety Day mengetengahkan tema:

“Safe Care for Noncommunicable Diseases”*
dengan slogan *“Safe Care for Life!”

Bersempena sambutan ini, HTAN diterangi dengan nyalaan lampu berwarna jingga sebagai simbol sokongan dan solidariti terhadap agenda keselamatan pesakit serta komitmen berterusan dalam membudayakan penjagaan kesihatan yang selamat dan berkualiti.

Warna jingga menjadi simbol kesedaran dan sokongan terhadap usaha keselamatan pesakit, mengingatkan kita bahawa keselamatan adalah tanggungjawab bersama — daripada anggota kesihatan, pesakit, keluarga hingga masyarakat.

🧡 Safe Care for Noncommunicable Diseases
🧡 Safe Care for Life!

Bersama-sama kita jadikan keselamatan pesakit sebagai keutamaan dalam setiap penjagaan.









12/09/2026

𝙺𝚄𝚁𝚂𝚄𝚂 𝚁𝙰𝙳𝙸𝙰𝚃𝙸𝙾𝙽 𝙿𝚁𝙾𝚃𝙴𝙲𝚃𝙸𝙾𝙽: 𝚁𝙰𝙳𝙸𝙰𝚃𝙸𝙾𝙽 𝚂𝙰𝙵𝙴𝚃𝚈 𝙱𝙴𝚈𝙾𝙽𝙳 𝚁𝙰𝙳𝙸𝙾𝙻𝙾𝙶𝚈 𝙳𝙴𝙿𝙰𝚁𝚃𝙼𝙴𝙽𝚃

☢️ 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐑𝐀𝐃𝐈𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐓𝐄𝐂𝐓𝐈𝐎𝐍: 𝐑𝐀𝐃𝐈𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐒𝐀𝐅𝐄𝐓𝐘 𝐁𝐄𝐘𝐎𝐍𝐃 𝐑𝐀𝐃𝐈𝐎𝐋𝐎𝐆𝐘 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐑𝐓𝐌𝐄𝐍𝐓📅Pada 11 September 2026 (Jumaat), Jabatan Ra...
12/09/2026

☢️ 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐑𝐀𝐃𝐈𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐓𝐄𝐂𝐓𝐈𝐎𝐍: 𝐑𝐀𝐃𝐈𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐒𝐀𝐅𝐄𝐓𝐘 𝐁𝐄𝐘𝐎𝐍𝐃 𝐑𝐀𝐃𝐈𝐎𝐋𝐎𝐆𝐘 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐑𝐓𝐌𝐄𝐍𝐓

📅Pada 11 September 2026 (Jumaat), Jabatan Radiologi, Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) telah menganjurkan 𝙺𝚄𝚁𝚂𝚄𝚂 𝚁𝙰𝙳𝙸𝙰𝚃𝙸𝙾𝙽 𝙿𝚁𝙾𝚃𝙴𝙲𝚃𝙸𝙾𝙽: 𝚁𝙰𝙳𝙸𝙰𝚃𝙸𝙾𝙽 𝚂𝙰𝙵𝙴𝚃𝚈 𝙱𝙴𝚈𝙾𝙽𝙳 𝚁𝙰𝙳𝙸𝙾𝙻𝙾𝙶𝚈 𝙳𝙴𝙿𝙰𝚁𝚃𝙼𝙴𝙽𝚃*

Kursus ini memberi pendedahan berkaitan kesan radiasi terhadap tubuh badan serta langkah-langkah keselamatan bagi mengurangkan pendedahan radiasi, khususnya kepada doktor dan anggota yang terlibat serta aspek keselamatan pesakit.

Semoga perkongsian ilmu ini terus memperkukuh amalan keselamatan radiasi dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan yang selamat dan berkualiti.

🌿 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐅𝐈𝐒𝐈𝐎𝐓𝐄𝐑𝐀𝐏𝐈 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌿𝟖 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫setiap tahun, kita menyambut  𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐅𝐢𝐬𝐢𝐨𝐭𝐞𝐫𝐚𝐩𝐢 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 sebagai peng...
08/09/2026

🌿 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐅𝐈𝐒𝐈𝐎𝐓𝐄𝐑𝐀𝐏𝐈 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌿

𝟖 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫
setiap tahun, kita menyambut 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐅𝐢𝐬𝐢𝐨𝐭𝐞𝐫𝐚𝐩𝐢 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 sebagai penghargaan terhadap peranan penting fisioterapi dalam membantu meningkatkan kesihatan, kecergasan serta kualiti hidup masyarakat.

Pada tahun ini, sambutan mengangkat tema:

𝑷𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂𝒏 𝑭𝒊𝒔𝒊𝒐𝒕𝒆𝒓𝒂𝒑𝒊 𝒅𝒂𝒏 𝑨𝒌𝒕𝒊𝒗𝒊𝒕𝒊 𝑭𝒊𝒛𝒊𝒌𝒂𝒍 𝑫𝒂𝒍𝒂𝒎 𝑷𝒆𝒏𝒄𝒆𝒈𝒂𝒉𝒂𝒏, 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒎𝒖𝒍𝒊𝒉𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒏𝒚𝒂𝒌𝒊𝒕 𝑲𝒂𝒓𝒅𝒊𝒐𝒗𝒂𝒔𝒌𝒖𝒍𝒂𝒓 𝒅𝒂𝒏 𝑺𝒕𝒓𝒐𝒌.

Bersempena dengan sambutan tersebut, Sambutan Hari Fisioterapi Sedunia Peringkat Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) 2026 telah diadakan pada 4 September 2026 dan dirasmikan oleh YBrs. Dr. Noor Fakhrul Azman bin Mohd Ali, Pengarah HTAN, diiringi Pn. Fatahah binti Qasim, Timbalan Pengarah Pengurusan, serta Pn. Mastura Amira binti Mohamed Sabilan, Ketua Unit Fisioterapi.

Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan sepanjang Minggu Sambutan Hari Fisioterapi Sedunia Peringkat HTAN 2026 yang berlangsung dari 1 hingga 8 September 2026, antaranya pertandingan mewarna, kuiz fisioterapi, senamrobik, aktiviti keseimbangan badan, kursus penjagaan tulang belakang serta pelbagai aktiviti lain.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua urus setia, warga Unit Fisioterapi serta warga HTAN yang telah menjayakan sambutan ini.

Semoga usaha yang dilaksanakan terus menyemarakkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal dan fisioterapi dalam pencegahan, pengurusan serta pemulihan penyakit kardiovaskular dan strok.

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐅𝐢𝐬𝐢𝐨𝐭𝐞𝐫𝐚𝐩𝐢 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔






𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔 𝐀𝐌𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐉𝐈𝐇𝐀𝐇,𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐏𝐈𝐋𝐀𝐇04 September 2026 |  Unit...
04/09/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔 𝐀𝐌𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐉𝐈𝐇𝐀𝐇,𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐏𝐈𝐋𝐀𝐇

04 September 2026 | Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) dengan kerjasama Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (JKHMI), Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M

Majlis ini dianjurkan bagi memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW serta mengenang perjuangan dan pengorbanan Baginda.
Memupuk rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah SAW dalam kalangan warga Kerja HTAN.

Pengisian program adalah ceramah bertajuk Perut Sihat Amal Hebat yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Taufik Bin Hamdan,Imam Masjid Negeri,Negeri Sembilan dan alunan selawat beramai-ramai.

Semoga majlis ini dapat membentuk diri peserta menjadi insan berakhlak mulia dan sentiasa berusaha mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan harian.

31/08/2026
🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾Sempena Hari Kebangsaan bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, marilah...
31/08/2026

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
🇲🇾

Sempena Hari Kebangsaan bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, marilah kita terus menyemarakkan semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan kepada negara.

Warga 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔 𝐀𝐌𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐉𝐈𝐇𝐀𝐇 akan kekal komited memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik demi kesejahteraan rakyat.

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞-𝟔𝟗
𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚! 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚! 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚!🇲🇾❤️🇲🇾❤️

Ikhlas daripada
Pengarah dan Pengurusan Tertinggi HTAN

Address

KM 3, Jalan Melang
Kuala Pilah
72000

Opening Hours

Monday 00:00 - 23:59
Tuesday 00:00 - 23:59
Wednesday 00:00 - 23:59
Thursday 00:00 - 23:59
Friday 00:00 - 23:59
Saturday 00:00 - 23:59
Sunday 00:00 - 23:59

Telephone

+6064818001

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Tuanku Ampuan Najihah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Hospital Tuanku Ampuan Najihah:

Shortcuts

Share