PD Kg Kuala Serdang Negeri Sembilan

Call Directions Website Contact the organization

PD Kg Kuala Serdang Negeri Sembilan Jom berama-ramai ke perpustakaan kami..pelbagai aktiviti, bahan bacaan serta perkhidmatan unifi juga d sediakan kepada semua pengunjung yang datang...�

✍️AKTIVITI FIZIKAL👫Aktiviti : Program Bimbingan Membaca (KECA)Tarikh : 23 September 2026Masa : 4.00 petang - 5.00 petang...
23/09/2026

✍️AKTIVITI FIZIKAL👫
Aktiviti : Program Bimbingan Membaca (KECA)
Tarikh : 23 September 2026
Masa : 4.00 petang - 5.00 petang
Tempat : PD Kg Kuala Serdang
Peserta : 3 orang





23/09/2026𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒 𝐊𝐄?Bila stress, banyak perkara positif yang boleh kita lakukan. Berikan masa dan ruang untuk diri sendi...
23/09/2026

23/09/2026
𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒 𝐊𝐄?

Bila stress, banyak perkara positif yang boleh kita lakukan. Berikan masa dan ruang untuk diri sendiri berehat. Kadang-kadang kita tidak perasan bahawa tubuh dan fikiran kita sebenarnya sudah memberikan “signal” supaya kita keluar seketika daripada kesibukan kerja.

Kerja tidak akan pernah habis. Namun, kerja itu adalah amanah yang perlu dipikul, kerana melalui pekerjaan itulah kita mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga.

“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”
(Surah al-Ra‘d: 28)

Bumi Allah ini luas. Jadikanlah nikmat dan ruang yang Allah sediakan sebagai peluang untuk kita “me time”, menenangkan fikiran dan mengembalikan semangat.
Tidak semestinya perlu poket yang tebal untuk berehat. Yang penting ialah bagaimana kita merancang masa dan kewangan supaya diri tidak semakin terbeban. Bukan mengalah tapi memberi ruang kepada diri untuk kembali kuat.

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
--------------------------------------------------------
🔴Ikuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 : https://www.facebook.com/jheainsofficial
𝐈𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦 : https://www.instagram.com/jheains.official
𝐓𝐢𝐤𝐭𝐨𝐤 : https://www.tiktok.com/
𝐘𝐨𝐮𝐓𝐮𝐛𝐞 : https://www.youtube.com/
𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐬𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠 : https://jheains.ns.gov.my/





Sumber: JHEAINS

23 September 2026Jangan kongsi TAC/OTP, nombor kad, PIN, ID pengguna atau kata laluan anda 🚫Maklumat keselamatan bank ad...
23/09/2026

23 September 2026

Jangan kongsi TAC/OTP, nombor kad, PIN, ID pengguna atau kata laluan anda 🚫

Maklumat keselamatan bank adalah sulit—jangan dedahkan kepada sesiapa, terutama pihak tidak dikenali 🔒






Sumber :
Jabatan Penerangan Malaysia

22 September 2026MEREMPIT UNDANG MAUT, JAUHI REMPIT!Keseronokan yang hanya seketika tidak berbaloi dengan risiko kehilan...
22/09/2026

22 September 2026

MEREMPIT UNDANG MAUT, JAUHI REMPIT!

Keseronokan yang hanya seketika tidak berbaloi dengan risiko kehilangan nyawa. Aktiviti merempit bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Jadilah penunggang yang bertanggungjawab. Patuhi undang-undang, hormati pengguna jalan raya lain dan utamakan keselamatan dalam setiap perjalanan.

🚫 Jangan jadikan jalan raya sebagai litar perlumbaan.







🔄 Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya

Sumber :
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

22 September 2026Pinjaman Berkelompok bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Samad sebanyak 200 buah buku.
22/09/2026

22 September 2026
Pinjaman Berkelompok bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Samad sebanyak 200 buah buku.

22 September 2026Jadikan pemeriksaan rumah sebagai rutin mingguan keluarga. Luangkan sekurang-kurangnya 10 minit setiap ...
22/09/2026

22 September 2026

Jadikan pemeriksaan rumah sebagai rutin mingguan keluarga. Luangkan sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu untuk:

✅ Cari tempat yang menakung air
✅ Buang bekas yang tidak digunakan
✅ Buang air bertakung
✅ Sental permukaan bekas
✅ Gunakan bahan pembunuh jentik-jentik jika perlu
✅ Tutup rapat bekas simpanan air

Tip mudah: Tetapkan satu hari setiap minggu, contohnya pada hujung minggu, supaya pemeriksaan rumah lebih mudah diingati dan diamalkan secara konsisten.

Jangan tunggu sehingga berlaku kes denggi di kawasan anda.

Hanya 10 minit tindakan anda setiap minggu boleh membantu melindungi seisi keluarga daripada risiko denggi.



Sumber :
Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealthkkm

22/09/2026🏡 Jasa veteran ATM tidak pernah dilupakan. Menerusi Inisiatif Perumahan Veteran ATM (IHSAN MADANI), kerajaan t...
22/09/2026

22/09/2026
🏡 Jasa veteran ATM tidak pernah dilupakan.

Menerusi Inisiatif Perumahan Veteran ATM (IHSAN MADANI), kerajaan terus memastikan bekas perajurit yang memerlukan dapat menikmati kediaman yang lebih selesa, selamat dan sempurna.

🇲🇾 Penyediaan bantuan bina baharu dan baik pulih rumah mencerminkan komitmen kerajaan dalam menghargai pengorbanan mereka serta menjaga kebajikan wira negara selepas menamatkan perkhidmatan.






Sumber: JPM

22 September 2026📚💻 Jom Jadi Ahli U-Pustaka Sekarang!Terokai kaedah pembelajaran digital yang lebih interaktif, menarik ...
22/09/2026

22 September 2026

📚💻 Jom Jadi Ahli U-Pustaka Sekarang!

Terokai kaedah pembelajaran digital yang lebih interaktif, menarik dan komprehensif melalui myGuru @ Perpustakaan Negara Malaysia.

Platform ini sesuai untuk pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dengan pelbagai kelebihan seperti:
✅ Sumber pembelajaran interaktif lengkap
✅ Makmal maya
✅ Selaras dengan silibus terkini
✅ Dibangunkan bersama guru pakar
✅ Dwi bahasa – Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
✅ Soalan latih tubi dan sistem pemarkahan segera

Ayuh manfaatkan kemudahan pembelajaran digital ini untuk membantu anak-anak belajar dengan lebih mudah, fleksibel dan berkesan.

Jadi ahli U-Pustaka hari ini dan mula terokai dunia ilmu tanpa sempadan!






21 September 2026KESAN JEREBU KEPADA MATA YANG TAK DISANGKAPerasan tak…Waktu jerebu, mata bukan sekadar pedih.Ada yang t...
21/09/2026

21 September 2026

KESAN JEREBU KEPADA MATA YANG TAK DISANGKA

Perasan tak…

Waktu jerebu, mata bukan sekadar pedih.

Ada yang tiba-tiba rasa mata berat, cepat letih, berair tetapi dalam masa sama terasa kering.

Pelik, tetapi boleh berlaku.

Zarah halus dan bahan pencemar boleh mengganggu lapisan air mata yang melindungi permukaan mata.

Akibatnya:

👁️ Mata kering
Air mata lebih cepat tersejat dan permukaan mata mudah terganggu.

💧 Mata semakin berair
Mata yang kering dan teriritasi boleh menghasilkan air mata secara berlebihan sebagai tindak balas perlindungan.

🌫️ Penglihatan sekejap kabur
Lapisan air mata yang tidak stabil boleh menyebabkan penglihatan turun naik, terutama ketika membaca atau melihat skrin.

💻 Mata cepat penat
Keadaan mata yang kering boleh terasa lebih ketara apabila kita lama menghadap skrin dan kurang berkelip.

🧿 Kanta lekap semakin tidak selesa
Mata yang sudah kering dan terdedah kepada bahan pencemar boleh menyebabkan kanta terasa mencucuk atau berpasir.

Jadi kalau musim jerebu tiba-tiba mata rasa pelik, jangan hanya fikir masalah paru-paru.

Mata juga antara bahagian tubuh yang berhadapan terus dengan udara tercemar.

MATA PEDIH MASA JEREBU? BUAT INI.

👁️ Jangan gosok mata
💧 Gunakan titisan air mata tiruan
👓 Rehatkan kanta lekap, guna cermin mata
🚿 Bilas muka dan kelopak mata selepas berada di luar
🏠 Kurangkan pendedahan kepada udara berjerebu

Sumber :
Public Health Malaysia

Address

Perp. Desa Kg. Kuala Serdang, Tanjong Ipoh
Kuala Pilah
71500

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+6064887577

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PD Kg Kuala Serdang Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PD Kg Kuala Serdang Negeri Sembilan:

Shortcuts

Share