07/07/2026
Hari ini saya berpeluang menghadiri Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India anjuran MITRA.
Program ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan dan Yang Berhormat Anthony Loke.
Pelbagai idea, inisiatif dan bantuan telah dikongsikan oleh MITRA demi memperkasakan pembangunan sosioekonomi masyarakat India.
Sebagai Ketua Cabang Kuala Pilah, saya akan terus bekerja keras untuk memastikan setiap maklumat mengenai program-program bermanfaat seperti ini sampai kepada masyarakat India di Kuala Pilah agar tiada siapa yang tercicir daripada peluang, bantuan dan inisiatif yang disediakan.
Insya-Allah, saya akan terus menjadi penghubung antara masyarakat dan kerajaan supaya lebih ramai dapat menikmati manfaat daripada program-program yang memberi impak positif kepada komuniti.