20/10/2026
ππMESYUARAT PENGURUSAN KRM ROMPIN BILANGAN 3 TAHUN 2026 : MERANGKA STRATEGI, MENCARI KONKLUSI, MENCAPAI RESOLUSIπ₯
KRM Rompin, 20 Oktober - Perancangan jadual mesyuarat pengurusan berkala kekal dipatuhi melalui pelaksanaan Mesyuarat Pengurusan Kompleks Rakan Muda (KRM) Rompin Bilangan 3 Tahun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama KRM Rompin, semalam. ποΈππ»
Mesyuarat kali ini memfokuskan kepada pembentangan laporan setiap unit sehingga suku ketiga tahun 2026 dan membincangkan segala dapatan tempahan yang telah diterima bagi ruang penambahbaikan serta penyelengaraan. Rumusan perbincangan ini kemudiannya telah menjadi tunjang kepada perangkaan gerak kerja bagi tahun hadapan.ππ οΈπͺ’
Bagi tahun 2027, KRM Rompin kekal komited untuk terus menjadi salah satu lokasi tumpuan latihan, program, kursus, aktiviti kesukanan dan kemasyarakatan khususnya di Daerah Rompin disamping terus mencapai sasaran tahunan yang telah ditetapkan.π―π₯π
Kepada para pelanggan kami, terima kasih diatas sokongan dan kepercayaan anda kepada kami. Kepada bakal para pelanggan kami, hadir dan rasai sendiri perkhidmatan kami. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. ππ€
Sila layari stf.kbs.gov.my untuk tempahan berkaitan fasiliti dan kemudahan kami. Hubungi kami ditaliam 094134090 untuk sebarang pertanyaan dan keterangan selanjutnya.πβοΈ
"JBS PAHANG, Number One"π₯
Disediakan Oleh:-
KRM Rompin